Oleh : Ustaz Maszlee Malik
Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel
Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel
“Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak
maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan
telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan.
Apabila majalah I bulan Mac pun turut
memaparkan reaksi para pembaca mengenai
artikel tersebut, persoalan ini semakin popular.
Terdapat juga pertubuhan-pertubuh an di IPTA
dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara
“soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar
dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui
sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT
turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.
Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis
Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis
berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah:
“Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?”
Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai
yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.
“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini,
“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini,
berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang
pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba
memberikan alternatifnya.
Akibat Kurang Bercinta
Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi
Akibat Kurang Bercinta
Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi
Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan
mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang
tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka
lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar
Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”.
Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan
dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Saya
menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang
menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT,
tidak kira Melayu atau bukan.Coupling hanya
membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang
halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah
laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar
nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT
di ibu kota .
Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang
Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang
berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses
percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat
positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki.
Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini
adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah
ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme
dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran
manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci
dan positif , serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila
manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah
menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga
tidak suci lagi.
Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap
neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal
yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada
perhubungan intim dia insan berlainan jantina sebelum
berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami
oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta,
tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci.
Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama
Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara
dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri.
Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak,
dengan syarat ia adalah cinta sejati!
Khitbah Bukan Tunang
Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak
Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak
pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple
ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun
bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.
Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling?
Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara
yang halal…iaitu bernikah!”.
Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan
Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan
memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”,
“Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak
tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja
lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai
alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan
alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal,
tetapi tidak langsung mengemukakan untuk
melakukan perkara yang haram?
Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah
sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara
Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara
literalnya, ia membawa maksud “bertunang”.
Bertunang menurut adat dan pengamalan orang
Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan
untuk berkahwin melalui proses ritual
tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam
pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman
Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan
oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya,
disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan
pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata
ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk
menghalalkan perhubungan di antara dua pihak
yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara
ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang
bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan
yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan
dan juga bermadu asmara akan cuba
menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan
pertunangan serta mendapat restu ibu bapa
kedua-dua belah pihak.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden,
terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan
pengamalan orang bertunang secara klasikal dan
juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan
“akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad
khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya
merupakan akad nikah. Seperkara yang
membezakan di antara akad nikah dan khitbah
ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal
bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan
dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah
suami isteri dan halal untuk melakukan apa
sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya.
Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut
diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah
bunyinya amat mengerikan?
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut
kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap
kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya
pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh
kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang
dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan
ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang
mereka hadapi.
Khitbah di IPT
Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi
Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi
mengatakan bahawa bernikah di alam kampus
itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya.
Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali,
tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu
menanggung satu sama lain, tidak perlu makan
lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan
perabot-perabot. Nikah adalah untuk
menghalalkan perhubungan dan juga membina
kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan
sudah halal dan sudah boleh bersama dan
melakukan apa sahaja.
Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak
demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak
bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma
oleh para ibu bapa amat diperlukan.
Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka
kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu.
Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan
moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT
seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah
akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti
pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah
cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa
mengharapkan anak-anak mereka menjadi
malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana
persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan
bahan-bahan literasi menjurus kearah maksiat
dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden
membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah
menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini.
Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama
ada menerima arus liberal dan sekular yang
menghalalkan segala perhubungan bebas di antara
dua jantina, dan kemudian mereka yang akan
menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk
membenarkan anak-anak mereka menikmati alam
percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui
ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun,
membenarkan anak-anak mereka bernikah di
dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah
peranan ibu bapa moden untuk membantu
anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut
demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka
Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka
terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan
ia sudah pasti mengganggu pembelajaran.
Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah.
Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah
berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk
mengelakkan kehamilan sewaktu belajar.
Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup
alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah
kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal,
dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa
menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan
ibu bapa amat diperlukan.
Risiko
Risiko
Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus
ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap
untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa
sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah
salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan
bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah
rawatan untuk gejala maksiat di IPT.
Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun
ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat
dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri
dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya
menumpukan perhatian kepada pembelajaran.
Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini
hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai
ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap
untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu
menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi
kampus dan juga para aktivis di universiti, walau
apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah
menjadi matlmat utama!
No comments:
Post a Comment