Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Saturday, May 28, 2011

MAKCIK YG JUAL KEREPEK TU....
(cerita biasa2 je, namun pengajarannya that counts.....)

"Kasihnya ibu... membawa ke syuurgaa...".

Terbayang kelunakan suara Sharifah Aini menyanyi-
kan lagu ini. Lagu ini tak pernah gagal membuatkan
diriku insaf akan pengorbanan ibu terhadapku.
Memang menusuk kalbu dan membuatkan diri sebak
setiap kali mendengarnya. Petang tadi, aku teringat
kembali lagu ini,

Petang tadi, ketika di pejabatku, ACT Malaysia, aku
menerima panggilan dari isteriku meminta dibelikan
satay bila aku pulang nanti. Walaupun kami tinggal
di Kajang, Satay Samuri bukan pilihan keluarga kami.
Kami sekeluarga sukakan Satay Willy di Food Court
Sungai Ramal Luar. Memang lebih sedap, lembab
'moist' walaupun kuahnya kurang sedap sikit.

Aku pun terus ke sana dalam pukul 6.30 petang
setelah selesai urusanku di pejabat. Apa nak buat,
hari Sabtu pun kena kerja sebab ada beberapa
hal yang mesti diselesaikan hujung minggu ini.

Seperti biasa Warung Satay sibuk dengan si
pembakar-pembakar satay dan juga orang-orang
yang nak mengorder samada untuk makan atau
pun bungkus. "Bang... satu jam boleh tunggu ke?",
tanya budak yang mengambil pesananku. "Ok,
tak apa", kataku. Apa nak buat... isteri dan anak-
anak memang suka satay ni, tak apalah bersusah
sikit biar mereka happy.

Sambil menunggu aku memakan nasi lemak
(2 bungkus! kecil aje... RM1 satu) dan teh panas.
Aku memang tak suka teh tarik, sebab cepat
sangat sejuk. Teh yang aku suka nikmati ialah
teh yang suhunya bawah sedikit suhu yang
membakar bibir... baru ada kick! :-).

Sambil makan aku melihat kelibat seorang ibu
yang bergegas dari satu meja ke satu meja
menjual kerepeknya. Mula-mula aku ingin
menghindari beliau dengan merenung ke arah
lain, tetapi hati ini, seperti biasa, tidak sanggup.

Bila bertentang mata sahaja, aku tahu aku akan
kalah... Aku yang seperti biasa ringan mulut
terus bertanya, "makcik dari mana?". Dia lalu
menjawab, "makcik dari Kuala Selangor nak...
kerja dengan orang. Ini bukan makcik punya.
Alhamdulillah makcik ada kerja ni. Kami datang
naik van ramai-ramai. Ada yang di Bangi dan
tempat-tempat lain. Tempat makcik di sini.
Alhamdulillah, adalah rezki untuk anak-anak,
2 orang masih di universiti, ada lagi di sekolah
menengah..". Kata ibu itu lagi,.. "InsyaAllah
untuk anak-anak makcik sanggup buat kerja ni.
Suami makcik kerja kampung aje, tapi biasalah
orang laki-laki mana sanggup buat kerja jualan
seperti ini. Tak pa, untuk anak-anak... moga-
moga bila mereka dah senang nanti mereka
akan kenang makcik..."

Sebak dan sebu hatiku mendengar kata-kata
makcik ini. Lalu aku terus membeli 3 bungkus
kerepeknya dan membayar RM10. Sayang, aku
tiada duit banyak masa tu, kalau tak RM 100
pun tak apa akan ku beli insyaALlah. Setelah
membeli dia pun berterima kasih kepadaku dan
kami saling doa mendoakan.

Terus aku termenung, lagu Sharifah Aini tiba-tiba
timbul dalam ingatan...
"..biar pun jiwa... raga tersiksa.. ikhlas dan rela... asalkan bahagia..."

Waktu pun dah maghrib. Satay belum siap lagi.
Aku pun terus menuju ke surau berdekatan.
Selepas solat aku pun terus kembali ke warung
dan satay pun dah siap terbungkus. Aku masih
memerhatikan kelibat makcik tersebut menjaja
dari meja ke meja tanpa jemu dan malu.

Semuga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa
ibu-ibu kita samada mereka masih hidup atau
telah meninggal dunia dan menjadikan kita
anak-anak yang soleh yang mengenang jasa
ibu mereka, ameen.--


Wassalamu 'alaikum warahmatullah~

“Sedekah itu akan menjadi penghalang kepada sesuatu bencana"
(Maksud Hadith)

Dato' Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini (hp: 019-2149345)
President, ACT Malaysia www.actmalaysia.org.my


Special Project 1431-1432 Hijrah:
Projek Wakaf Telaga (http://sumuract.blogspot.com)
Projek Wakaf telaga untuk umat Islam Mindanao dan Kemboja. Setakat ini sudah lebih 180 telaga diwakafkan. Program ini program berterusan.
Infaq anda, hanya RM1,100 satu telaga sahaja.

Saad ibn Ubadah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Umm Saad (emaknya Saad) telah meninggal dunia; (Ya Rasulullah) apakah jenis sedekah yang terbaik?"
Rasulullah SAW bersabda “Air (yg terbaik)."
Saad menggali sebuah perigi dan berkata: “Ini untuk Umm Saad”.
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Berminat? Hubungi kami di 03-87395871 atau e-mail:actmy.care@gmail.com. Sila rujuk blog: http://sumuract.blogspot.com untuk laporan dan status terkini projek. Akaun Bank: AKSI CEPAT TANGGAP (M) BERHAD. Maybank: 562142713126

LAPORAN-LAPORAN PROJEK-PROJEK 1431 HIJRAH
http://qurbanact.blogspot.com/
Projek Al-B.I.R. (Bantuan Iftar Ramadan) http://al-bir3.blogspot.com
Laporan tahun lalu 1430 Hijrah: http://al-bir2.blogspot.com/

Thursday, May 26, 2011

MARI SEGERA BERAMAL

Mari kita berbicara tentang dunia dan bertanya
tentangnya.

Jika kita dituntut untuk menemui jawaban yang
hakiki, kita akan dituntun kepada satu jawaban
bahwa ia (dunia itu) hanyalah bayangan yang
tidak lama lagi akan hilang, bahkan ia hanyalah
setitik air jika dibandingkan dengan lautan luas
yang tidak bertepi.

Sebanyak manapun yang kita dapat di sini, di
dunia ini, maka ia hanyalah bernilai setitik. Oh,
tidak! bahkan mungkin kurang dari setitik.

Ini adalah kerana setitik itu adalah untuk dunia
keseluruhannya, sementara kita tidak memiliki
dunia keseluruhannya tetapi hanya sebahagian
dari dunia ini yang sanggup kita nikmati.

Aduhai! Betapa malangnya kita jika kita sangka
dunia ini telah menjadi segala-galanya. Tidak,
wahai saudaraku!

Di sini, di tempat yang bernama dunia ini, tidak
ada yang segala-galanya. Hanya manusia yang
tidak percaya akan keabadian akhirat yang
akan menjadikan dunia ini segala-galanya.

Ingatlah, dunia yang kita lihat penuh gemerlapan
nya ini hanyalah :

- Bayangan.
- Setitik air.
- Beberapa nafas.
- Beberapa tahun.

Dan setelah itu, kita akan memasuki gerbang ke-
abadian. Di sana, (dengan limpahan RahmatNya
padamu) hanya amalan kita yang akan menuntun
kita menaiki anak-anak tangga kebahagiaan
menuju syurga yang kenikmatannya :

- Tidak pernah disaksikan oleh pandangan mata
sesiapapun.
- Tidak pernah didengarkan oleh telinga sesiapa
pun jua.
- Tidak pernah terdetik dalam fikiran dan hati
makhluk manapun.

Namun, di sinilah, di tempat yang bernama dunia
inilah kita menyemainya. Dunia ini adalah ladang
akhirat kita Di sinilah sumber kebahagiaan dan
keberuntungan kita di akhirat.

Hanya di sini kita diizinkan olehNya untuk me-
ngumpulkan bekalan yang menguntungkan kita
di sana. Di sinilah arena dan gelanggang para
‘muttaqin’, ‘shiddiqin’ dan ‘syuhada’’ berlumba
menuju ampunan Rabb mereka.

Jika kita ingin tahu, hakikatnya dunia inilah
yang sentiasa menjadi angan-angan para
penduduk Syurga dan para penghuni Neraka.

Allah swt menceritakan tentang penghuni Neraka :

“Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika
mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka
berkata : “Kiranya kami dikembalikan (ke
dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat
Tuhan kami serta menjadi orang-orang yang
beriman”, (tentulah engkau –Muhammad-
akan melihat suatu peristiwa yang memilukan.”
(QS Al An’aam : 27)

Dalam ayat lain firman Allah swt :

“Dan mereka (para penghuni neraka) itu ber-
teriak di dalam neraka itu : “Ya Tuhan kami,
keluarkanlah kami (ke dunia), niscaya kami
akan mengerjakan amal yang soleh berbeza
dengan dahulu telah kami kerjakan.”
(QS Faathir : 37)

Angan-angan yang sia-sia belaka…

Hari-hari dunia adalah hari-hari amal, BUKAN
perhitungan dan pembalasan.

Hari-hari akhirat adalah hari-hari perhitungan
dan pembalasan, BUKAN amal.

Tentang penghuni syurga yang mengangankan
dunia, ‘Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatkan :

“ Sesungguhnya para syuhada’ itu bagaikan burung-
burung hijau yang lepas bebas di syurga ke mana
sahaja ia mahu. Kemudian ia akan kembali pada
pelita-pelita yang bergantungan di ‘arsy. Dan
ketika mereka berada dalam keadaan seperti itu,
muncullah Rabb mereka di hadapan mereka
seraya berkata : “Wahai hamba-hambaKu, minta
lah kepadaKu apa sahaja yang kamu inginkan !”.
Mereka pun berkata : “Wahai Rabb kami ! Kami
meminta padaMu agar Engkau mengembalikan
ruh kami ke dalam jasad kami, lalu Engkau
kembalikan kami ke dunia hingga kami dibunuh
sekali lagi di sana (di jalanMu).” Maka tatkala
Allah melihat bahwa mereka tidak meminta
selain hal itu, Dia pun meninggalkan mereka.”
( HR Muslim)

Allah telah mengetahui bahwa mereka, iaitu
para syuhada’ akan meminta untuk dikembali
kan sekali lagi ke dunia dan bahwa mereka
tidak akan dikembalikan ke dunia.

Namun Allah swt hendak memberitahukan
kepada orang-orang mu’min yang masih
hidup di dunia bahwa kelak cita-cita mereka
di syurga adalah mati terbunuh di jalanNya.
Ini tidak lain agar mereka semakin terdorong
untuk meraih kenikmatan itu.

Sungguh jauh perbezaan antara kedua angan-
angan itu. Sama-sama berangan untuk kembali
ke dunia demi melakukan amal soleh. Namun
yang satu kerana merasakan dahsyatnya siksa
neraka, sementara yang lain kerana telah
merasakan nikmat yang tiada bandingannya.

Seorang salaf bernama Ibrahim At Taimy
rahimahullah pernah mengatakan :

“Aku membayangkan diriku berada di dalam
syurga ; Memakan buah-buahnya.
Memeluk bidadari-bidadarinya yang perawan.
Menikmati segala kenikmatannya.

Lalu aku berkata kepada diriku sendiri :

“Wahai diriku ! Apa sesungguhnya yang engkau
angan-angankan saat ini ??”.

Ia menjawab :

“Aku mengangankan untuk dikembalikan ke
dunia agar aku dapat menambah amal-amal
yang menyebabkan aku mendapatkan semua
nikmat ini.”

Lalu aku membayangkan diriku di dalam neraka :

Dibakar dengan apinya yang menyala-nyala.
Dipaksa untuk meminum air ‘hamim’ nya yang
dipenuhi darah dan nanah.
Dipaksa makan buah zaqqumnya yang menjijikkan.

Maka aku berkata pada diriku sendiri :

“Apakah yang engkau inginkan saat ini ??”

Ia menjawab :

“Aku ingin dikembalikan ke dunia lagi agar aku
dapat mengerjakan amalan yang dapat
menyelamatkan aku dari siksaan yang
mengerikan ini.” (Setelah membayangkan itu
semua), akupun berkata pada diriku sendiri :
“Wahai diriku ! Engkau telah mendapatkan
angan-anganmu itu. (Kini engkau masih berada
di dunia), maka segeralah beramal !”.

Bahkan ada seorang ulama salaf yang pernah
menggali lubang kubur untuk dirinya sendiri.
Semasa ia mengalami dan merasakan kejemuan
dalam beramal, ia pun turun ke dalam lubang itu.

Di sana ia menlunjurkan tubuhnya lalu berkata :

“Wahai diriku ! Anggaplah sekarang ini engkau
telah mati dan telah berada dalam liang lahad
mu, apakah yang engkau inginkan ?”.

Maka ia pun menjawab :

“Aku ingin dikembalikan lagi ke dunia agar aku
dapat beramal soleh.”

Ia lalu mengatakan kepada dirinya sendiri :

“Sekarang engkau telah mendapatkan apa yang
engkau inginkan. (Engkau sekarang masih hidup
di dunia). Bangunlah dan kerjakanlah amal soleh
itu !”.

Demikianlah sahabatku, jika engkau mengetahui
tentang para penghuni kubur itu, engkau akan
tahu apa yang sentiasa mereka angan-angankan :

Mereka sentiasa berangan untuk dapat bertasbih
sepertimana yang engkau lakukan saat ini,
walaupun hanya sekali sahaja.
Mereka akan irihati melihatmu tegak mengerjakan
solat.
Aduhai! Andainya kami dapat mengerjakannya
walau hanya satu rakaat sahaja, begitulah kata
mereka.

Jika dahulu di dunia mereka adalah pemilik
kekayaan yang melimpah ruah, maka di sana,
di alam kubur itu, mereka berharap dapat
bersedekah meskipun hanya seringgit dua
ringgit. Yang penting ada tambahan catatan
kebajikan di sisi Allah. Ya!, jika engkau berada
di tempat itu, seperti itulah angan-anganmu
sepanjang waktu.

Ibn Qudamah rahimahullah meriwayatkan
dalam wasiatnya bahwa suatu ketika ada
seorang laki-laki yang mengerjakan solat
dua rakaat di sebelah sebuah kubur. Selepas
itu ia bersandar hingga tertidur.

Di dalam tidurnya ia bermimpi seperti melihat
penghuni kubur itu berkata kepadanya :

“Jauhlah dirimu dariku !! Engkau telah menyakiti
ku. Demi Allah, sungguh dua rakaat yang engkau
kerjakan itu jika sahaja aku yang mengerjakannya,
maka ia jauh lebih aku sukai daripada dunia
beserta isinya. Sungguh, kamu yang masih
hidup ini sentiasa beramal tapi sama sekali
tidak mengetahui hakikat kematian ini. Tapi
kami, kami telah mengetahuinya namun kami
tidak dapat lagi mengerjakan amalan apapun.”

INGATLAH, SAUDARAKU…

Sedarlah bahwa :

Masa hidup kita sungguh terbatas.
Nafas kita hanya berbilang.
Setiap tarikan dan hembusan nafas tidak lebih
dari sebuah petanda bahwa usia kita di dunia
telah berkurang.

Sungguh sangat singkat usia dunia kita ini. Oleh
yang demikian, setiap bahagian waktu bahkan
setiap bahagian terkecilnya adalah permata
yang tidak ternilai dan tiada bandingannnya.

Ingatlah bahwa dengan kehidupan yang singkat
ini akan menukarkannya kepada sebuah kehidupan
yang abadi :

Abadi dalam kenikmatan.
Abadi dalam azab yang pedih.

Jika kita cuba membandingkan kehidupan ini
dengan kehidupan akhirat, akan sedarlah kita
bahwa setiap nafas itu mempunyai harga yang
lebih besar daripada waktu beribu-ribu tahun
di akhirat ; entah semua itu dalam kenikmatan
yang tidak berbatas atau sebaliknya.

Oleh kerana itu :

Jangan persiakan permata umurmu tanpa
melakukan suatu amalan.
Jangan engkau biarkan ia pergi tanpa men-
dapatkan balasan yang setimpal.

Bersungguh-sungguhlah agar setiap tarikan
nafasmu tidak pernah kosong dari kesolehan
dan taqarrub kepadaNya.

Namun dalam banyak hal, jika engkau kehilangan
sebutir permata duniamu, betapa sedihnya hatimu.

Tapi :

Bagaimana jika yang hilang adalah permata
akhiratmu?
Bagaimana mungkin engkau sanggup menyia-
nyiakan dan membuang waktumu begitu sahaja?
Bagaimana mungkin engkau ‘tenang-tenang’
sahaja, padahal semakin banyak jejak-jejak
usiamu di dunia ini yang terhapus?
Bayangkanlah jeritan penyesalan para penghuni
kubur dan neraka itu. Air mata darah sekalipun
tidak memberi mereka jalan untuk kembali ke dunia.

Wahai sahabatku, kini, aku dan kau masih di sini.
Ya, masih di dunia fana ini. Tempat kita menyemai
tanaman akhirat. Maka marilah kita segera beramal!

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan dunia yang
kami diami ini sebagai kecintaan kami kerana
sesungguhnya ia hanyalah ujian dariMu dan
merupakan sebuah tipuan yang melalaikan.
Sangkutkanlah hati kami kepada akhiratMu
sehingga kami akan lebih bertenaga untuk
melaksanakan amal-amal soleh yang akan
menjadi cahaya dan penyelamat kami di alam
yang lebih abadi.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad

Tuesday, May 24, 2011

Power of “Istighfar” (A moving story)

This story about “Istighfar” is from the life of
Imam Ahmed Bin Hanbal, who is considered
as a renowned scholar of Islam and a famous
theologian. Imam Ahmed is also considered to
be the founder of the Hanbali school of fiqh
(Islamic jurisprudence) and is one of the most
celebrated Sunni theologians, often referred
to as the "Sheikh ul-Islam" or the "Imam of
Ahl al-Sunnah."

During his old age, while Imam Ahmed was
travelling he stopped by a town. After the
prayers, he wanted to stay for the night in
the masjid yard because he didn’t know anyone
in the town. Owing to his humility, he hadn’t
introduced himself to anyone thinking that if
he did, he would be welcomed by many people.

Failing to recognize Ahmed bin Hanbal, the
caretaker of the mosque refused to let him
stay in the mosque. As Imam Ahmed was
quite old, the caretaker had to drag him out
of the mosque. On seeing this, a baker from
a nearby place felt pity for this man (Imam
Ahmed) and offered to be the host to him for
the night. During his stay with the baker, Imam
Ahmed observed that the baker would constantly
recite Istighfar (seek forgiveness from Allah).
Imam Ahmed asked the baker if the constant
practice of saying Istighfar had any effect on him.
The baker responded by telling Imam Ahmed that
Allah had accepted all of his duas (supplications),
except one. When he asked him what dua was it
that hadn’t been accepted, the baker replied that
he had been asking Allah to provide him the
privilege to meet the famous scholar Imam
Ahmed bin Hanbal.

On this, Imam Ahmed bin Hanbal said that Allah had
not only listened to his dua but had dragged him
onto his (the baker’s) doorsteps. [Summarized from
Al Jumuah magazine, vol 19, issue 7]

This story is a reminder of the power of saying Istighfar
(seeking forgiveness) frequently. Let’s remember that
the prophet used to say Istighfar frequently during
the day. Tafseer Al-Qurtubi states:

A man complained to Al-Hasan about a drought, and
he said to him: “Pray to Allah for forgiveness.”

Another man complained to him of poverty and he
said to him: “Pray to Allah to forgive you.”

Another man said to him: “Pray to Allah to bless me
with a child.” He said: “Pray to Allah for forgiveness.”

Another complained to him that his garden was dry.
He said to him: “Pray to Allah for forgiveness.”


He was asked about it and he said: “This is not my
personal opinion, for Allah says in Surah Nooh
(interpretation of the meaning): ‘Ask forgiveness
from your Lord, verily, He is Oft Forgiving; He will
send rain to you in abundance. And give you increase
in wealth and children, and bestow on you gardens
and bestow on you rivers.” Tafseer Al-Qurtubi
(18/301-302)

One of the narrators of a Hadith was asked about
the manner in which forgiveness is to be sought,
to which he answered: "The Messenger of Allah
(sallallaahu ’alayhi wa sallam) used to say:
‘Astaghfirullah! Astaghfirullah! (I beseech Allah
for forgiveness, I beseech Allah for forgiveness)’.”
[Sahih Muslim].
=============================================================

“Sedekah itu akan menjadi penghalang kepada
sesuatu bencana" . (Maksud Hadith)

Dato' Hj. Mustafa Kamal bin Mohd Zaini (hp: 019-2149345)
President, ACT Malaysia www.actmalaysia.org.my

Special Project 1431-1432 Hijrah:
Projek Wakaf Telaga (http://sumuract.blogspot.com)
Projek Wakaf telaga untuk umat Islam Mindanao dan
Kemboja. Setakat ini sudah lebih 180 telaga diwakafkan.
Program ini program berterusan.
Infaq anda, hanya RM1,100 satu telaga sahaja.

Saad ibn Ubadah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Umm Saad (emaknya Saad) telah meninggal dunia;
(Ya Rasulullah) apakah jenis sedekah yang terbaik?"
Rasulullah SAW bersabda “Air (yg terbaik)."
Saad menggali sebuah perigi dan berkata:
“Ini untuk Umm Saad”.
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Berminat? Hubungi kami di 03-87395871
atau e-mail:actmy.care@gmail.com.
Sila rujuk blog: http://sumuract.blogspot.com
untuk laporan dan status terkini projek.
Akaun Bank: AKSI CEPAT TANGGAP (M) BERHAD.
Maybank: 562142713126

LAPORAN-LAPORAN PROJEK-PROJEK 1431 HIJRAH
http://qurbanact.blogspot.com/
Projek Al-B.I.R. (Bantuan Iftar Ramadan) http://al-bir3.blogspot.com
Laporan tahun lalu 1430 Hijrah: http://al-bir2.blogspot.com/

Saturday, May 21, 2011

ISLAM BUKAN AGAMA PELAMPAU

Kita sering mendengar tuduhan musuh-musuh
Islam bahwa agama kita adalah agama pelampau.

Umat Islam Palestin yang bergabung dengan Hamas
dan ingin melepaskan diri dari cengkaman pen-
jajahan Israel juga disebut sebagai kelompok pelampau.

Orang-orang yang komited dengan agama pun sering
disebut pelampau.

Sebenarnya kita perlu meneliti dengan lebih mendalam
apakah yang dikatakan sikap pelampau itu dan layak
kah agama Islam yang sederhana dan penuh kasih
sayang itu dituduh sebagai pelampau?

Sikap pelampau adalah pemikiran atau sikap yang
cenderung berada di hujung, samada hujung kanan
ataupun hujung kiri.

Sikap pelampau boleh dibezakan dalam dua
kategori :

Pelampau kanan.
Pelampau kiri.

Dalam bahasa Arabnya, “sikap pelampau” sering
diterjemahkan dengan kata-kata “tatharruf”
yang makna secara bahasanya adalah “menuju
ke arah hujung.”.

Menuju ke hujung sesuatu bererti dibimbangi
akan keluar dari batasnya.

Dalam Al Quran ianya sering disebut sebagai
“melampaui batas” seperti dalam firman-
firman Allah berikut :

“Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah
kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar
hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang
yang zalim.” (QS Al Baqarah : 229)

“Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan
RasulNya dan melanggar ketentuan-ketentuan
Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam api
neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya
siksa yang menghinakan.” ( QS An Nisaa’ : 14)

Sikap melampau sama sekali tidak sama makna
nya dengan berpegang teguh pada agama dan
melaksanakan kewajibannya sesuai dengan
tuntunan dan aturan yang diberikan oleh Allah
swt.

Orang yang berpegang teguh pada ajaran agama
tidak boleh dikatakan sebagai pelampau.

Demikian juga orang yang melaksanakan sunnah
Rasulullah saw secara tetap seperti :

- Menunaikan solat di awal waktu.
- Berkahwin.
- Menyimpan janggut.
- Menutup aurat dengan berjilbab.
- Menggunakan siwak.
dan lain-lain di mana semua perilaku ini tidak
boleh dikatakan melampau.

Bahkan jika seseorang bersikap tegas untuk
dirinya sendiri sekalipun dalam melaksanakan
sesuatu yang dianggap wajib oleh dirinya,
seperti memakai ‘cador’ atau ‘burqa’ tidak boleh
dikatakan melampau selagi mana ia tidak
mewajibkan perkara tersebut kepada orang lain.

Ini sebagaimana yang disebut oleh Dr. Yusuf Al
Qardhawi dalam kitabnya “Dzahiratul Ghuluwwi
Fit Takfir” keluaran Maktabah Wahbah, Kaherah.

Sikap melampau ini muncul akibat pertentangan
kepentingan atau nilai antara dua kelompok atau
lebih, di mana setiap kelompok merasa paling
benar sedangkan orang lain dianggap salah.

Menurut kajian, ada empat perkara yang menyebab
kan munculnya sikap melampau iaitu:

PERTAMA :

Jurang perbezaan antara dua generasi yang muncul
dalam satu keluarga besar. Seorang anak merasa
berbeza jauh dengan ibu bapanya dalam banyak
aspek kehidupannya boleh melahirkan sikap
melampau dari si anak.

KEDUA :

Keretakan keluarga yang timbul akibat kesibukan
ibubapa sehingga tidak sempat mendidik anak-
anak, memerhatikan serta mengawasi semua
aktiviti mereka juga akan membentuk sikap
melampau kepada si anak, samada sikap
melampau ke kanan mahupun ke kiri.

KETIGA :

Tiadanya suri tauladan yang baik di sekolah di
mana para guru tidak lagi mendidik murid-murid
nya selain hanya mencampakkan ilmu ke dalam
otak dan tidak mengetahui permasaalahan yang
melingkari muridnya.

KEEMPAT :

Terdapat jurang yang ketara antara apa yang di
katakan atau diberitahu kepada para remaja
berbanding dengan realiti sebenar tanpa ada
usaha untuk menyingkap hakikat yang sebenar
nya melalui media massa. Ini ditambah pula
dengan adanya usaha-usaha untuk merosakkan
para remaja dengan menggunakan semboyan-
semboyan yang palsu dan kosong.

Sikap-sikap melampau ini sering muncul juga
akibat kurang faham seseorang terhadap ajaran
Islam yang penuh rahmat. Mereka tidak faham
bahwa Islam diturunkan untuk menebarkan
kasih sayang ke seluruh alam.

Rasulullah saw diutus ke dunia ini untuk
menebarkan rahmat ke seluruh alam semesta
sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah swt :

“Tidaklah kami utus engkau (Muhammad) kecuali
menjadi rahmat bagi seluruh alam.” (QS Al Anbiyaa’ : 107)

Rahmat yang dipancarkan melalui ajaran-ajaran
Islam yang dibawanya ini tidak sahaja diperuntuk
kan kepada manusia semata-mata tetapi juga
meliputi seluruh makhluk ciptaan Allah.

Baginda saw pernah bersabda :

“Orang-orang yang menebarkan rahmat (kasih
sayang) akan dilimpahi rahmat oleh Allah.
Oleh sebab itu tebarkanlah kasih sayang kepada
semua yang di bumi ini supaya dianugerahi
kasih sayang oleh yang ada di langit.” (HR
Ahmad, Al Hakim, Abu Daud dan Tirmizi)

Untuk menepis tuduhan sikap melampau dari
Islam, kita perlu menampilkan inti ajaran
Islam dan menyusuri jejak perilaku Nabi,
para sahabat dan tabi'in serta para pengikut
nya yang benar-benar mengamalkan Islam
secara konsisten sepanjang sejarah.

Kalau kita menyusuri ajaran-ajaran Islam
secara utuh, banyak sekali ayat atau hadiths
Nabi yang secara tersurat atau tersirat
menyuruh kita untuk menebarkan rahmat
ke seluruh alam ini dan menjauhkan semua
bentuk sikap melampau.

Berikut adalah beberapa contoh :

PERTAMA : Kita disuruh menebarkan kasih
sayang antara sesama muslim :

“Seorang muslim adalah orang yang menjaga
keselamatan muslim lainnya dari kejahatan
tangan dan lisannya.”

“Tidaklah beriman seorang yang tetangganya
yang tidak aman dari kejahatannya.”.

“Tidaklah sempurna iman seseorang sehingga
ia mencintai saudaranya sebagaimana ia
mencintai dirinya sendiri.” (HR Ahmad
dalam kitab Musnad)

KEDUA : Kita diperintahkan untuk menebarkan
kasih sayang dan kebaikan kepada seluruh umat
manusia termasuk bukan Islam :

“Janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum
mendorongmu untuk tidak berbuat adil.” (QS
Al Maidah : 8)

“Sesungguhnya Allah menyuruh untuk berbuat
adil dan berbuat baik.” (QS An Nahl : 90)

KETIGA : Kita dianjurkan untuk menebarkan
kasih sayang kepada binatang dan semua yang
ada di muka bumi ini.

Rasulullah saw menyatakan :

“Sesungguhnya Allah mencatat semua bentuk
kebaikan yang diberikan kepada sesuatu apa
pun. Oleh sebab itu bila menyembelih binatang
hendaklah menyembelihnya dengan baik-baik,
meringankan beban binatang sembelihannya
dan hendaklah mempertajam pisau yang akan
digunakan.” (HR Ahmad, Muslim dan Imam
yang Empat)

Islam adalah agama rahmah, penuh kasih sayang
dan jauh dari sikap berlebihan dan melampaui
batas.

Perkara ini boleh dilihat dari beberapa sudut :

Sifat kasih sayang dijadikan Islam sebagai salah
satu akhlak utama yang mesti dimiliki oleh setiap
umat Islam.
Islam melarang keras umatnya untuk bersikap
melampau, melakukan tindakan kekerasan
dan ta’asub buta.
Islam menyuruh kita untuk bertoleransi kepada
bukan Islam selagi mana mereka tidak menampak
kan permusuhan dan adu domba kepada kita.
Di samping itu, Islam dikenali sebagai agama yang :

- mudah.
- Sederhana.
- Penuh kasih sayang.
- Pemaaf.
- Jauh dari sikap pendendam.
- Tidak membenarkan prinsip “tujuan menghalal
kan segala cara”.

Islam menyuruh kita semua untuk sentiasa ber
lapang dada, berperasaan halus, berakhlak mulia
dan mahu mendengarkan pendapat orang lain.
Sikap dan perilaku melampau bertentangan dengan
ajaran Islam yang sederhana dan penuh kasih sayang.

Ada suatu fakta yang tidak dapat dibantah. Dalam
suatu negara yang penduduknya majoriti muslim,
kita dapati orang bukan Islam hidup aman dan
mendapat perlindungan yang sebaik-baiknya, ada
yang menjawat jawatan tinggi bahkan ada yang
boleh menjadi menteri dan sebagainya.

Tapi sebaliknya, bila umat Islam sebagai minoriti,
biasanya mereka akan tertindas dan dihadapi
dengan sikap diskriminasi. Perkara ini telah
terbukti di negara-negara yang majoriti penduduk
nya bukan Islam.

Benarlah firman Allah swt :

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan
senang kepadamu hingga kamu mengikuti
agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya
petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).
Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti
kemahuan mereka setelah pengetahuan
datang kepadamu, maka Allah tidak lagi
menjadi pelindung dan penolong bagimu.”
(QS Al Baqarah :120)

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk
kami realisasikan nikmat Islam sebagai rahmah
bukan sahaja kepada manusia tetapi juga
kepada seluruh makhluk yang wujud di alam
semesta ini. Jauhkanlah diri kami dari sikap
berlebihan dan melampau samada dalam
memahami ajaran Islam yang suci atau
perlaksanaan dan pengamalannya dalam
kehidupan kami serta jadikanlah kami umat
pertengahan yang menjadi saksi ke atas
seluruh manusia.

Ameen Ya Rabbal 'Alameen......

WAN AHMAD

Sunday, May 15, 2011

IKHLAS SEBAGAI TITIK TOLAK

“Sesungguhnya hari ini adalah satu hari di
antara hari-hari Allah, tidak patut di isi
dengan kebanggaan dan keangkuhan. Ikhlas
kanlah jihadmu dan tujulah Allah dengan
amalmu kerana hari ini menentukan hari-
hari yang akan datang.”

Demikianlah kata-kata Khalid bin Al Walid
di tengah-tengah berkecamuknya perang Yarmuk.

Perkataan ikhlas sudah begitu kerap kita dengar
dalam berbagai kesempatan.

Bagi aktivis dakwah, semestinya ikhlas tidak
boleh lagi menjadi sekadar retorik belaka,
melainkan ia :

Mesti hadir dan wujud dalam diri kita.
Menyatu dalam fikiran dan hati kita.
Bersenyawa dengan jiwa kita.
Seirama dengan degupan jantung dan tarikan
nafas kita.
Ikhlas adalah pusat aksi amal di mana :

Bermula dengannya kita meniti hari-hari.
Dengannya kita bekerja.
Melaluinya kita membangun ukhuwah.
Bersamanya kita menjejaki jalan dakwah ini.
Sungguh, perlu kita sedari bahwa hati seorang
hamba sentiasa dikepung dari berbagai penjuru
oleh :

Hawa nafsu.
Kepentingan sesaat.
Cita-cita duniawi.
Perasaan malas.
Hasrat ke arah kemaksiatan.
Gejolak ingin dipuji serta disanjung.
Kesemua ancaman-ancaman di atas sentiasa
mengintai akan keadaan kelemahan hati
kita dan ketika kesempatan kelemahan dan
kelalaian itu mereka dapatkan, dengan
segera mereka menembusi hati kita dan
menguasainya, Na'udzubillah.

Oleh yang demikian, sudah semestinya kita
menyedari dengan sepenuh hati, bahwa sejak
kali pertama kita bergabung dengan dakwah
ini, ikhlas telah menjadi tuntutan dan
kewajiban yang mengikat diri kita sehingga
Allah menampakkan kemenangan bagi
dakwah ini atau kita syahid dalam menegak
dan membelanya.

Sungguh, kita tidak perlu lagi menghuraikan
makna ikhlas dengan kata-kata kerana kita
semua bahkan telah menghafalnya di kepala
kita.

Namun kita perlu mengajak diri kita semua
untuk merenungi bersama pertanyaan-per
tanyaan berikut :

Apakah kita telah menjadikan ikhlas sebagai
sesuatu yang menyatu dalam diri kita, melebur,
menjasad, mendarah daging serta menjadi
bahagian yang tidak boleh dipisahkan dalam
diri kita?

Apakah ikhlas telah merasuk dalam fikiran
kita sehingga membuatkan kita menjadi
produktif sekaligus kreatif dalam mengeluar
kan gagasan untuk membangun dakwah ini
tanpa kecenderungan apapun selain kepada
Allah swt?

Apakah ikhlas telah melebur ke dalam hati
kita sehingga menjadikan kita mampu me-
mandang segala permasalahan dakwah ini
secara jernih dan menjadikan kita mampu
membangun ukhuwah yang sebenarnya bukan
sekadar hiasan kata apalagi untuk saluran
hasrat dan nafsu sesaat?

Apakah ikhlas telah menjadi jiwa dalam setiap
amal yang kita lakukan sehingga menjadikan
kita rela memikul amanah serta melaksana
kan apapun tugas-tugas dan amanah dakwah
dengan penuh tanggungjawab tanpa rasa berat
dan tidak berharap apa-apa balasan atas semua
itu kecuali hanyalah dari Allah swt?

Apakah ikhlas baru hanya sekadar kata-kata
tanpa makna atau ia cuma suatu retorik yang
kita suapkan kepada mutarabbi kita?
Takutlah kita kepada Allah swt kerana Dia
Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha
Kuasa atas segala sesuatu.

Sesungguhnya kemenangan dakwah ini sejak
dulunya sentiasa berkait dengan keikhlasan
para pendukungnya.

Mari kita kembali pada keaslian dakwah ini.

Apakah sebenarnya motivasi awal kita apabila
memilih kehidupan di jalan ini?
Apakah yang kita inginkan ketika kita bergabung
dengan dakwah ini?
Jawabannya adalah motivasi awal dan keinginan
kita apabila memilih kehidupan dan bergabung
dengan dakwah ini adalah semata-mata untuk
meraih ridha Allah.

Untuk tujuan itu, kita akan ikut berputar bersama
roda dakwah ini ke manapun ia berputar, tidak
akan berganjak darinya kerana kita yakin bahwa
kebaikan itu ada bersama dengan dakwah dan
kehinaan dunia dan akhirat apabila kita memisah
kan diri kita darinya.

Semua itu kita lakukan sebagai wasilah atau
jalan untuk meraih keridhaan Allah swt dan
bukan selain itu.

Bagi kita, ridha Allah adalah imbalan terbesar
dan termahal di mana kita sudah merasa cukup
dengan imbalan itu.

Nabi Muhammad saw pernah berpesan :

”Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu”.

Ungkapan hadits ini mengandungi makna bahwa
Allah berjanji akan menjaga dan melindungi kita
dari segala macam gangguan, godaan dan pujuk
rayu syaitan samada dari jenis jin ataupun manusia
selama mana kita menjaga keikhlasan hati kita
hanya kepada Allah swt.

Marilah kita jadikan ikhlas sebagai titik tolak :

Segala perbuatan kita.
Gerak-geri dan tingkah laku kita.
Sikap kita.
Kata-kata kita.
sehingga ia menjadi akar dan asas visi dan misi
kehidupan kita.

Mari kita letakkan ikhlas di lubuk hati kita yang
paling dalam sehingga ia menyertai segala niat
dan lintasan hati yang ada di benak kita.

Ya Allah, kami memahami bahwa ikhlas adalah
pusat aksi amal perbuatan manusia yang akan
menentukan tujuan dan matlamat yang betul
mengharapkan ridhaMu. Tetapkanlah keikhlasan
ke dalam lubuk hati kami sehingga ia benar-benar
menjadi tunjang dan tonggak kepada setiap amal
dan perbuatan kami yang akan diterima olehMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

WAN AHMAD

Saturday, May 14, 2011

Japanese boy teaches lesson in sacrifice

{THIS letter, written by Vietnamese immigrant
Ha Minh Thanh working in Fukushima as a
policeman to a friend in Vietnam, was posted
on New America Media on March 19. It is a
testimonial to the strength of the Japanese
spirit, and an interesting slice of life near the
epicenter of Japan 's crisis at the Fukushima
nuclear power plant. It was translated by NAM
editor Andrew Lam, author of "East Eats West:
Writing in Two Hemispheres." Shanghai Daily
condensed it. }

Brother,

How are you and your family? These last few days,
everything was in chaos. When I close my eyes, I
see dead bodies. When I open my eyes, I also see
dead bodies.

Each one of us must work 20 hours a day, yet I
wish there were 48 hours in the day, so that we
could continue helping and rescuing folks.

We are without water and electricity, and food
rations are near zero. We barely manage to
move refugees before there are new orders to
move them elsewhere.

I am currently in Fukushima , about 25 kilo
meters away from the nuclear power plant.
I have so much to tell you that if I could write
it all down, it would surely turn into a novel
about human relationships and behaviors
during times of crisis.

People here remain calm - their sense of dignity
and proper behavior are very good - so things
aren't as bad as they could be. But given another
week, I can't guarantee that things won't get to
a point where we can no longer provide proper
protection and order.

They are humans after all, and when hunger
and thirst override dignity, well, they will do
whatever they have to do. The government is
trying to provide supplies by air, bringing in
food and medicine, but it's like dropping a
little salt into the ocean.

Brother, there was a really moving incident. It
involves a little Japanese boy who taught an
adult like me a lesson on how to behave like a
human being.

Last night, I was sent to a little grammar school
to help a charity organization distribute food
to the refugees. It was a long line that snaked
this way and that and I saw a little boy around
9 years old. He was wearing a T-shirt and a pair
of shorts.

It was getting very cold and the boy was at the
very end of the line. I was worried that by the
time his turn came there wouldn't be any food
left. So I spoke to him. He said he was at school
when the earthquake happened. His father
worked nearby and was driving to the school.
The boy was on the third floor balcony when
he saw the tsunami sweep his father's car away.

I asked him about his mother. He said his house
is right by the beach and that his mother and
little sister probably didn't make it. He turned
his head and wiped his tears when I asked
about his relatives.

The boy was shivering so I took off my police
jacket and put it on him. That's when my bag
of food ration fell out. I picked it up and gave
it to him. "When it comes to your turn, they
might run out of food. So here's my portion.
I already ate. Why don't you eat it?"

The boy took my food and bowed. I thought he
would eat it right away, but he didn't. He took
the bag of food, went up to where the line ended
and put it where all the food was waiting to be
distributed.

I was shocked. I asked him why he didn't eat it
and instead added it to the food pile. He answered:
"Because I see a lot more people hungrier than I
am. If I put it there, then they will distribute the
food equally."

When I heard that I turned away so that people
wouldn't see me cry.

A society that can produce a 9-year-old who
understands the concept of sacrifice for the
greater good must be a great society, a great
people.

Well, a few lines to send you and your family
my warm wishes. The hours of my shift have
begun again.

Ha Minh Thanh

Wednesday, May 11, 2011

ON STRIVING TO BE A MUSLIM

God has created us tier upon tier,

and men are not born equal.

Precisely for this reason, we have

as little cause to be awed by the

brilliance of the great as we have to

be contemptuous of the limitations

of the small. Since everything stands

out or falls relative to other things

around it, the great are great only

because of the smallness of the small

around them. Yes, we, the small, have

also a role to play! By lighting our little

lamps we compel those who are better

gifted to do their bit, and equally important,

when the small refuse to be smaller than

they are, they prevent the mediocre from

becoming great!

Tuesday, May 10, 2011

MEMAHAMI PETUNJUK DAN TEGURAN ALLAH

Alam ini ada sunnah dan ketetapan. Jiwa ini pun
ada cara-caranya untuk berinteraksi.

Bagi kita, setiap manusia itu memang diciptakan
dengan sifat-sifat yang tersendiri. Masing-
masing ada situasi masing-masing.

Kita meraikan semua perkara yang berkaitan
dengan manusia pada tempat-tempat yang sepatutnya.

Bagi kita :

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang dalam
segala aspek.
Allah mahukan kebaikan pada hambaNya.
Allah suka bila hambaNya datang kepadaNya.
Allah menyediakan segalanya untuk hambaNya
dan memang manusia sukar mencari segala
yang Allah sediakan pada zahirnya kerana,
ia hanya untuk orang yang mencari kekuatan.

Bagi kita, dunia ini :

Permainan.
Kaburan syaitan.
Igauan sebentar.
Sekadar jambatan dan persinggahan.

Bagi kita, akhirat itu SEGALANYA.

Apabila timbul persoalan mengenai KEKUATAN,
ia meliputi jiwa sebenarnya, sepatutnya dan
sebetulnya atau lebih sesuai dikatakan meliputi
hati orang yang beriman.

Maka ianya berkait dengan hati dan iman.

Apabila kita renungi kekuatan jiwa, ia sentiasa
berkata ;

"Wahai pemilikku, mengapa aku ini selalu lemah?
mengapa aku ini selalu jatuh ?


Aku tidak suka dalam lubang ini lama-lama, nanti
aku berkawan dengan ahli-ahli yg terjatuh ke
dalam lubang yang sama.

Jangan salahkan aku kalau aku susah nak bangun
apabila kau ingin mengangkatku. Jangan salahkan
aku kalau aku ditarik oleh kawan-kawan dalam
lubang hitam yg dalam itu. Ketika mana kau
ingin menggapai tali putih menuju ke arah cahaya
terang benderang itu.

Bukan salahku, aku cuma bergaul dengan mereka,
bersembang dengan mereka. Aku dah terbiasa.
Itu bukan salahku. Itu salahmu, segalanya kamu.
Segalanya."

Lubang hitam itu gelap dan ahli-ahlinya meraba-
raba mencari punca. Kadang-kadang terjumpa
cacing. Kemudian dimakannya, sebab dah lapar
sangat.

Kadang-kadang ular dan kala jengking diingatkan
makanan, habis digigit lalu terkena racun.

Yang peliknya, tali putih itu sentiasa ada. Tapi
bukan semua yang dapat. Ia Cuma pergi kepada
sesiapa yang memanggil atau menghulur tangan
untuk naik ke atas. Kembali melihat cahaya.

Di luar sana, terang benderang. Macam-macam
boleh nampak. Tapi masih ada yang terlindung.

Dunia ini banyak rahsia…

Jiwa kita (yang terjatuh) mencari penyelesaian.
Apa dia?

Ia tidak lain.. hanyalah KEKUATAN!

Ia perlukan kekuatan untuk :

Mengangkat tangan.
Membuka mata dan melihat cahaya di atas sana.
Menolak tangan-tangan yang menariknya untuk
tidak naik ke atas.
Memegang erat tali putih itu hingga sampai ke atas.
Ya… KEKUATAN.

Bagi kita, kekuatan itu mutlaknya dari Allah tetapi
kita yang memulakannya. Cuma mungkin bezanya
dari segi petunjuk-petunjuk kekuatan yang Allah
nak turunkan kepada kita.

PETUNJUK PERTAMA :

Kadang-kadang, Allah bagi petunjuknya dan
tegurannya kepada kita seorang, maka kita
sahut seruan dan kita menjana kekuatan secara
individu dan bukan atas dorongan orang lain.
Dengan itu, kita berubah kerana kesedaran dari
diri kita sendiri.

PETUNJUK KEDUA :

Kadang-kadang, Allah bagi petunjuknya kepada
keluarga dan orang-orang yang terdekat dengan
kita. Maka kita sahut seruan bahawa aku perlu
menjadi lebih kuat. Sepertimana Allah turunkan
bencana kepada keluarga dan sebagainya.

Bezanya ini, orang akan nampak kita berubah
setelah mendapat bala' dan kita seolah-olah
terpaksa untuk menjadi kuat kerana tiada
tempat bergantung melainkan Allah. Walau
tidak bersedia pun… terpaksa lah..

PETUNJUK KETIGA :

Kadang-kadang Allah bagi petunjuknya kepada
orang yang tegur kita, sebab kesalahan kita dia
tahu, maka dia tegur kita. Maka kita pun
menyahut seruan, aku perlu menjadi lebih kuat.

PETUNJUK KEEMPAT :

Kadang-kadang Allah bagi petunjuk kepada
keadaan sekeliling kita, dunia, harta benda
kita dan lain-lainnya. Apabila dunia bergolak
seperti isu Gaza contohnya, maka kita pun
merasakan bahawa kita perlu menjadi lebih
kuat untuk dunia yang sedang bergolak dan
sedia untuk menerima apa sahaja yang datang.

Petunjuk-petunjuk tersebut ada turutannya
sehinga turutan yang paling akhir selepas
Allah bagi petunjuk-petunjuknya (yakni selepas
petunjuk dari awal kita tak sahut, maka boleh
jadi pergi ke petunjuk seterusnya).

Tapi, bagi kita, yang penting sekali, kita ini
sedar dan perlu menyahut seruan menuju
kekuatan berdasarkan hidup kita selama ini.

Petunjuk Allah yang terakhir ialah MAUT dan
ALAM SELEPASNYA (mahsyar, mizan, neraka dsb).

Tapi bezanya pada ketika itu, kita bukan sahaja
tidak mampu menjadi kuat, bahkan sudah
terlambat atau sangat-sangat lambat.

Bukan apa, sebab kita melengah-lengahkan
untuk menyahut seruan fitrah daripada Allah.
Seruan kelesuan jiwa yang meronta-ronta,
seruan kelesuan hati yang keras membatu ..
seruan Allah yang menyuruh hambaNya
berlumba-lumba ke arahnya.

Maka di sini kita membenarkan lagi sabda
Nabi saw :

"Cukuplah dengan maut itu sebagai nasihat /
teguran."

Setiap jenis petunjuk itu ada keistimewaannya.
Bila kita sahut yang pertama, kadang-kadang
kita tidak perlu jumpa yang kedua.

Bila kita tinggal yang pertama, kadang-kadang
ia boleh terus jatuh pada peringkat terakhir
(maut dan selepasnya).

Tapi kadang-kadang kalau kita dapat yang
ketiga atau seterusnya, kita akan lebih 'rasa'
pengalaman 'teguran' yang Allah bagi, ber
banding orang yang menyahut seruan yang
pertama.

Itulah uniknya teguran Allah yang penuh
hikmah ini. Semuanya saling melengkapi,
mengikut tahap masing-masing di sisi Allah.

Mari kita pergi ke peringkat seterusnya semoga
kita dapat hayati bersama. Mari sesuaikan diri
kita dengan keadaan umat sekarang.

Lihatlah contoh yang paling dekat kita dapat
lihat saudara-saudara kita di Gaza. Bagi kita,
semua petunjuk ada pada mereka. Cukuplah
untuk satu dunia menyedari hakikat teguran
Allah kepada dunia seluruhnya, khasnya umat
Islam.

Satu dunia bangkit menentang kezaliman Zionis
Israel. Ya, Umat dunia bangkit. Tapi mereka
bangkit atas dasar apa? Kemanusiaan dan fitrah
insaniah dalam diri mereka.

Tapi kita ini, Allah anugerahkan dengan Islam
dan Iman lebih-lebih lagi dengan fikrah risalah
daripada Nabi tercinta saw.

Umat dunia yang buta agama sebenarnya pun
ingin menolong kekuatan ini... Alangkah butanya
umat Islam yang tidak mampu mendengar seruan
teguran yang Maha Agung daripada Tuhan
semesta alam ini.

Subhanallah! Teguran yang maha hebat engkau
berikan kepada kami. Tidak mampu kami bayang
kan kalau selepas ini masih ada yang tidak mahu
menyelamatkan diri dari azabMu?

Masya-Allah! Sesungguhnya Engkau telah mem
perlihatkan kami petunjuk dan teguranMu yang
sungguh dalam.

Masya-Allah hebatnya iman mereka (saudara-
saudara kita di Gaza) sehingga Allah menguji
sebegitu kepada mereka kerana sesungguhnya
seseorang hamba itu diuji dengan kadar imannya.

Nauzubillah! Ya Allah kami berlindung dari
petunjukMu yang lebih dahsyat yang tidak
mampu kami menjadi kuat lagi selepasnya.

Mari kita hayati lagi peringkat seterusnya .

Tidak pelikkah?

Tidak hairankah?

Umat Islam di Gaza mampu menggegarkan
dunia. Mampu memberikan "asbab" kekuatan
kepada umat dunia, hatta orang bukan Islam.
Allahuakbar!!!

Ya, memang pelik!

Masakan 313 tentera Badar boleh menang
dengan 1000 tentera musyrikin itu tidak pelik ?

Ya.. pelik sekali!

Tetapi ingatlah, bahawa IMAN ITU MENCIPTA
KEAJAIBAN.

Apa bezanya saudara-saudara kita di Gaza
dengan kita?

Bezanya…

Mereka ini yang memulakan..
Mereka ini yang menjadi "asbab" kepada
kebangkitan dunia.
Mereka ini yang menyalakan cahaya Allah
kepada umat.
Ya.. mereka kuat. Sungguh kuat. Dengan
kekuatan mereka baru mampu menggerakkan
orang lain.

Subhanallah besarnya pahala mereka!

MasyaAllah besarnya tugas mereka!

Mungkin sekadar membaling batu kepada Zionis
Israel, tapi itu :

Cukup membuktikan kekuatan mereka.
Cukup bagi menggerakkan manusia untuk
menuju kekuatan.
Akhirnya, kita menyedari bahawa kekuatan
Iman itu asas kepada semua kekuatan yang lain.

Kita yakin bahwa kita perlu bersungguh-sungguh :

Membuka mata.
Memegang tali.
Menolak tangan-tangan yang menarik kita.
Kemudian, apabila kita sampai ke atas nanti, kita
ingin menghulurkan sebanyak mungkin tali-tali
putih kepada sahabat-sahabat kita atau manusia
yang di bawah lubang sana.

Kita sayang mereka. Mereka sahabat-sahabat kita.
Kita anggap mereka itu keluarga kita. Kita mahu
mereka bersama kita menerima cahaya.

Usaha kita yang bersusah payah ini bukan apa.

Kita cuma hanya mahu jadi penyelamat BUKAN
hanya pandai menjadi pemberat.

Be it Us, Be it Ours.
Not Them, Not Theirs.

"Dakwah dan tarbiyah tidak memberi kepada kita
secara seratus peratus dari keduanya, sekiranya
kita tidak memberi seratus peratus daripada kita
kepada keduanya "

Ya Allah, sesungguhnya kami amat memerlukan
petunjuk dariMu yang kadang-kadang
merupakan teguranMu untuk kami memperbaiki
keadaan diri kami dan meluruskan
jalan hidup kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen.

Wan Ahmad

Wednesday, May 4, 2011

WISE WORDS

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar
telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat
seperti yang diumumkan oleh Presiden
Barrack Obama semalam, maka saya sebagai
seorang Islam mendoakan rahmat dan
keampunan Allah SWT untuk Osama bin
Laden yang merupakan saudara saya di
dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu
menerima berita kematian saudara seagama
nya. Sebesar manapun kesalahan seorang
muslim, jika ia mati dalam keadaan agama
nya Islam, keampunan terhadapnya harus
dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden
dengan keganasan, saya serahkan kepada
Allah SWT kerana ia masih belum terbukti
melainkan melalui propaganda yang di
pelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar
beliau terlibat dengan kegananasan, sudah
tentu saya tidak menyokong keganasan
tersebut.

Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan
keganasan masih lagi merupakan berita
samar yang tidak dapat disahkan, namun
keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam
keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan
dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua
negara ini dengan tujuan mencari senjata
pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga
ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat
terhadap Israel yang terang-terang melakukan
keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak
bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat
menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap
sebagai pengganas, maka Israel lebih patut
disebut sebagai ganas dan penyokongnya
Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari
digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar
Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya
pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang
selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya
yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang
berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi
tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia
lebih selamat dengan kematian Osama,
saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak
cermat dan hanya bertujuan menampakkan
diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia
lebih selamat dengan kematian Osama, adakah
dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK
ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H
bersamaan 3 Mei 2011M


WISE WORDS

“I mourn the loss of thousands of precious
lives, but I will not rejoice in the death of
one, not even an enemy. Returning hate for
hate multiplies hate, adding deeper darkness
to a night already devoid of stars. Darkness
cannot drive out darkness: only light can do
that. Hate cannot drive out hate: only love
can do that” Dr. MLK J (martin luther king junior)

Monday, May 2, 2011

TAZKIRAH

Agak-agaknya kita tahu tak bila kita sudah
mula melangkah jauh dari Lindungan Allah
swt. Syaitan itu amat licik. Bagi orang yang
tidak pernah tinggalkan sembahyang - syaitan
tidak akan memujuk kita agar meninggalkan
sembahyang ... tetapi melambat-lambatkan
sembahyang.

Bagi yang suka dan mahir dengan komputer -
syaitan akan memujuk kita agar menghabiskan
masa kita di depan komputer menjawab setiap
ungkapan rakan kita dalam facebook sehingga
lalai dari menunaikan sembahyang pada awal waktu.

Syaitan itu licik. Pada peringkat awal mungkin
kita kata, "Aku ini hendak berdakwah mengguna
kan facebook ... bukan buang masa" Ingat maksud
dari ayat 37 dari Surah At Taubah: "Perbuatan
buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah
(oleh syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka ..."

Kita mudah sangat berpuas hati dengan sedikit
kebaikan yang kita lakukan sehingga kita rasa OK
kot jika habiskan dua atau tiga jam dengan
facebook atau permainan komputer. Kita ditipu
apabila sudah mengikuti usrah mingguan bersama-
sama rakan. Kita rasa sudah menjadi orang baik
apabila sesekali dapat pergi ke Masjid. Malahan
kita rasa OK jika sesekali melihat klip video lucah
dalam youtube. Syaitan sekarang mengikuti
perkembangan teknologi ....

Bagaimana kita hendak kesan bahawa kita ini
sedang melangkah jauh dari kehendak Ilahi.
Cuba bayangkan ... adakah kita ini satu ketika
dulu pernah ikut usrah - tapi sekarang ini agak
malas rasanya ....ini petanda negatif. Adakah
kita dulu rajin ke masjid.... sekarang ini - kalau
pergi pun selalu masbuk ... ini petanda negatif.

Kalau dulu berbincang berkenaan dengan Islam
dan da'wah - kita dapat rasa hidup dan iman
kita meningkat. ... sekarang ini agak malas dan
rasa agak muak bila berbincang berkenaan
dengan Islam dan da'wah ... ini petanda negatif.
Dulu kita rajin ke majlis ilmu ... sekarang ni dah
rasa "khatam" dengan apa yang ingin disampai
kan oleh penceramah ... ini petanda negatif ...
petanda kita semakin jauh dari Allah.

Maka apa harus kita lakukan ....ingatlah pada
kematian. Perkemaskan yang wajib dan banyak
kan yang sunat. Adakah kita yakin amal kita
selama ini telah diterima oleh Allah. Hamba
Allah yang bertakwa akan sentiasa berusaha
dan berharap disamping gentar takut-takut
amalnya tidak diterima. Dia tidak akan mudah
ditipu syaitan. Jika sesekali ditipu pun dia akan
mudah kembali ke pangkal jalan kerana dia
rajin ke masjid bertemu dengan orang-orang
yang soleh, rajin ke majlis ilmu mendengar
peringatan demi peringatan, rajin mengikuti
usrah dan mendapat muhasabah dari rakan.

Pendekata - dia akan sentiasa berusaha dan
bertaubat atas segala kelemahan beliau.

Wallahu'alam

PESANAN

# Bergembiralah dengan pilihan ALLAH untuk anda,
sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersem-
bunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik
bagi anda daripada kesenangan.

# Ketahuilah, bahawa ujian itu akan mendekatkan
diri anda dengan ALLAH, mengajar agar anda
berdoa, dan menghilangkan sifat takabur, ujub
dan segala kesombongan dari diri anda.

# Berbuat baiklah kepada sesama manusia, dan
hulurkan kebaikan kepada semua orang agar
anda memperolehi kebahagian ketika menziarahi
orang sakit, memberi sesuatu kapada orang yang
memerlukan, dan menyayangi anak yatim.

# Ketahuilah, bahawa anda sebenarnya memiliki
berbagai keni'matan, dan memiliki pundi-pundi
kebaikan yang ALLAH kurniakan kepada diri anda.

# Jauhilah buruk sangka, lemparkan angan-angan
kosong, khayalan-khayalan buruk dan fikiran-
fikiran yang kotor.