Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Wednesday, December 1, 2010

MEMBANGUN KELUARGA BERUNTUNG

Berbicara masalah perkahwinan, seringkali orang
menghubungkannya dengan "penyesalan".

Ada orang yang menyesal mengapa tidak berkahwin
sejak dahulu setelah ia merasakan banyak
manfaatnya.

Namun ada juga yang menyesal mengapa berkahwin
setelah merasakan pahit getirnya hidup
berumahtangga.

Sebagai orang yang beriman, kita mesti yakin bahwa
berkahwin adalah ibadah. Ada banyak kebaikan
di dalamnya. Kalau pun ada masalah, maka yakin
lah bahwa itulah ladang amal dan wasilah untuk
pendewasaan yang dianugerahkan oleh Allah swt.

Persoalannya, bagaimanakah agar perkahwinan
mendatangkan keridhaan Allah sehingga semakin
lama usia sesuatu perkahwinan itu akan semakin
terasa sakinah mawaddah wa rahmah.

Ada tiga (3) formula yang diterangkan dalam Al
Quran dalam surah Al- Ashr.

Setiap kali bertambah hari, bertambah umur,
kita akan kerugian kecuali tiga kelompok yang
beruntung.

PERTAMA : RUMAHTANGGA YANG SENTIASA
BERFIKIR KUAT BAGAIMANA KEYAKINAN
KEPADA ALLAH AKAN TERUS MENINGKAT.

Semua kebahagiaan dan kemuliaan itu berkadar
lurus dengan tingkatan keyakinan kepada Allah.

Tidak ada orang yang ikhlas kecuali ia mesti yakin
kepada Allah swt. Tidak ada kesabaran sebenar
kecuali pengenalan yang sesungguhnya kepada
Allah swt. Tidak ada orang yang zuhud kecuali
orang yang faham akan kekayaan Allah swt.
Tidak ada orang yang tawadhu’ kecuali orang
yang tahu akan kehebatan Allah swt.

Makin kita akrab dan kenal dengan Allah swt,
semua perkara akan dipandang kecil. Setiap
hari dalam hidup kita seharusnya kita fikirkan
bagaimana kita akan dekat dengan Allah swt.
Kalau Allah sudah mencintai makhluknya,
segala urusan akan beres.

Oleh kerana itu, apa pun yang ada dirumah kita
mesti menjadi jalan untuk mendekatkan diri
kepada Allah swt. Beli barang apa pun mesti
barang yang disukai Allah supaya rumah kita
menjadi rumah yang disukai Allah swt. Boleh
mempunyai barang yang bagus tanpa diwarnai
dengan takabur.

Persoalannya bukan benda mahal atau murah,
bagus atau tidak tetapi apakah dapat di
pertanggungjawabkan disisi Allah atau tidak.

Rumah kita mesti bercirikan Allah "oriented".
Kaligrafi dengan tulisan Allah beserta gambar-
gambar masjid yang boleh mengingatkan kita
kepada Allah.

Kita senang melihat rumah mewah tetapi suasana
hendaklah Islamik. Jadikan semua harta benda
kita, alat dakwah , dimulai dengan kereta sampai
lah kepada rumah yang kita miliki.

Apa yang ada dalam fikiran kita sebenarnya Allah
sudah mengetahui apa yang kita fikirkan. Yang
mesti kita fikirkan adalah bagaimana kita nak
dekat dengan Allah, selebihnya, Allah yang akan
mengurus urusan kita. Kalau hubungan kita dengan
Allah bagus, semua urusan kita akan beres.

Barangsiapa yang dekat dengan Allah, akan diberi
jalan keluar setiap urusannya dan dijamin dengan
rezeki dari tempat yang tidak diduga.

Barangsiapa hatinya yakin kepunyaan Allah segala
nya, akan dicukupkan segala keperluannya.

Jadi, bukan dunia ini yang menjadi masalah tetapi
hubungan kita dengan Allahlah masalahnya.

KEDUA : RUMAHTANGGA YANG PALING PRODUKTIF
DALAM KEBAIKAN.

Wang yang paling berkat adalah wang yang paling
tinggi produktivitinya.

Kaya boleh, asalkan produktif. Boleh mempunyai
rumah lebih dari satu asalkan diniatkan agar
berkat demi Allah, itu akan beruntung.

Oleh kerana itu, teruslah mencari wang, bukan untuk
memperkaya diri tapi untuk membahagi-bahagikan
kepada mereka yang memerlukan dari umat ini.

Sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita
kecuali bertambah.

Jadi fikiran kita bukan apa yang kita akan dapat
tapi apa yang boleh kita perbuat?

Orang yang beruntung setiap waktu fikirannya
produktif mengenai kebaikan.

Selagi kita hidup, lakukan yang terbaik, sesudah
mati kita tidak akan dapat berbuat apa-apa lagi.

Kalau sudah berusaha bersungguh-sungguh, nanti
Allah yang akan memberi, itulah namanya rezeki.
Orang yang beruntung adalah orang yang paling
produktif kebaikannya.

KETIGA : RUMAHTANGGA YANG DIHIASI DENGAN
SALING NASIHAT MENASIHATI DALAM
KEBENARAN DAN KESABARAN.

Kata-kata terbaik yang kita perlu keluarkan adalah
yang berkaitan dengan meminta saranan dan nasihat.

Anak-anak dinasihati supaya sentiasa patuh dan
sayang kepada ibubapa.
Suami menasihati isteri supaya sentiasa melaksana
kan ketaatan kepada suami tercinta dan melaksana
kan tanggungjawab pendidikan dalam keluarga.
Ayah juga boleh meminta nasihat dari anak atau
isteri, niscaya tidak akan kehilangan kewibawaannya.
Kita tidak boleh menjadi penasihat yang baik sebelum
kita menjadi orang yang boleh dinasihati.

Kita tidak akan dapat memberi nasihat jika kita
tidak boleh menerima nasihat.

Nikmatilah nasihat sebagai rezeki dan bukti
kejayaan hidup.

Akhir sekali, membangun rumahtangga di mana
ciri-ciri Islam dapat ditegakkan adalah menjadi
kewajiban kepada setiap individu Muslim.

Apabila syakhsiah Islam telah berjaya dilahirkan
dalam sesebuah rumahtangga itu maka barulah
rumahtangga itu akan menjadi rumahtangga
mithali dan menjadi "syurga" bagi penghuni-
penghuninya sebagaimana konsep "Rumahku
Syurgaku".

Setiap ahli dalam keluarga itu akan merasakan
nikmat untuk berkorban dan melaksanakan
tugas masing-masing bagi menjaga keharmonian
dan kedamaian rumahtangga tersebut.

Inilah yang dinamakan "Jannatul Aajilah" iaitu
Syurga yang dipercepatkan di mana suasana
tenang dan damai dapat dirasai oleh setiap
ahli dalam sebuah Baitul Muslim.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri
kami dan zuriat-zuriat kami sebagai penyejuk
mata/hati kami dan jadikanlah kami pemimpin
atau Imam orang-orang yang bertaqwa.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad

No comments:

Post a Comment