Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar
telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat
seperti yang diumumkan oleh Presiden
Barrack Obama semalam, maka saya sebagai
seorang Islam mendoakan rahmat dan
keampunan Allah SWT untuk Osama bin
Laden yang merupakan saudara saya di
dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu
menerima berita kematian saudara seagama
nya. Sebesar manapun kesalahan seorang
muslim, jika ia mati dalam keadaan agama
nya Islam, keampunan terhadapnya harus
dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden
dengan keganasan, saya serahkan kepada
Allah SWT kerana ia masih belum terbukti
melainkan melalui propaganda yang di
pelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar
beliau terlibat dengan kegananasan, sudah
tentu saya tidak menyokong keganasan
tersebut.
Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan
keganasan masih lagi merupakan berita
samar yang tidak dapat disahkan, namun
keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam
keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan
dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua
negara ini dengan tujuan mencari senjata
pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga
ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat
terhadap Israel yang terang-terang melakukan
keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak
bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat
menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap
sebagai pengganas, maka Israel lebih patut
disebut sebagai ganas dan penyokongnya
Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari
digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar
Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya
pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang
selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya
yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang
berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi
tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia
lebih selamat dengan kematian Osama,
saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak
cermat dan hanya bertujuan menampakkan
diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia
lebih selamat dengan kematian Osama, adakah
dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK
ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H
bersamaan 3 Mei 2011M
WISE WORDS
“I mourn the loss of thousands of precious
WISE WORDS
“I mourn the loss of thousands of precious
lives, but I will not rejoice in the death of
one, not even an enemy. Returning hate for
hate multiplies hate, adding deeper darkness
to a night already devoid of stars. Darkness
cannot drive out darkness: only light can do
that. Hate cannot drive out hate: only love
can do that” Dr. MLK J (martin luther king junior)
No comments:
Post a Comment