Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Monday, April 25, 2011

JOM TERNAK KELI UNTUK MAKAN SENDIRI

Alhamdulillah percubaan kedua saya utk membela
keli dirumah menampakan hasil. Anak keli yg ber
mula dari 300 ekor berukuran 3 inci kini telah
besar sepanjang dlm 8-10inci setelah dibela selama
hampir 8 minggu. Minggu lepas dah ambil 3 ekor
utk try, dan malam tadi dah bagi 4 ekor pd maid
yg datang dan hari ini akan masak 5 ekor. Selepas
ini akan berkongsi dgn jiran2.

Percubaan pertama saya gagal yg mengakibatkan
500 anak keli mati pd hari ke5 kerana kekurangan
oksigen. Kekurangan oksigen berlaku kerana ter
lebih beri makanan dimana makanan itu menjadi
organism yg compete dgn anak keli utk oksigen.
Pada masa itu saya tidak menggunakan oksigen
generator. Utk kali ini saya telah menggunakan
oksigen generator yg berharga hanya rm18 dan
anak keli dikurangkan kpd 300 ekor.

Tong yg saya gunakan ialah tong 150 galon air.
Mungkin anda boleh menggunakan tong yg lebih
kecil kurang dari 100 galon dan anak ikan sekadar
200 ekor. Buat belakang rmh pun ok utk yg duduk
kat rmh teres. Startup kos, tong 2nd hand dlm Rm100,
keli 200 ekor dlm RM60,makanan 1 kampit Rm50
( 2 bulan).

yg negativenya jika air tak ditukar, busuknya boleh
masuk kerumah tapi kalau tukar seminggu sekali
pun ok. Tak perlu guna air paip yg banyak, cukup
sekadar 8 inci air sementara menunggu air hujan
turun.

yg positifnya dapat pahala sbb bagi binatang makan,
enjoyment melihat ikan2 itu makan dan bila dah
besar boleh makan sendiri dan berkongsi dgn jiran2.

So far saya enjoy melihat ikan2 tersebut dan akan
berusaha utk cuba membela ikan2 lain selepas ini.


hamdy

No comments:

Post a Comment