Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Saturday, April 30, 2011

Assalamualaikum wrt

Menyahut seruan beberapa akhawat termasuk
KW IKRAM ana mengambil kesempatan ini
untuk berkongsi sedikit mengenai penglibatan
ana sebagai panelist di dalam forum di atas
pada 28 April 2011 (khamis) ~ 8.30-10.30 mlm
di Archdiocesan Pastoral Centre (next to Pudu
Raya at St Anthonys church). Jemputan untuk
menjadi panelist telah dibuat kepada KW JIM
melalui akhi Syed Ibrahim.

Penganjur forum adalah Community Action
Network (CAN) iaitu sebuah pertubuhan
Catholic graduates. Latarbelakang pertubuhan
adalah seperti berikut:

CAN was formed in 1993 by a group of Catholic
graduates to promote and advocate justice
and peace in society.The group is also a member
of Pax Romana ICMICA (International Catholic
Movement for Intellectual and Cultural Affairs),
a Geneva-based Catholic organization which is
an international association of Catholic inter-
disciplinary and inter-professional organizations,
groups and individuals primarily engaged in
dialogue between Christian faith and cultures.
ICMICA and the International Movement of
Catholic Students (IMCS) together form Pax
Romana which has consultative status and
affiliation with the United Nations and Vatican.

Program ini merupakan program latihan selama
1 minggu kepada 20 Catholic graduates/working
adults from Asia (penggerak hak asasi manusia).
Antara peserta yang hadir adalah dari India,
Pakistan, Bangladesh, Indonesia, Philippine
dan Korea. Ana diminta bercakap mengenai
Women's right in Islam dan juga berkongsi
aktiviti dan pandangan JIM ke atas perkara
ini. Selain dari WJIM, SIS juga merupakan
panelis yang diminta membawa pandangan
Islam. SIS diwakili oleh Pn Sharifah Zuriah
Aljeffri manakala 2 orang lagi panelis lagi
mewakili kristian group seorang Malaysian
dan seorang Korean iaitu Sec Gen Pax
Romana ICMICA dari Geneva.

Ana memulakan perkongsian dengan mem
perkenalkan organisasi yang ana wakili.
Ana nyatakan ana mewakili JIM dan IKRAM
dan memperkenalkan 2 buah organisasi ini
sebagai organisasi dakwa di M'sia that promote
Islam as way of life, which work for the well
being of the society, promote justice where
it has been denied and working towards
bringing mercy to the whole universe.

Antara talking points yang disampaikan adalah :
- memulakan kerangka perbincangan mengenai
perbezaan di antara Islam and muslims dan
muslims and malay
- men and women are equal spiritual worth in
the sight of Allah
- every instruction given in the quran addresses
both male and female believers
- women are not 2nd class citizens
- however due to the physical differences between
them, different roles need to be assumed
which in actual complement each other.
- menerangkan salah faham terhadap kedudukan
wanita islam ie women who choose to stay at
home for the well being of their family should
not be regarded as subservient; covered lady
are not at all inferior but did it out or their
devotion to Allah swt; need to differentiate
cultural practices and Islamic teaching.
- juga sempat menghuraikan secara ringkas
women's right is islam berdasarkan rights to
work if they wish to do so, provided that they
do not engage in the unlawfull job, do not
neglect their primary responsibility and adhere
to the chastity and dignity; right to be protected;
and right to modest dress.
- juga terangkan bahawa di dalam islam when
we talk about rights we also talk about
responsibilities, in fact responsibilities must
come first then only you are entitle to your
rights. Rights must be governed within the
framework of Islamic teaching and no such thing
as absolutely freedom for rights.

Semasa sessi soal jawap antara soalan menarik
yang ditanya :
- Do we need religion to teach us how to live?
(soalan timbul sebab ana kata Islam is a way of life)
- How big is the gap between principles of Islamic
teaching and its practices?
- Can we fight for religion free women's rights?
- You said women can work if they wish but does
she has any rights to her own wish?
- Do you want to modify or change any doctrine
in your religion?
- What is equality means in Islam?
- When men can marry 4 wives can women
marry 4 husbands ?
- When people criticised Islam, fatwa said they
must be killed. Is that the teaching of Islam?

Ana cuba menjawab sebaik mungkin kepada
persolan di atas dengan membawa contoh dari
seerah bagi menampakkan keindahan syariah
itu dan huraiaan berdasar lojik akal bagi
mengetuk minda mereka. Juga berkongsi
bagaimana kedudukan wanita sebelum
Islam bagi menampakan perbezaan walau
pun masih ada jurang di dalam perlaksanaan
antara ajaran dengan amalan masa kini yang
perlu diusahakan, ianya tidak bermakna
prinsip itu perlu ditolak terus. Kerana itulah
wujud organisasi seperti kita ini. Tidak menafi
kan masalah ketidak adilan di kalangan kaum
wanita masih wujud tetapi penyelesaiannya
mestilah dicari dari ajaran Islam itu sendiri
bukan mengubah atau meninggalkanya.

Alhamdulillah di akhir sessi mereka mengakui
apa yang mereka dengar pada malam tersebut
jauh berbeza dengan apa yang mereka faham
tentang Islam sebelum ini. Isteri kepada seorang
panelis kristian (malaysian) menyatakan pada
malam ni beliau melihat Islam itu sangat indah.
Yang menariknya apabila mereka mengetahui
ana di temani oleh akhi Zairul untuk hadir
malam tu mereka merasakan itu merupakan
satu kelainan pada kami yang mereka tidak
pernah lihat sebelum ini. Dikalangan pengerak
women's right ni biasanya mereka sering
merasakan mereka tidak perlu kepada
kehadiran kaum lelaki dan mereka boleh
buat semua yang orang lelaki boleh buat.
Mereka mungkin sebelum ni tidak nampak
peranan sokongan kaum lelaki sebagai
pelindung kepada wanita dan peranan yang
lengkap menlengkapi. Mereka juga conclude
not only behind every successful man there
is a women but tonight we see behind a
successful women there is a man. Kami
betulkan should be beside not behind.

Wakil SIS malam tu tidak banyak memper
katakan tentang Islam tetapi menerangkan
tentang SIS dan apa yang mereka buat,
manakala wakil kristian pula banyak meluah
kan ketidak puasan hati mereka bagaimana
wanita di diskriminasi oleh pihak gereja.
Peserta yang datang dari India, Pakistan
dan Bagladesh banyak membawa isu2 yang
bercampur aduk dengan adat dengan agama
dari rantau mereka. Ana pun pertama kali
jumpa pak paki kristian. Mungkin ada se
belum ni tapi mungkin tak perasan.

Ana merasakan dalam berhadapan dengan
mereka ini memberikan contoh yang baik
adalah sangat penting. Mereka sering nampak
agama itu menyusahkan mereka mungkin
disebabkan pemisahan yang berlaku di dalam
agama mereka. Begitu jugalah pejuang hak
wanita nampak lelaki menyusahkan hidup
mereka. Mudah mudahan perkongsian ini
dapat sedikit sebanyak membuka minda dan
hati mereka untuk terus melihat keindahan
agama Allah ini. Semoga Allah terima amalan
kecil hamba yang tak seberapa ini sebagai amal
soleh yang akan memberatkan timbangan amal
di akhirat kelak. Semoga perkongsian ini ber
manfaat buat semua.

Wallahua'lam


DP Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita JIM Pusat

Friday, April 29, 2011

27/4/2011 (rabu)

Hari ni bawa adik ipar appointment dengan
doctor di bhg EEG HKL…..
Pergi anak tolong hantar dan balik naik teksi je….

On the way, berjalan dari bangunan kaji saraf
ke tempat tunggu teksi, ada atm
Maybank…..saya berhenti utk semak samada
cheque dah clear ke belum….

Alhamdulillah……rm7,600 dah ada dlm akaun
saya…..subhanallah walhamdulillah…
Allahu akbar…..penantian wang saya di kembali
kan sudah selesai akhirnya…..

Moga kejadian saya di tipu ni akan jadi pengalaman
berharga sepanjang hayat saya….
Moga begitu juga bagi mereka yg dapat membaca
kisah saya ini….
Yg baik jadikan teladan….yg buruk jadikan
sempadan …..”once bitten twice shy”....
Bagitulah jika Allah ingin menambah pengalaman
hamba2Nya…..
Apapun redhalah dan berusahalah....hanya pada
Allah tempat kita mengadu dan memohon segala sesuatu…..

Sekian….wassalam…..

Monday, April 25, 2011

JOM TERNAK KELI UNTUK MAKAN SENDIRI

Alhamdulillah percubaan kedua saya utk membela
keli dirumah menampakan hasil. Anak keli yg ber
mula dari 300 ekor berukuran 3 inci kini telah
besar sepanjang dlm 8-10inci setelah dibela selama
hampir 8 minggu. Minggu lepas dah ambil 3 ekor
utk try, dan malam tadi dah bagi 4 ekor pd maid
yg datang dan hari ini akan masak 5 ekor. Selepas
ini akan berkongsi dgn jiran2.

Percubaan pertama saya gagal yg mengakibatkan
500 anak keli mati pd hari ke5 kerana kekurangan
oksigen. Kekurangan oksigen berlaku kerana ter
lebih beri makanan dimana makanan itu menjadi
organism yg compete dgn anak keli utk oksigen.
Pada masa itu saya tidak menggunakan oksigen
generator. Utk kali ini saya telah menggunakan
oksigen generator yg berharga hanya rm18 dan
anak keli dikurangkan kpd 300 ekor.

Tong yg saya gunakan ialah tong 150 galon air.
Mungkin anda boleh menggunakan tong yg lebih
kecil kurang dari 100 galon dan anak ikan sekadar
200 ekor. Buat belakang rmh pun ok utk yg duduk
kat rmh teres. Startup kos, tong 2nd hand dlm Rm100,
keli 200 ekor dlm RM60,makanan 1 kampit Rm50
( 2 bulan).

yg negativenya jika air tak ditukar, busuknya boleh
masuk kerumah tapi kalau tukar seminggu sekali
pun ok. Tak perlu guna air paip yg banyak, cukup
sekadar 8 inci air sementara menunggu air hujan
turun.

yg positifnya dapat pahala sbb bagi binatang makan,
enjoyment melihat ikan2 itu makan dan bila dah
besar boleh makan sendiri dan berkongsi dgn jiran2.

So far saya enjoy melihat ikan2 tersebut dan akan
berusaha utk cuba membela ikan2 lain selepas ini.


hamdy
TERPEDAYA JUGA AKHIRNYA...SAMBUNGAN...

21/4/2011 (khamis)

Sms pada mr goh, confirm pertemuan esok
jumaat 22/4/2011 di balai polis kepong bhg
Jenayah komersial pukul 11 pagi…..dia
jawab “yes”…..

Then sms pada tuan asp mahidi tanya ”bhg
jenayah komersial tu kat tempat tuan ke?”...
Dia jawab “ya”…..then sms pada inspektor
razib mohon dia ada sama sebagai saksi…
Dia jawab “ok”…..pulak…semalam kata takleh
campur tangan….tengok aje le esok
Jadi cmne……

Menunggulah saya hingga esok…..

22/4/2011 (jumaat)

Pukul 9.30 pagi dah keluar dgn di temani
anak yg belajar di UIA yg sedang bercuti
tamat tahun 2….sebab ada hal lain nak
urus dulu….pukul 10 pagi bertolak ke Balai
polis kepong….sesat lagi….mujur keluar
awal….alhamdulillah, sampai awal sikit
walau sesat….

Mr goh tak sampai lagi so saya call dia
beritahu saya dah sampai….dia kata on
the way…saya dan anak mula melangkah
naik tangga sebab pejabat nya di tingkat 4…
Baru tingkat satu jumpa seorang hamba Allah….
dia Tanya nak gi mana…..saya kata nak jumpa
tuan asp mahidi….ooo…dia kursus 2 minggu….
laa…tak pulak dia beritahu.....saya pun terang
kanlah tujuan datang situ....dia kata...ooo...kes
Gores dan menang tu ya...apa2 je le(dalam hati
berkata2)....saya senyum je le...
Dia pun tunjukkan bilik utk menunggu di tingkat 3....
saya tanya ”inspektor razib ada?”
Ooo...dia meeting, mungkin pkl 11 lebih habis….”
saya tengok kat pintu tempat menunggu tu, tertulis
nama inspektor dua orang....agaknya dia ni salah
seorang daripadanya ke?....saya cuba call inspektor
razib tapi tak dapat...

Tak lama tu tiba lah seorang cina di muka pintu....
saya terus tanya ”mr goh ke?”
Dia kata ”ya”....barulah tahu rupa mr goh....dia
tanya ada tak saksinya....saya kata
Asp kursus, inspektor meeting....dia kata takpa
kita cari polis lain.....
Dia pun naik ke tingkat 4 cuba cari seseorang....

Saya cuba lagi call inspektor razib....masih tak
dapat....then dpat sms daripadanya minta cari
inspektor aswad sebagai saksi kat bilik sebelah
sebab dia masih meeting.....rupanya yg tunjukkan
kami bilik tu adalah inspektor aswad....
Dia pun ada tetamu di biliknya....lepas tetamunya
beredar baru dapat uruskan kes saya pula....

Mr goh keluarkan cheque...public bank…kena sain
beberapa dokumen….saya pun sain aje le di saksikan
oleh inspector aswad….inspektor aswad kata dia tak
boleh sain apa2, dia saksi yg memerhati saja....saya
pun fahamlah....

Bila cheque di beri saya pun ucap terima kasih pada
inspektor aswad dan dia pesan, contact inspektor
razib beritahu perkembangan dan dia minta diri
sambung kerja.... tentu banyak kerja yg menunggu...

saya pun turun bersama mr goh, nak pulangkan
barang2 syarikat tu.....
lepas menyerahkan semua barangan, saya ucapkan
terima kasih kerana jadi orang tengah sehingga
cheque selamat di serahkan....dan juga saya beri
sebuah buku dr danial zainal abidin ”islam the
misunderstood religion”, dengan harapan dia men
dapat petunjuk dan hidayah Allah bila membacanya.....
saya kata bacalah supaya faham islam tu bagaimana.....
dia cuma mengangguk...
kami pun ”go our own ways”......

kini tinggal menunggu cheque clear, barulah
sahih duit saya telah di kembalikan….
Subhanallah walhamdulillah wallahu akbar……
Bila cheque dah clear nanti baru nak hubungi asp
dan inspector beritahu perkembangan….insyaAllah.......

moga Allah permudahkan....amien ya rabbal 'alamien....

Wednesday, April 20, 2011

TERPEDAYA JUGA AKHIRNYA......SAMBUNGAN....

13/4/2011 (rabu)

Lepas asar tetiba dapat call dari asp mahidi......
maka mengadulah saya padanya....
Bukan apa, inginkan sokongan moral daripada
nya kerana terasa keseorangan dalam
menangani kes saya ni....dia kata bersabarlah
since syarikat tu dah setuju nak pulangkan duit
saya.....saya kata bimbang kena tipu lagi, mana
lah tahu mereka sengaja melengah-lengahkan
masa, tak tahu apa muslihat mereka, macam
masa mereka tipu dulu tu le.... asp kata, itu
dulu sebelum polis bantu....

Maka saya pun akur lah....asp kata dia tengah
kursus ni so tak dapat berbual panjang...
Saya pun minta maaf....dan tamatlah perbualan
kami.... sabar aje le.....

17/4/2011 (ahad)

Di sebelah petang....teringat nak call inspektor
razif minta pandangan, nak minta Mr goh bank
in je cheque yg mereka nak bagi tu....lepas cheque
’clear’ baru saya pulangkan barang2 mereka.....
rupanya inspektor pun kursus juga, di kedah katanya.....
Dia kata, esok saya call makcik ye....akur aje le....

18/4/2011 (isnin)

Tunggu inspektor call....sampai petang tiada
panggilan....mungkin sibuk agaknya...
Sangka baik aje le....

Maka saya pun sms je padanya.....beritahu mohon
sesangat tuan inspektor dapat call mr goh dan
minta dia bank in je cheque yg syarikat tu nak bagi
dan saya beritahu no akaun bank saya dan nombor
telefon mr goh.....dgn harapan inspektor dapat bantu saya....

Tak lama lepas tu dapat dapat jawapan darinya...
”k t sy cl n tanya ttng pkara”.....

Moga Allah memudahkan segala urusan yg baik.....

20/4/2011 (rabu)

Tengahari....dapat call dari mr goh...katanya
cheque dah ada padanya, tunggu nak turun KL je....
Cuma dia agak sibuk tak tau bila dapat turun KL....
dia kata bila dah serah cheque nanti kena pulang
kan barangan yg telah di beri hari tu....
Saya kata bila cheque dah clear baru boleh pulangkan
barang....marah dia rupanya....
Dia kata itu syarikat mau bagi balik duit kenalah
beri kerjasama.....dia org tengah dah susah payah
usahakan, kenalah ikut saja.....saya kata saya dah
kena tipu kenalah berhati2....kalau cheque
’tendang” cmne? .....barang sudah kasi...
saya apa dapat?.....dia kata kita buat di balai polis,
ada saksi.....saya kata kalau polis setuju saya ikut je.....
saya minta pada dia harap tak lewat sangat.....
Saya cuma nak get over this as soon as possible.....
dia kata latest hari jumaat....
Terpaksalah saya kata okey…..

Lepas tu saya pun telefon inspector razif beritahu
apa yg berlaku….dia kata polis tak boleh campur
tangan…..ni antara syarikat tu dan saya….dah pulak….
pening saya di buatnya….cmne nak ada saksi cmtu?.....
Dia kata nanti dia bincang dengan bos dan akan call
mr goh….tamatlah perbualan kami…..

ya Allah…hanya padaMu tempat hambaMu ini
mengadu dan memohon segala sesuatu….

Wednesday, April 13, 2011

TERPEDAYA JUGA AKHIRNYA....SAMBUNGAN...

12/4/2011 (selasa)

Dari pagi menunggu call dari mr goh....bila
masuk tengahari tiada call, maka saya
pun sms padanya tanya... apakah keputusan
syarikat tu...?.....

Tak lama lepas tu, mr goh call beritahu syarikat
tu dah setuju nak ’refund’ duit saya dan mereka
nak bagi cheque.....saya kata tak boleh bagi tunai
atau bank in saja ke?.....dia kata itu keputusan
syarikat , so ikut saja le....tapi....kena tunggu
seminggu lagi.....katanya bos syarikat ada di luar
negara, so tak dapat nak sain cheque....kene
tunggu dia balik minggu depan...tak tau pulak
tu hari apa.....
Hmmm....apakah muslihat kali ni agaknya.....?

Mr goh minta saya sms kan nama penuh dan
no ic dan beberapa butiran lain....
Memang pelik…padahal semua butiran ada
pada mereka yg menipu saya tempoh hari dan
juga pada polis….mungkin dia nak double check….
Allahua’lam……

Mr goh pun macam mereka yg menipu saya tempoh
hari, asyik dok minta belanja……saya kata duit
pun tak dapat lagi cmne nak belanja….

Lepas mr goh call, saya sms pada inspektor razif
dan asp mahidi beritahu perkembangan…..tiada respon…..

13/4/2011 (rabu)

Pepagi dah sms lagi pada inspektor dan asp…
mohon nasihat samada boleh percaya ke mr goh
ni yg asyik minta tangguh je……masih tiada
respon sampai tika saya menulis ni….mungkin
mereka sibuk dgn tugas….
Bersangka baik aje le…..namun ada sedikit
kebimbangan….
Nak telefon, terfikir mereka mungkin sibuk nak
jawap call…tu yg sms je…supaya mereka boleh
baca tika ada masa dan boleh jawab ikut masa
free mereka…..

saya ada call tribunal tuntutan pengguna, tanya
tempoh buat tuntutan berapa lama…..
di beritahu dalam masa 3 tahun…..so maknanya….
tunggu aje le hingga minggu depan utk tahu
progressnya jadi macam mana…..

hanya padaMu ya Allah tempat saya mengadu
dan memohon segala sesuatu.....
moga Allah memudahkan urusan saya ni…….amien.....

Tuesday, April 12, 2011

Suami perlukan testosterone dan Isteri
perlu oxytocin untuk kurangkan stres

Abu pulang ke rumah dengan keadaan letih.
Sesampai di rumah, dia melabuhkan badan
yang separuh longlai terbenam di dalam sofa
malasnya dan mengangkat kaki di atas
pelapik kaki berlunjur ke arah tv. Dia terus
mencapai alat kawalan jauh, mengetik-ketik
mencari saluran berita dunia di sana sini.

Fikirannya terasa lega kerana dapat men
campakkan ke belakang masalah yang meng
hantuinya di pejabat tadi. Niatnya semata-
mata untuk memulihkan tenaga yang telah
hilang di pejabat tadi dan bersedia untuk
menyumbang tenaga dan tanggungjawab yang
mungkin diperlukan di rumahnya ini.

Sebaliknya, Aminah, isteri Abu yang pulang
lebih awal dari pejabatnya, berada di dapur
sambil menyusun pinggan mangkuk dan
periuk kuali yang sudah kering di rak pinggan
nya, merasa hairan mengapa suaminya tidak
menegurnya, diam membatu menengok tv.
Adakah dia sakit? Atau adakah dia marah
padanya?. Apa salahnya dia ceritakan
masalah yang dia hadapi berkongsi dengan
nya? Atau tanya padanya masalah yang dia
hadapi di pejabatnya? Adakah dia tidak
nampak yang isteri berada di dapur ini?
Sambil menjeling sekali sekala melalui
tepian matanya ke arah suaminya yang
sedang tenggelam hanyut, fikirannya terus
membuat bermacam-macam andaian hingga
ke peringkat adakah dia ini masih cinta pada
dirinya lagi?.
Aminah bertambah stres.

Aminah sangat hairan memikirkan suaminya
semakin hari bertambah dingin terhadapnya.

Abu pula bertambah bingung mengapa akhir-
akhirnya ini, isterinya mudah saja melenting
dan marah-marah atas perkara yang dianggap
nya remeh temeh.

Kedua suami isteri ini telah bernikah atas dasar
cinta yang sejati yang telah mereka ikatkan pada
tujuh tahun yang lalu. Namun cinta yang di
sanjung itu tidak mampu untuk mengekalkan
kemanisan berbulan madu hingga ke hari ini.
Mengapakah perkara begini boleh terjadi?.

Mari kita imbas kembali bagaimana Allah
mencipta kita seawal umur satu hari hingga
kelapan minggu semasa ruh kita di tiupkan
ke dalam janin kita. Sahabat saya Dr Danial
Zainal Abidin yang mempelopori Minda Super,
mengatakan, Allah menentukan jantina kita
semasa kita berumur enam atau lapan minggu.
Sebelum enam minggu, semua janin adalah
perempuan. Bagi janin yang ditentukan menjadi
lelaki, maka ia mengeluarkan hormon testosterone
yang tinggi kepekatannya dan merubah bentuk
menjadi lelaki. Manakala janin yang ditentukan
menjadi perempuan, akan terus menjadi
perempuan tanpa dibekalkan dengan hormon
testosterone yang banyak.

Kajian terkini menyatakan bahawa wanita
mengeluarkan hormon oxytocin untuk me
nangani stres manakala lelaki mengeluarkan
testosterone untuk tujuan yang sama. Kesan
pengeluaran oxytocin di dalam wanita yang
mengalami stres dikatakan boleh menyebab
kan wanita berasa selamat, bekerjasama, rasa
prihatin, membantu dan belai membelai. Bagi
lelaki pula, pengeluaran testosterone semasa
kecemasan ialah menyebabkan dia bingkas
bangun bertindak segera, berkorban diri untuk
kepentingan umum dan bermotivasi menyelesai
kan masalah. Dengan perbezaan ini dan ketidak
fahaman fungsi hormon dan kesan kepada lelaki
dan wanita inilah yang menyebabkan salah satu
punca konflik di antara lelaki dan wanita di
mana juga sama ada di pejabat ataupun di rumah.

Memang tepatlah kenyataan lelaki (rijal) di
dalam Surah An Nisa ayat 34, itu sebagai
pengawal, penjaga dan pemimpin wanita yang
telah dibekalkan oleh Allah dengan hormon ini
agar lelaki bermotivasi menjaga diri, keluarga
dan masyarakatnya daripada serangan musuh
dan wanita pula dibasahi dengan hormon
oxytocin agar bermotivasi memelihara, mem
belai dan menjaga hubungan peribadi dengan
suami, anak-anak dan masyarakat sekelilingnya.

Mari kita memahami kesan testosterone ter
hadap lelaki dan wanita. Tingginya tahap
testosterone di dalam lelaki akan menyebabkan
stresnya rendah. Sebaliknya bagi wanita memang
hormon ini boleh menyebabkan rasa tinggi
berkuasa, berupaya dan kelihatan lebih seksi
tetapi ia tidak merendahkan stres baginya.
Malah menyebabkan wanita bertambah agresif
dan mudah melenting.

Lelaki memerlukan dua keadaan iaitu mengeluar
dan membina testosterone. Pertama semasa
mengeluarkan testosterone, seperti sedang
menukarkan tayar bocor, lelaki dapat merasai
nikmat kepuasannya pengeluaran hormon ini.
Selepas itu, lelaki memerlukan aktiviti untuk
membina semula testosterone yang telah di
gunakan tadi seperti tidur, makan, main per
mainan, tengok berita di tv dan membaca akhbar.
Ia juga merasakan kepuasan semasa testosterone
dibinakan semula ini.

Manakala banyaknya oxytocin di dalam wanita
akan menyebabkan turunnya stess mereka tetapi
tidak kepada lelaki. Memang orang lelaki akan
bertambah jujur, empati dan pemurah sikapnya
tetapi tingginya kepekatan hormon ini akan
menyebabkan lelaki bertambah stres dan jadi
mengantuk melemahkan hormon testosterone.

Wanita memerlukan juga dua keadaan iaitu
mengeluar dan membina oxytocin. Semasa
mengeluarkan hormon ini seperti melayani
anak dan suami, wanita rasa puas dan stres
nya turun. Kedua semasa menerima belaian
dan batuan kerja rumah daripada suami akan
menyebabkan hormon ini terbina dan dia
merasa puas juga.

Kembali kita kepada senario di atas tadi.
Abu merasai dirinya stres setelah tidak
berjaya menyelesaikan masalah di pejabat
nya tadi. Perbuatannya mendiamkan diri
dan menonton tv adalah semata-mata untuk
membina hormon testosterone yang telah
kurang. Isterinya boleh membantu memper
cepatkan proses ini dengan membiarkannya
“menggua” di depan tv dan memberinya air
minum kesukaannya tanpa mengeluarkan
apa-apa ungkapan. Apabila Abu terasa kembali
segar, pasti dia akan ke dapur bertemu isteri
kesayangannya itu. Waktu inilah giliran isteri
nya pula menambahkan hormon oxytocin setelah
hilang melayan anak-anak sekembali daripada
pejabat, apabila suaminya mula menghampirinya.

Teknik yang terbaik ialah bisikkan kepada
suaminya dengan ungkapan, “Alhamdulillah,
tolong Minah untuk bereskan ini, Minah perlukan
pertolongan abang, terima kasih Abang”, seolah-
olah bantuan penyelesaian diperlukan daripada
suaminya yang “pakar-menyelesaikan-semua-masalah” itu.

Abu dengan mudah bersedia membantu kerana
hormon testosterone telah banyak dan bersedia
untuk mengeluarkannya melalui aktiviti
“Menyelesaikan Masalah” yang diperlukan oleh isterinya.

Selamat mencuba.
Pak Utih

Friday, April 8, 2011

TERPEDAYA JUGA AKHIRNYA...SAMBUNGAN....

31/3/2011 (khamis)

Buat keputusan gi balai polis kepong utk buat
report...sebelumnya ada kekawan yg prihatin beri
cadangan....ada yg cadang buat report polis....
ada yg cadang buat tuntutan pada tribunal
pengguna....so ada le telefon tribunal pengguna
minta panduan...
Di beritahu kene buat 3 salinan polis report, 3
salinan bukti kene tipu.....then submit....
Seorang kawan beritahu, ada seorang guru di
sekolahnya, isterinya kena tipu mcm kes saya,
di kepong juga berlakunya, last year....dia
jumpa asp mahidi dan dapat balik duitnya.....

Sesampai di balai polis kepong, ramai pula
orang tunggu giliran....so nak buat cmne ni...
Ada beberapa pegawai polis dok bersembang...
tunggu kerja le kot.....saya beranikan diri tanya
kenal tak asp mahidi....mereka pun bantu dgn
menalipon nya dan saya bercakap sendiri dgn
tuan asp tu....dia minta saya datang jumpa dia
di pejabatnya...
So saya dan anak yg menemani gi lah pejabatnya....
Saya pun ceritalah apa yg patut...dan beri cerita
saya yg bahagian atas tu padanya...
Dia ambil masa juga membacanya....adalah nasihat2
yg di beri agar lain kali tak kena tipu lagi.....pada
org yg langgar undang2 civil atau syari’ah jgn kesian
atau simpati....jgn ikut org yg tak di kenali....
memang padanlah muka saya.....
Katanya mujur puan tak kena bunuh dan di kerat2....
na’uzubillah.....

Saya kata ini pengalaman sepanjang hayat akan
ingat....bantulah saya dptkan balik duit saya tu....
dia kata dia akan cuba tapi tak janji boleh dptkan
balik duitnya....
Dia minta bagi tempoh seminggu.....so saya pun
akurlah.....pulanglah saya dgn sedikit harapan.....

4/4/2011 (isnin)

Tiada berita dari aina....maknanya lesaplah jade
mattresses yg saya menangi tu kononnya.....saya
pun sms pada asp mahidi beritahu akan perkara
tu dan juga bertanya perkembangan siasatan kes
saya.....dia jawab, pegawai saya sedang berbincang...
Kurang faham saya maksudnya...namun akur je le....

7/4/2011 (khamis)

Sms pada asp mahidi beritahu seminggu telah ber
lalu, mohon pencerahan kes saya....
Kemudian seseorg menalipon saya memperkenalkan
diri sbg inspektor razif....
Dia kata yg masuk kebilik asp dan duduk sebelah anak
saya masa saya jumpa asp tempoh hari.....dia beritahu
nanti syarikat tu akan telefon saya utk berjumpa....
Dia minta telefon dia jika syarikat tu berbuat demikian...
saya akur aje le... tunggu le syarikat tu telefon.....dah nak
ptg tiada apa2 berlaku, saya sms pada inspektor razif,
Mohon beritahu bila sebenarnya syarikat tu nak telefon,
saya ni ajar ngaji, kalau tahu bila boleh cancel ajar ngaji....

Kemudian tu dapat sms drpd inspektor razif....esok katanya.....

8/4/2011 (jumaat)

Menunggu lagi syarikat tu telefon....dah beritahu anak
minta standby utk bantu ibu kiranya syarikat tu telefon
suruh datang.....sampai lepas org dah solah Jumaat tiada
apa2 berita....sms lagi pada inspektor razif tanya cmne
ni jadi ke tak jadi ni?.....kemudian seseorang memperkenal
kan diri sebagai mr goh telefon....
Dia nak maklumat....siapa2 yg terlibat menipu saya,
jumlah kena tipu dan barangan yg di terima...yg lain
dia tak minat....saya tanya dia dari syarikat pioneer
alliance ke?....
Dia kata dia org tgh cuba bantu dptkan balik duit saya....
dah jadi makin pelik....
Apa agaknya cite disebalik hal ni ye?......saya diberitahu
org dari syarikat tu yg akan call...tetiba mr goh kata
dia org tengah...berapa banyak org tengah daaaaa.....

Mr goh minta tempoh sampai selasa depan....saya kata
saya dah kena tipu, taktau nak percaya atau tidak....
nanti saya telefon inspektor razif saya kata....perbualan
terhenti begitu saja.....saya telefon inspektor razif cerita
apa yg berlaku....dia pun mcm takleh nak jawab je.....
dah le latarbelakang bising takleh nak dengar sgt apa
dia kata.....yg dpt tangkap dia kata nanti dia beritahu
kemudian....
Lepas tu saya sms je pada dia beritahu mr goh hanya
minta maklumat siapa2 yg terlibat menipu saya,
jumlahnya dan barangan yg di terima....yg lain dia
tak minat nak tahu....

Nampak gayanya menunggulah lagi saya sampai
selasa nanti (12/4/2011)....
Ingat nak sms pada asp bertanya...boleh caya ke
mr goh tu?....adakah ini satu lagi penipuan
terancang?....Allahua’lam......

Saturday, April 2, 2011

TERPEDAYA JUGA AKHIRNYA.....

30/3/2011

Setelah dua malam ‘sleeping on it’, saya merasakan
perlu menceritakan tentang apa yg baru saja berlaku
pada diri saya yg akhirnya terpedaya juga dgn what
is call ’the perfect crime’, sbg pengajaran dan
sempadan agar tidak berlaku pada anda...

Walaupun ada perasaan malu kerana terpedaya
juga saya akhirnya dlm pada nak berhati2 supaya
tidak terpedaya, maka saya akur dgn ketentuan
Allah ini, mungkin ada hikmahNya…
Allahua’lam…the cost…? Rm7,600….namun malu
saya pada Allah melebihi segalanya…
mungkin ada yg berkata, byk nya duit saya..…
sebenarnya tu duit simpanan utk maintain
kereta kancil yg saya beli third hand utk anak saya,
utk dia mudah berulang alik ke uia masa short sem
yg lepas…lepas tu byk le kegunaan kereta kancil tu,
utk dia gi progrem….tahun tiga nanti baru boleh
bawa kereta masuk uia…saya pun ada tumpang
sekaki….mungkin duit tu bukan rezeki saya……
Allahua’lam…..

28/3/2011 baru2 ini, pada lebih kurang 11am, saya
keluar dari bank sentulraya boulevard, sentul,
setelah melaksanakan amanah mengbank in wang2
yg telah di amanahkan…
Di approach oleh dua org ‘badut’, that’s what I named
them ‘cos they did their part very well indeed in
convincing me with all their ‘classics’…

Bukannya tak sedar semua ni mungkin satu penipuan
saja, tapi agaknya ‘curiousity did kill the cat’…..tak tau
le cmne boleh tetiba jadi berani nak tahu cmne modus
operandi org2 yg buat org terpedaya ni….

Saya di minta buka one of the sealed card…kata aina,
one of the badut’s name, “buka je mkck, kalau dpt
‘thank you jgn le marah ye’, kami buat kerja je, tapi
itupun ramai yg tak nak atau yg marah bila dpt
thank you…sambil dia tunjuk kad2 bertulis thank
you di tgn nya…
Kami dpt komisyen rm2 dgn satu kad yg di buka…
memang cakap baik dan sopan, memang meyakinkan
yg mereka ni jujur dlm membuat kerja….saya kata
buka je le semua then gi claim komisyen tu…dia kata
apa “eh itu tak amanah mkck, lagi pun dlm byk2 kad
ni kami di beritahu, ada yg special gift, yg tu kene
bawa org yg dpt tu ke pejabat urusan di kepong…saya
nak cepat sebenarnya, so just layan je le kerenah
mereka, ambil je le satu kad dan buka, then beri pada
mereka sambil berkata “thank you je tu”…. Mereka pun
kata “jgn marah ye mkck sbb tak dpt voucher”…tetiba
aina tengok sekali lagi kad dan kata “eh kad ni lain lah
mkck, ada tulis special gift ni….eee seronoknya kami
akan dpt byk lagi komisyen…

Jom le mkck kita gi pejabat urusannya, tuntut hadiah,
voucher rm1000 boleh tukar wang tunai mkck…eeee
seronoknya….badut joseph pun mengiakan dan nampak
sgt seronok dan teruja….bukan senang nak dpt kad
special gift ni mkck, eeee mkck beruntungnya, kami
tumpang rezeki mkck ye….pls le mkck jom le…kami
tunjuk jalan, dkt je mkck dlm 10 minit je……badut
yg ni rupanya lelaki ‘lembut’ nampaknya…..

Saya teringat pula nak tanya, kamu ni dari syarikat
mana...? aina jwb, aisey lupa nak beritahu mkck, maaf
ye mkck....kami kerja dgn syarikat pioneer alliance,
agent pasaraya giant, buat promosi utk pasaraya
mereka... syarikat2 ni kan mkck kene byr cukai byk
tiap tahun, jadi utk mengurangkan byrn cukai
mereka buat le promosi ni, mcm pulangkan balik wang
pada pelangganlah kiranya, mkck fhm ke?....tentulah
saya fhm sbb memang tahu le benda tu, dulu ada
belajar....so tak le dwell panjang dlm bab tu....tapi
dia terus menerangkannya...
jadi, drpd bayar cukai, baik buat promosi ni yg akan
menguntungkan syarikat juga, betul tak
mkck...? saya angguk je le....


saya pun kata mkck nak ajar ngaji ni 2.30, nanti lambat….
aina kata, ala sekejab je mkck, bukannya lama...kita
tunjuk kad ni, nanti manager tu akan tanya mkck kami
ni tipu tak, nanti mkck jwb le ye, kami tak tipu kan
mkck kan?....begitulah very convincing lakonan
mereka….dek kesian kat badut2 ni saya pun ikut lah
mereka gi pejabat urusannya….dgn harapan urusannya
sekejab je le….

Sampai di sana (pioneer alliance, 14/2C, jln metro
prima 2, tmn metro prima, kepong), di tkt 2, ada seorg
sedang menunggu sambil mengadap komputer....tapi
ada tokong kat corner ruang tu....tahu le, syarikat cina le tu...

Aina kata, ni boss kami mkck…sambil dia bagi kad yg
menang special gift pada bossnya…
Ni ha mkck yg menang tu, kami tak tipu tau, kan mkck
kan...? saya agguk je le, assuring him...
Kemudian mereka bawa saya masuk satu bilik utk beri
keterangan lanjut dan menanti boss buat contact yg
sepatutnya dan to identify hadiah special gift apa yg di menangi...

Tak lama lepas tu boss masuk beritahu sebenarnya
mkck bukan menang special gift yg biasa,
tp one of hadiah utama, then dia tunjukkan senarai
hadiah utama dlm fail ....yg saya tengok ada le kereta,
melancong keluar negara, pakej umrah, jade mattresses
dan dua hadiah wang tunai, rm20,000 dan rm24,000....
yg badut dua org tu tak habis2 dok cite rasa seronok dan
dan bertuahnya mereka dpt tumpang rezeki saya....

Then boss keluar lagi dan masuk semula dgn chip yg
original, katanya,kepada kad special gift tadi, minta
saya simpan elok2, jgn hilangkan, sbb jap lagi nak kene
tengok guna alat tertentu nak pastikan saya menang
hadiah yg mana....(mereka guna alat 3D)...

Saya tetap ada menyuarakan bimbang kene tipu....tapi
mereka beria2 kata kami takkanlah nak tipu mkck...aina
siap bagi ic dia suruh saya simpan sbg tanda dia tak
tipu...dia juga kata pemenang yg sebelum ni pun mcm
tu lah jugak, kata bimbang kene tipu, tapi bila hadiah
dah ada depan mata...baru percaya...masa ni saya dah
agak keletihan...dok fikir juga nak talipon sape ni...
suami outstation...so cuba talipon anak lelaki saya...
dua kali, tak berjawab...
So kene urus sendiri lah nampaknya...walaupun mereka
tak guna paksaan atau kekerasan... tapi mereka pandai
memainkan emosi kita, jap rasa tak percaya, jap rasa
mcm betul pulak...
Bijak...bijak....

Then dia keluarkan dokumen mengatakan mereka yg
menang hadiah utama kene bayar Rm7,600, cukai yg
di kenekan terhadap brgn tersebut....jadi cukai tu
pemenang le sendirikene bayar....yg badut dua org tu
dok meyakinkan saya takpe mkck kalau menang wang
tunai diaorg tolak cukai tu dan mkck dpt selebihnya...
kalau menang kereta, nanti mkck boleh jualkan dan
akan dpt lebih lagi dari cukai yg di bayar kan mkck
kan...bertalu-talulah mereka cuba mempengaruhi....
then saya kata kalau menang jade mattresses ni nak
buat apa, mkck tak perlukannya sedang rm7,600
dah lesap....diaorg kata jangan bimbang mkck
kami boleh tolong jualkan dan mkck akan dpt blk
duit tu malah lebih lagi.....aduh letih saya dibuatnya....
kata2 mereka di tuturkan dgn cukup sopan....itulah
kelemahan saya bila org bersopan saya boleh kalah dgnnya....

Sekarang ni menunggulah saya sampai hari isnin
depan to confirm whether this is a real scam.....saya
ada sms pada aina beritahu tak jadi jual, nak ambil
blk jade mattresses tu, nak jual sendiri ajelah,
bimbang kalau ini satu scam maka dgn jade
mattresses lesap....baru jap tadi dia talipon beritahu
ada buyer nak dtg hari isnin....mkck jgn risau le...
kami akan tolong jualkannya...is she buying time...?
Allahua’lam....
saya pun tak tahu nak minta tolong pada siapa....
sebelum ni ada talipon giant kepong, mereka
kata takde buat promosi sebegini... ada ke patut
pegawai giant (syed Hassan) tu kata, nanti hari
isnin beritahu saya ye resultnya.....ada juga
talipon balai polis kepong....pun not very helpful,
mcm menyalahkan kita lah pulak...Cuma ada kata
nak buat laporan polis pun boleh....tapi
mcm half-hearted je....so rasanya mcm i’m alone after all.....

So redha aje le….duit tu mcm bukan rezeki saya
agaknya….apa-apa pun hanya Allah yg
tahu hikmah kejadian ini ke atas diri saya …..


saya rasa tertipu tu bila mereka berjaya buat saya sain
dokumen mengatakan bila dah terima
hadiah baru beri yg rm7,600 tu......mereka minta
saya keluarkan duit dari bank sbb nak kene
ambil seriel number duit2 tersebut....dia pun tunjuklah
contoh sebagaimana di buat oleh pemenang yg terdahulu,
sebagai bukti mereka mampu bayar cukai tu sebelum
menerima hadiah....kalau tak mampu bayar cukai tak
layak dpt hadiah tu sbb itu salah satu syarat
layak terima hadiah utama.....memanglah kalau di
fikirkan kalau dpt hadiah banyak apalah
sgt rm7,600 tu.....namun semua tu bukan hak saya,
kalau org nak beri saya terimalah...
Boleh sumbang pada palestin.....tulah dah terlanjur
beri mereka duit tu utk di kira dan ambil
serial number konon, lepas tu dah tak nampak bayang
duitnya bila mereka beri hadiah yg di
menangi...begitu mudah sekali.....lepas tu saya hanya
menyalahkan diri sendiri aje kerana
mudah sgt terpedaya dgn lakonan classics mereka....
begitu lemah iman saya, baru tersedar....
Astaghfirullahal ’adzim.....

Anda boleh komen apa saja tapi siapa yg boleh
membantu...??
Adakah yg pernah experience seperti ini...??

pegawai giant kepong tu ada kata, org jual jade
mattressess ni berpindah randah....
(mcm mana dia tahu ye?)

SO BERHATI-HATI LAH.................