perlu oxytocin untuk kurangkan stres
Abu pulang ke rumah dengan keadaan letih.
Abu pulang ke rumah dengan keadaan letih.
Sesampai di rumah, dia melabuhkan badan
yang separuh longlai terbenam di dalam sofa
malasnya dan mengangkat kaki di atas
pelapik kaki berlunjur ke arah tv. Dia terus
mencapai alat kawalan jauh, mengetik-ketik
mencari saluran berita dunia di sana sini.
Fikirannya terasa lega kerana dapat men
campakkan ke belakang masalah yang meng
hantuinya di pejabat tadi. Niatnya semata-
mata untuk memulihkan tenaga yang telah
hilang di pejabat tadi dan bersedia untuk
menyumbang tenaga dan tanggungjawab yang
mungkin diperlukan di rumahnya ini.
Sebaliknya, Aminah, isteri Abu yang pulang
Sebaliknya, Aminah, isteri Abu yang pulang
lebih awal dari pejabatnya, berada di dapur
sambil menyusun pinggan mangkuk dan
periuk kuali yang sudah kering di rak pinggan
nya, merasa hairan mengapa suaminya tidak
menegurnya, diam membatu menengok tv.
Adakah dia sakit? Atau adakah dia marah
padanya?. Apa salahnya dia ceritakan
masalah yang dia hadapi berkongsi dengan
nya? Atau tanya padanya masalah yang dia
hadapi di pejabatnya? Adakah dia tidak
nampak yang isteri berada di dapur ini?
Sambil menjeling sekali sekala melalui
tepian matanya ke arah suaminya yang
sedang tenggelam hanyut, fikirannya terus
membuat bermacam-macam andaian hingga
ke peringkat adakah dia ini masih cinta pada
dirinya lagi?.
Aminah bertambah stres.
Aminah sangat hairan memikirkan suaminya
Aminah bertambah stres.
Aminah sangat hairan memikirkan suaminya
semakin hari bertambah dingin terhadapnya.
Abu pula bertambah bingung mengapa akhir-
Abu pula bertambah bingung mengapa akhir-
akhirnya ini, isterinya mudah saja melenting
dan marah-marah atas perkara yang dianggap
nya remeh temeh.
Kedua suami isteri ini telah bernikah atas dasar
Kedua suami isteri ini telah bernikah atas dasar
cinta yang sejati yang telah mereka ikatkan pada
tujuh tahun yang lalu. Namun cinta yang di
sanjung itu tidak mampu untuk mengekalkan
kemanisan berbulan madu hingga ke hari ini.
Mengapakah perkara begini boleh terjadi?.
Mari kita imbas kembali bagaimana Allah
Mari kita imbas kembali bagaimana Allah
mencipta kita seawal umur satu hari hingga
kelapan minggu semasa ruh kita di tiupkan
ke dalam janin kita. Sahabat saya Dr Danial
Zainal Abidin yang mempelopori Minda Super,
mengatakan, Allah menentukan jantina kita
semasa kita berumur enam atau lapan minggu.
Sebelum enam minggu, semua janin adalah
perempuan. Bagi janin yang ditentukan menjadi
lelaki, maka ia mengeluarkan hormon testosterone
yang tinggi kepekatannya dan merubah bentuk
menjadi lelaki. Manakala janin yang ditentukan
menjadi perempuan, akan terus menjadi
perempuan tanpa dibekalkan dengan hormon
testosterone yang banyak.
Kajian terkini menyatakan bahawa wanita
Kajian terkini menyatakan bahawa wanita
mengeluarkan hormon oxytocin untuk me
nangani stres manakala lelaki mengeluarkan
testosterone untuk tujuan yang sama. Kesan
pengeluaran oxytocin di dalam wanita yang
mengalami stres dikatakan boleh menyebab
kan wanita berasa selamat, bekerjasama, rasa
prihatin, membantu dan belai membelai. Bagi
lelaki pula, pengeluaran testosterone semasa
kecemasan ialah menyebabkan dia bingkas
bangun bertindak segera, berkorban diri untuk
kepentingan umum dan bermotivasi menyelesai
kan masalah. Dengan perbezaan ini dan ketidak
fahaman fungsi hormon dan kesan kepada lelaki
dan wanita inilah yang menyebabkan salah satu
punca konflik di antara lelaki dan wanita di
mana juga sama ada di pejabat ataupun di rumah.
Memang tepatlah kenyataan lelaki (rijal) di
Memang tepatlah kenyataan lelaki (rijal) di
dalam Surah An Nisa ayat 34, itu sebagai
pengawal, penjaga dan pemimpin wanita yang
telah dibekalkan oleh Allah dengan hormon ini
agar lelaki bermotivasi menjaga diri, keluarga
dan masyarakatnya daripada serangan musuh
dan wanita pula dibasahi dengan hormon
oxytocin agar bermotivasi memelihara, mem
belai dan menjaga hubungan peribadi dengan
suami, anak-anak dan masyarakat sekelilingnya.
Mari kita memahami kesan testosterone ter
Mari kita memahami kesan testosterone ter
hadap lelaki dan wanita. Tingginya tahap
testosterone di dalam lelaki akan menyebabkan
stresnya rendah. Sebaliknya bagi wanita memang
hormon ini boleh menyebabkan rasa tinggi
berkuasa, berupaya dan kelihatan lebih seksi
tetapi ia tidak merendahkan stres baginya.
Malah menyebabkan wanita bertambah agresif
dan mudah melenting.
Lelaki memerlukan dua keadaan iaitu mengeluar
Lelaki memerlukan dua keadaan iaitu mengeluar
dan membina testosterone. Pertama semasa
mengeluarkan testosterone, seperti sedang
menukarkan tayar bocor, lelaki dapat merasai
nikmat kepuasannya pengeluaran hormon ini.
Selepas itu, lelaki memerlukan aktiviti untuk
membina semula testosterone yang telah di
gunakan tadi seperti tidur, makan, main per
mainan, tengok berita di tv dan membaca akhbar.
Ia juga merasakan kepuasan semasa testosterone
dibinakan semula ini.
Manakala banyaknya oxytocin di dalam wanita
akan menyebabkan turunnya stess mereka tetapi
tidak kepada lelaki. Memang orang lelaki akan
bertambah jujur, empati dan pemurah sikapnya
tetapi tingginya kepekatan hormon ini akan
menyebabkan lelaki bertambah stres dan jadi
mengantuk melemahkan hormon testosterone.
Wanita memerlukan juga dua keadaan iaitu
Wanita memerlukan juga dua keadaan iaitu
mengeluar dan membina oxytocin. Semasa
mengeluarkan hormon ini seperti melayani
anak dan suami, wanita rasa puas dan stres
nya turun. Kedua semasa menerima belaian
dan batuan kerja rumah daripada suami akan
menyebabkan hormon ini terbina dan dia
merasa puas juga.
Kembali kita kepada senario di atas tadi.
Kembali kita kepada senario di atas tadi.
Abu merasai dirinya stres setelah tidak
berjaya menyelesaikan masalah di pejabat
nya tadi. Perbuatannya mendiamkan diri
dan menonton tv adalah semata-mata untuk
membina hormon testosterone yang telah
kurang. Isterinya boleh membantu memper
cepatkan proses ini dengan membiarkannya
“menggua” di depan tv dan memberinya air
minum kesukaannya tanpa mengeluarkan
apa-apa ungkapan. Apabila Abu terasa kembali
segar, pasti dia akan ke dapur bertemu isteri
kesayangannya itu. Waktu inilah giliran isteri
nya pula menambahkan hormon oxytocin setelah
hilang melayan anak-anak sekembali daripada
pejabat, apabila suaminya mula menghampirinya.
Teknik yang terbaik ialah bisikkan kepada
suaminya dengan ungkapan, “Alhamdulillah,
tolong Minah untuk bereskan ini, Minah perlukan
pertolongan abang, terima kasih Abang”, seolah-
olah bantuan penyelesaian diperlukan daripada
suaminya yang “pakar-menyelesaikan-semua-masalah” itu.
Abu dengan mudah bersedia membantu kerana
Abu dengan mudah bersedia membantu kerana
hormon testosterone telah banyak dan bersedia
untuk mengeluarkannya melalui aktiviti
“Menyelesaikan Masalah” yang diperlukan oleh isterinya.
Selamat mencuba.
Pak Utih
Selamat mencuba.
Pak Utih
No comments:
Post a Comment