Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Saturday, May 28, 2011

MAKCIK YG JUAL KEREPEK TU....
(cerita biasa2 je, namun pengajarannya that counts.....)

"Kasihnya ibu... membawa ke syuurgaa...".

Terbayang kelunakan suara Sharifah Aini menyanyi-
kan lagu ini. Lagu ini tak pernah gagal membuatkan
diriku insaf akan pengorbanan ibu terhadapku.
Memang menusuk kalbu dan membuatkan diri sebak
setiap kali mendengarnya. Petang tadi, aku teringat
kembali lagu ini,

Petang tadi, ketika di pejabatku, ACT Malaysia, aku
menerima panggilan dari isteriku meminta dibelikan
satay bila aku pulang nanti. Walaupun kami tinggal
di Kajang, Satay Samuri bukan pilihan keluarga kami.
Kami sekeluarga sukakan Satay Willy di Food Court
Sungai Ramal Luar. Memang lebih sedap, lembab
'moist' walaupun kuahnya kurang sedap sikit.

Aku pun terus ke sana dalam pukul 6.30 petang
setelah selesai urusanku di pejabat. Apa nak buat,
hari Sabtu pun kena kerja sebab ada beberapa
hal yang mesti diselesaikan hujung minggu ini.

Seperti biasa Warung Satay sibuk dengan si
pembakar-pembakar satay dan juga orang-orang
yang nak mengorder samada untuk makan atau
pun bungkus. "Bang... satu jam boleh tunggu ke?",
tanya budak yang mengambil pesananku. "Ok,
tak apa", kataku. Apa nak buat... isteri dan anak-
anak memang suka satay ni, tak apalah bersusah
sikit biar mereka happy.

Sambil menunggu aku memakan nasi lemak
(2 bungkus! kecil aje... RM1 satu) dan teh panas.
Aku memang tak suka teh tarik, sebab cepat
sangat sejuk. Teh yang aku suka nikmati ialah
teh yang suhunya bawah sedikit suhu yang
membakar bibir... baru ada kick! :-).

Sambil makan aku melihat kelibat seorang ibu
yang bergegas dari satu meja ke satu meja
menjual kerepeknya. Mula-mula aku ingin
menghindari beliau dengan merenung ke arah
lain, tetapi hati ini, seperti biasa, tidak sanggup.

Bila bertentang mata sahaja, aku tahu aku akan
kalah... Aku yang seperti biasa ringan mulut
terus bertanya, "makcik dari mana?". Dia lalu
menjawab, "makcik dari Kuala Selangor nak...
kerja dengan orang. Ini bukan makcik punya.
Alhamdulillah makcik ada kerja ni. Kami datang
naik van ramai-ramai. Ada yang di Bangi dan
tempat-tempat lain. Tempat makcik di sini.
Alhamdulillah, adalah rezki untuk anak-anak,
2 orang masih di universiti, ada lagi di sekolah
menengah..". Kata ibu itu lagi,.. "InsyaAllah
untuk anak-anak makcik sanggup buat kerja ni.
Suami makcik kerja kampung aje, tapi biasalah
orang laki-laki mana sanggup buat kerja jualan
seperti ini. Tak pa, untuk anak-anak... moga-
moga bila mereka dah senang nanti mereka
akan kenang makcik..."

Sebak dan sebu hatiku mendengar kata-kata
makcik ini. Lalu aku terus membeli 3 bungkus
kerepeknya dan membayar RM10. Sayang, aku
tiada duit banyak masa tu, kalau tak RM 100
pun tak apa akan ku beli insyaALlah. Setelah
membeli dia pun berterima kasih kepadaku dan
kami saling doa mendoakan.

Terus aku termenung, lagu Sharifah Aini tiba-tiba
timbul dalam ingatan...
"..biar pun jiwa... raga tersiksa.. ikhlas dan rela... asalkan bahagia..."

Waktu pun dah maghrib. Satay belum siap lagi.
Aku pun terus menuju ke surau berdekatan.
Selepas solat aku pun terus kembali ke warung
dan satay pun dah siap terbungkus. Aku masih
memerhatikan kelibat makcik tersebut menjaja
dari meja ke meja tanpa jemu dan malu.

Semuga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa
ibu-ibu kita samada mereka masih hidup atau
telah meninggal dunia dan menjadikan kita
anak-anak yang soleh yang mengenang jasa
ibu mereka, ameen.--


Wassalamu 'alaikum warahmatullah~

“Sedekah itu akan menjadi penghalang kepada sesuatu bencana"
(Maksud Hadith)

Dato' Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini (hp: 019-2149345)
President, ACT Malaysia www.actmalaysia.org.my


Special Project 1431-1432 Hijrah:
Projek Wakaf Telaga (http://sumuract.blogspot.com)
Projek Wakaf telaga untuk umat Islam Mindanao dan Kemboja. Setakat ini sudah lebih 180 telaga diwakafkan. Program ini program berterusan.
Infaq anda, hanya RM1,100 satu telaga sahaja.

Saad ibn Ubadah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Umm Saad (emaknya Saad) telah meninggal dunia; (Ya Rasulullah) apakah jenis sedekah yang terbaik?"
Rasulullah SAW bersabda “Air (yg terbaik)."
Saad menggali sebuah perigi dan berkata: “Ini untuk Umm Saad”.
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Berminat? Hubungi kami di 03-87395871 atau e-mail:actmy.care@gmail.com. Sila rujuk blog: http://sumuract.blogspot.com untuk laporan dan status terkini projek. Akaun Bank: AKSI CEPAT TANGGAP (M) BERHAD. Maybank: 562142713126

LAPORAN-LAPORAN PROJEK-PROJEK 1431 HIJRAH
http://qurbanact.blogspot.com/
Projek Al-B.I.R. (Bantuan Iftar Ramadan) http://al-bir3.blogspot.com
Laporan tahun lalu 1430 Hijrah: http://al-bir2.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment