Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Saturday, April 30, 2011

Assalamualaikum wrt

Menyahut seruan beberapa akhawat termasuk
KW IKRAM ana mengambil kesempatan ini
untuk berkongsi sedikit mengenai penglibatan
ana sebagai panelist di dalam forum di atas
pada 28 April 2011 (khamis) ~ 8.30-10.30 mlm
di Archdiocesan Pastoral Centre (next to Pudu
Raya at St Anthonys church). Jemputan untuk
menjadi panelist telah dibuat kepada KW JIM
melalui akhi Syed Ibrahim.

Penganjur forum adalah Community Action
Network (CAN) iaitu sebuah pertubuhan
Catholic graduates. Latarbelakang pertubuhan
adalah seperti berikut:

CAN was formed in 1993 by a group of Catholic
graduates to promote and advocate justice
and peace in society.The group is also a member
of Pax Romana ICMICA (International Catholic
Movement for Intellectual and Cultural Affairs),
a Geneva-based Catholic organization which is
an international association of Catholic inter-
disciplinary and inter-professional organizations,
groups and individuals primarily engaged in
dialogue between Christian faith and cultures.
ICMICA and the International Movement of
Catholic Students (IMCS) together form Pax
Romana which has consultative status and
affiliation with the United Nations and Vatican.

Program ini merupakan program latihan selama
1 minggu kepada 20 Catholic graduates/working
adults from Asia (penggerak hak asasi manusia).
Antara peserta yang hadir adalah dari India,
Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Philippine
dan Korea. Ana diminta bercakap mengenai
Women's right in Islam dan juga berkongsi
aktiviti dan pandangan JIM ke atas perkara
ini. Selain dari WJIM, SIS juga merupakan
panelis yang diminta membawa pandangan
Islam. SIS diwakili oleh Pn Sharifah Zuriah
Aljeffri manakala 2 orang lagi panelis lagi
mewakili kristian group seorang Malaysian
dan seorang Korean iaitu Sec Gen Pax
Romana ICMICA dari Geneva.

Ana memulakan perkongsian dengan mem
perkenalkan organisasi yang ana wakili.
Ana nyatakan ana mewakili JIM dan IKRAM
dan memperkenalkan 2 buah organisasi ini
sebagai organisasi dakwa di M'sia that promote
Islam as way of life, which work for the well
being of the society, promote justice where
it has been denied and working towards
bringing mercy to the whole universe.

Antara talking points yang disampaikan adalah :
- memulakan kerangka perbincangan mengenai
perbezaan di antara Islam and muslims dan
muslims and malay
- men and women are equal spiritual worth in
the sight of Allah
- every instruction given in the quran addresses
both male and female believers
- women are not 2nd class citizens
- however due to the physical differences between
them, different roles need to be assumed
which in actual complement each other.
- menerangkan salah faham terhadap kedudukan
wanita islam ie women who choose to stay at
home for the well being of their family should
not be regarded as subservient; covered lady
are not at all inferior but did it out or their
devotion to Allah swt; need to differentiate
cultural practices and Islamic teaching.
- juga sempat menghuraikan secara ringkas
women's right is islam berdasarkan rights to
work if they wish to do so, provided that they
do not engage in the unlawfull job, do not
neglect their primary responsibility and adhere
to the chastity and dignity; right to be protected;
and right to modest dress.
- juga terangkan bahawa di dalam islam when
we talk about rights we also talk about
responsibilities, in fact responsibilities must
come first then only you are entitle to your
rights. Rights must be governed within the
framework of Islamic teaching and no such thing
as absolutely freedom for rights.

Semasa sessi soal jawap antara soalan menarik
yang ditanya :
- Do we need religion to teach us how to live?
(soalan timbul sebab ana kata Islam is a way of life)
- How big is the gap between principles of Islamic
teaching and its practices?
- Can we fight for religion free women's rights?
- You said women can work if they wish but does
she has any rights to her own wish?
- Do you want to modify or change any doctrine
in your religion?
- What is equality means in Islam?
- When men can marry 4 wives can women
marry 4 husbands ?
- When people criticised Islam, fatwa said they
must be killed. Is that the teaching of Islam?

Ana cuba menjawab sebaik mungkin kepada
persolan di atas dengan membawa contoh dari
seerah bagi menampakkan keindahan syariah
itu dan huraiaan berdasar lojik akal bagi
mengetuk minda mereka. Juga berkongsi
bagaimana kedudukan wanita sebelum
Islam bagi menampakan perbezaan walau
pun masih ada jurang di dalam perlaksanaan
antara ajaran dengan amalan masa kini yang
perlu diusahakan, ianya tidak bermakna
prinsip itu perlu ditolak terus. Kerana itulah
wujud organisasi seperti kita ini. Tidak menafi
kan masalah ketidak adilan di kalangan kaum
wanita masih wujud tetapi penyelesaiannya
mestilah dicari dari ajaran Islam itu sendiri
bukan mengubah atau meninggalkanya.

Alhamdulillah di akhir sessi mereka mengakui
apa yang mereka dengar pada malam tersebut
jauh berbeza dengan apa yang mereka faham
tentang Islam sebelum ini. Isteri kepada seorang
panelis kristian (malaysian) menyatakan pada
malam ni beliau melihat Islam itu sangat indah.
Yang menariknya apabila mereka mengetahui
ana di temani oleh akhi Zairul untuk hadir
malam tu mereka merasakan itu merupakan
satu kelainan pada kami yang mereka tidak
pernah lihat sebelum ini. Dikalangan pengerak
women's right ni biasanya mereka sering
merasakan mereka tidak perlu kepada
kehadiran kaum lelaki dan mereka boleh
buat semua yang orang lelaki boleh buat.
Mereka mungkin sebelum ni tidak nampak
peranan sokongan kaum lelaki sebagai
pelindung kepada wanita dan peranan yang
lengkap menlengkapi. Mereka juga conclude
not only behind every successful man there
is a women but tonight we see behind a
successful women there is a man. Kami
betulkan should be beside not behind.

Wakil SIS malam tu tidak banyak memper
katakan tentang Islam tetapi menerangkan
tentang SIS dan apa yang mereka buat,
manakala wakil kristian pula banyak meluah
kan ketidak puasan hati mereka bagaimana
wanita di diskriminasi oleh pihak gereja.
Peserta yang datang dari India, Pakistan
dan Bagladesh banyak membawa isu2 yang
bercampur aduk dengan adat dengan agama
dari rantau mereka. Ana pun pertama kali
jumpa pak paki kristian. Mungkin ada se
belum ni tapi mungkin tak perasan.

Ana merasakan dalam berhadapan dengan
mereka ini memberikan contoh yang baik
adalah sangat penting. Mereka sering nampak
agama itu menyusahkan mereka mungkin
disebabkan pemisahan yang berlaku di dalam
agama mereka. Begitu jugalah pejuang hak
wanita nampak lelaki menyusahkan hidup
mereka. Mudah mudahan perkongsian ini
dapat sedikit sebanyak membuka minda dan
hati mereka untuk terus melihat keindahan
agama Allah ini. Semoga Allah terima amalan
kecil hamba yang tak seberapa ini sebagai amal
soleh yang akan memberatkan timbangan amal
di akhirat kelak. Semoga perkongsian ini ber
manfaat buat semua.

Wallahua'lam


DP Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita JIM Pusat

No comments:

Post a Comment