Agak-agaknya kita tahu tak bila kita sudah
mula melangkah jauh dari Lindungan Allah
swt. Syaitan itu amat licik. Bagi orang yang
tidak pernah tinggalkan sembahyang - syaitan
tidak akan memujuk kita agar meninggalkan
sembahyang ... tetapi melambat-lambatkan
sembahyang.
Bagi yang suka dan mahir dengan komputer -
syaitan akan memujuk kita agar menghabiskan
masa kita di depan komputer menjawab setiap
ungkapan rakan kita dalam facebook sehingga
lalai dari menunaikan sembahyang pada awal waktu.
Syaitan itu licik. Pada peringkat awal mungkin
kita kata, "Aku ini hendak berdakwah mengguna
kan facebook ... bukan buang masa" Ingat maksud
dari ayat 37 dari Surah At Taubah: "Perbuatan
buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah
(oleh syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka ..."
Kita mudah sangat berpuas hati dengan sedikit
kebaikan yang kita lakukan sehingga kita rasa OK
kot jika habiskan dua atau tiga jam dengan
facebook atau permainan komputer. Kita ditipu
apabila sudah mengikuti usrah mingguan bersama-
sama rakan. Kita rasa sudah menjadi orang baik
apabila sesekali dapat pergi ke Masjid. Malahan
kita rasa OK jika sesekali melihat klip video lucah
dalam youtube. Syaitan sekarang mengikuti
perkembangan teknologi ....
Bagaimana kita hendak kesan bahawa kita ini
sedang melangkah jauh dari kehendak Ilahi.
Cuba bayangkan ... adakah kita ini satu ketika
dulu pernah ikut usrah - tapi sekarang ini agak
malas rasanya ....ini petanda negatif. Adakah
kita dulu rajin ke masjid.... sekarang ini - kalau
pergi pun selalu masbuk ... ini petanda negatif.
Kalau dulu berbincang berkenaan dengan Islam
dan da'wah - kita dapat rasa hidup dan iman
kita meningkat. ... sekarang ini agak malas dan
rasa agak muak bila berbincang berkenaan
dengan Islam dan da'wah ... ini petanda negatif.
Dulu kita rajin ke majlis ilmu ... sekarang ni dah
rasa "khatam" dengan apa yang ingin disampai
kan oleh penceramah ... ini petanda negatif ...
petanda kita semakin jauh dari Allah.
Maka apa harus kita lakukan ....ingatlah pada
kematian. Perkemaskan yang wajib dan banyak
kan yang sunat. Adakah kita yakin amal kita
selama ini telah diterima oleh Allah. Hamba
Allah yang bertakwa akan sentiasa berusaha
dan berharap disamping gentar takut-takut
amalnya tidak diterima. Dia tidak akan mudah
ditipu syaitan. Jika sesekali ditipu pun dia akan
mudah kembali ke pangkal jalan kerana dia
rajin ke masjid bertemu dengan orang-orang
yang soleh, rajin ke majlis ilmu mendengar
peringatan demi peringatan, rajin mengikuti
usrah dan mendapat muhasabah dari rakan.
Pendekata - dia akan sentiasa berusaha dan
bertaubat atas segala kelemahan beliau.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment