Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Sunday, December 26, 2010

TARBIYAH ASAS PEMBENTUKAN INSAN

Imam Hasan Al-Banna mengajak kita untuk
beri perhatian pada tarbiyah, malah beliau
menegaskan akan peri pentingnya keteguhan
setiap individu terhadap tarbiyah dan
‘mujahadah’ (kesungguhan), sehingga menjadi
tiang yang kukuh dan generasi yang sempurna.

Beliau berkata :

“Bahwa ‘ma’rakah’ (perjuangan) kita paling
utama adalah tarbiyah yang disuburkan di
tengah-tengah umat akan kefahaman bahawa
apapun bentuk dakwah yang tidak di asaskan
kepada kerja tarbiyah pada hakikatnya adalah
ibarat fatamorgana yang menipu.”

Imam Hasan Al-Banna memahami bahawa
pembangunan generasi merupakan suatu
kemestian dalam usaha untuk melakukan
pengislahan dan di antara keistimewaan
dakwah Al-Ikhwan berbanding dakwah-
dakwah yang lain adalah kerana Al-Ikhwan
berjalan dengan tarbiyah yang mampu
mengukuhkan kewujudan dan pewarisan
(tawrits) dakwah dan perkara tersebut
merupakan bentuk yang menakjubkan dalam
jamaah ini seperti yang disebutkan oleh Imam
Al-Adwi sebagai “Jamaah Tarbawiyah”.

Tarbiyah menurut Al-Ikhwan adalah satu-
satunya jalan untuk :

1. Membangun generasi yang soleh dan bertaqwa.
2. Mewujudkan peribadi muslim yang jujur.
3. Membentuk dan memiliki jiwa pejuang.

Al-Ikhwan memahami bahawa tarbiyah :

a. Memerlukan jalan yang panjang dan berat.
b. Memiliki banyak rintangan dan hambatan.

sehingga tidak ada yang mampu bersabar
melaksanakannya kecuali hanya sedikit sahaja.

Namun hanya ini merupakan satu-satunya jalan
menuju satu tujuan dan tidak ada alternatif
lainnya sehingga dengan itu pula Al-Ikhwan
menamakan gerakan ini dengan sebutan :

“Madrasah pembinaan dan pembentukan yang
diasaskan di atas manhaj yang komprehensif dan agung”.

Ia adalah :

1. Madrasah yang menjadikan agama sebagai
sumber kehidupan.
2. Madrasah yang mampu mentarbiyah potensi
individu.
3. Madrasah yang melakukan perjanjian dengan
individu yang ditarbiyah.
4. Madrasah yang membentuknya memiliki sifat-
sifat amilin yang soleh dan sempurna samada
dari sudut kefahaman mahupun keyakinan,
akhlak dan perilaku sehingga menghadirkan
contoh yang agung sepanjang sejarah dan perjalanannya.

Sesungguhnya ia menjadi sebaik-baik madrasah.

Jika sekiranya tidak ada tarbiyah, maka Al-Ikhwan
tidak akan mampu menghadapi zionis dan
mengalahkannya ketika berlakunya peperangan
di bumi Palestin menghadapi pasukan Inggeris
di terusan Suez.

Begitu pula dengan tarbiyah yang mantaplah
yang menjadikan mereka teguh dalam meng-
hadapi berbagai ujian, cubaan, penjara, siksaan
dan celaan yang mendera mereka.

Imam Hasan Al-Banna merupakan pengasas
madrasah ini di saat berlakunya perubahan
pada sisi Islam yang mulia dari sekadar
pandangan-pandangan yang bersifat teori
yang terdapat dalam buku-buku kepada alam
realiti yang dapat dirasakan dan disentuh
melalui tarbiyah dan takwin.

Beliau menegaskan akan peri pentingnya
memantau barisan dan membersihkannya
dari kelemahan di mana beliau berkata :

“Jika di antara kamu ada kelompok yang sakit
hatinya, menyembunyikan tujuan terselubung,
ketamakan yang ditutupi dan kecewa pada
masa lalu, maka keluarkanlah semuanya dari
jiwa kamu kerana yang demikian itu akan
menjadi pembatas masuknya rahmat, penutup
masuknya cahaya dan taufik ke dalam hati”.

CIRI-CIRI DAN KEISTIMEWAAN TARBIYAH

Imam Hasan Al Banna berkata tentang tarbiyah :

“Bahawa dakwah Al-Ikhwan memiliki
keistimewaan khusus dengan ciri-ciri
yang berbeza dari dakwah-dakwah yang
lain; samada yang semasa dengannya atau
pada masa lainnya dan di antara ciri-cirinya
adalah perhatiannya terhadap pembentukan
dan memiliki tahapan dalam setiap langkah-
langkahnya”.

Pembentukan dan tarbiyah yang kukuh menurut
Al-Ikhwan memiliki ciri-ciri dan keistimewaan
khusus yang tidak boleh diingkari oleh para
murabbi, iaitu di antaranya:

1. At-Tarbiyah Ar-Rabbaniyah (Tarbiyah
Rabbaniyah) bahwa kita memiliki dakwah
rabbaniyah yang setia kepadanya dan di antara
ciri-ciri khas dakwah rabbaniyah ini adalah :

a. Al-Masdar Ar-Rabbani (Sumber Yang Rabbani)
dengan erti bahwa dakwah ini menerima segala
perintahnya dari Allah, berjalan sesuai dengan
kehendak Allah dan sesuai dengan apa yang telah
diwajibkanNya ke atas kita.

b. Al-Ittijah Ar-Rabbani (Arah Yang Rabbani)
dengan erti bahwa kami hanya berharap segala
usaha dan kerja kami hanya kerana Allah dan
mencari redhaNya dan dari sini, kami semua
bebas dari berbagai tuduhan (seperti tujuan
menghalalkan segala cara); kerana kami
berusaha menjadikan arah Rabbani sebagai
manhaj kami.

c. Al-Wasilah Ar-Rabbaniyah (Wasilah Yang
Rabbani) iaitu bahawa kami tidak berjalan
dalam melakukan perubahan menggunakan
wasilah lain yang ditolak oleh syariat sehingga
mampu mewujudkan tujuan yang rabbani.

2. At-Tarbiyah As-Syumuliyah (Tarbiyah Yang
Menyeluruh) iaitu tarbiyah yang mencakupi
berbagai potensi jiwa manusia (akal, perasaan
dan perilaku), sehingga memberikan pembentukan
pada segala potensi tersebut haknya dalam
melakukan perubahan dan sempurna dalam
melakukan proses perubahan tarbiyah. Jika tidak,
maka perubahan yang kita lakukan merupakan
perubahan yang sia-sia dan hampa dan hanya
menghasilkan individu yang hampa pula.

3. At-Tarbiyah Al-Wasatiyah (Tarbiyah Yang
Bersifat Pertengahan) iaitu tidak ada ‘ifrat’
(pengurangan) dan ‘tafrith’ (berlebihan) di
dalamnya, tidak cenderung pada satu sisi
terhadap kepentingan sisi tertentu, tidak
berlebihan pada satu perkara dan tidak
mengindahkan perkara lainnya, namun
menggunakan segala perkara dengan seimbang,
adil dan jalan pertengahan.

4. At-Tarbiyah Al-Insaniyah (Tarbiyah Yang
Manusiawi) iaitu terbiyah yang membuka
interaksi dengan jiwa manusia bukan benda
mati; yang dalam perjalanannya menggunakan
sunnah Ilahiyah dalam berinteraksi dengan jiwa
manusia dan menyedari bahawa setiap jiwa
memiliki prinsip-prinsip, sendi-sendi, ciri-ciri,
perasaan dan sentuhan yang mesti sentiasa
diperhatikan.

5. At-Tarbiyah Al-Manhajiyah (Tarbiyah Yang
Bertahap) iaitu tarbiyah yang sentiasa bertahap
dalam langkah-langkah dan fasa pembentukannya
sesuai dengan prinsip bertahap dan sesuai dengan
konsep yang tersusun rapi, tergambar dan jelas
ciri-cirinya, tidak terburu-buru, tidak mendahului
realiti dan tidak melampaui tingkatan tangga
tarbiyah yang diidam-idamkan kerana barangsiapa
yang tergesa-gesa sebelum tiba waktunya maka
akan mengalami penyesalan.

6. At-Tarbiyah Al-Mustamirrah (Tarbiyah Yang
Berkesinambungan) iaitu tarbiyah yang dimulai
dari semenjak kelahiran hakiki jiwa manusia;
dengan konsep komitmen terhadap dakwah dan
tarbiyah, bahkan mungkin dimulai pada umur
baligh, kemudian diteruskan sesuai dengan
perjalanan hidupnya secara sistemik hingga
akhir hayatnya; iaitu kerja tarbiyah yang tidak
pernah berhenti. “Dan Beribadahlah kepada
Tuhanmu hingga datang kematian”
(QS Al-Hijr : 99), kerana itu seseorang tidak
boleh mendakwa bahawa dirinya memiliki
tingkat paling atas (senioriti) dalam kerja
tarbiyah walauapapun posisinya.

7. At-Tarbiyah Al-Ijabiyah (Tarbiyah Yang
Positif) iaitu dakwah menuju cita-cita yang
waqi’ie dan keberkesanan dalam kerja, terfokus
pada pembahasan tentang jiwa yang positif
yang dimulai dari dalam diri, terfokus padanya
dan berusaha meningkatkan potensi yang ada
di dalamnya, menggelorakan jiwa yang positif
dan konstruktif, efektif dan produktif serta
menyebarkan jiwa optimis dalam diri.

8. At-Tarbiyah Al-Waqi’iyah (Tarbiyah Yang
Realistik) iaitu tarbiyah yang dimulai dari jiwa
seadanya, berkomunikasi sesuai dengan keadaan
dan realiti yang melingkunginya.

9. At-Tarbiyah Al-Murunah (Tarbiyah Yang Anjal)
iaitu tarbiyah yang seiring dengan keadaan amal
dakwah iaitu menyangkut individu dan masyarakat
yang melingkunginya.

10. At-Tarbiyah Al-Harakiyah (Tarbiyah Yang
Sentiasa Dinamik Dalam Bergerak) iaitu tarbiyah
yang dibangun di atas asas pembinaan medan
yang realistik, bukan sekadar ideologi atau
teori semata-mata.

11. At-Tarbiyah Ad-Daqiqah Wal Amiqah
(Tarbiyah Yang Kukuh dan Mendalam) iaitu
tarbiyah yang bukan hanya nampak pada
permukaan semata-mata, namun meresap
ke dalam lubuk hati manusia dalam berbagai
ajaran, wasilah dan bentuk-bentuknya.

KANDUNGAN TARBIYAH

Al-Ikhwan telah memberikan batasan tentang
konsep tarbiyah dan takwin sebagai berikut :
1. Cara yang bersinergi dalam berinteraksi
dengan fitrah manusia dalam bentuk arahan
langsung; samada dengan kata-kata atau
qudwah (keteladanan), sesuai dengan manhaj
dan wasilah khusus bagi melakukan perubahan
ke atas manusia untuk menjadi lebih baik.

2. Susunan pengalaman tarbiyah yang digerakkan
oleh jamaah terhadap individu dengan tujuan
untuk membantu mereka melakukan pertumbuhan
yang komprehensif, bersepadu dan seimbang
dalam berbagai sisinya (iman dan akhlak, sosial
dan politik, akal dan jiwa, ilmu pengetahuan dan
seni, jasad dan ruh); dengan pertumbuhan yang
mengarah kepada pengislahan perilaku dan bekerja
untuk mewujudkan insan soleh yang diidam-idamkan.

3. Merubah manusia dari satu keadaan ke keadaan
yang lain, (dalam pandangan dan ideologi,
perasaan dan sentuhan rasa, tujuan dan
wasilahnya), pembentukan yang menembusi
ruh, alam nyata dan rasa, bukan hanya dalam
bentuk nyata semata-mata, yang direfleksikan
dalam perjuangan dan kesungguhan yang menyatu
pada individu atau peribadi yang ditarbiyah.

Maka dari orang yang teguh dengan tarbiyah,
mampu melintasi jalan panjang yang menyebar
serta menyentuh setiap individu, keluarga dan
masyarakat sesuai dengan sistem dan bangunan
Islam yang lengkap; dengan memperhatikan
tahap-tahap perubahan yang diidam-idamkan;
“pengetahuan, perasaan dan perilaku” atau
“jiwa, hati dan raga”, sebagai manhaj untuk
melakukan pembentukan yang dimulai oleh
individu.

TARBIYAH BEKALAN UTAMA DALAM DAKWAH

Mana mungkin kita akan berterusan dalam
dakwah kecuali jika kita cukup bekalan tarbawi
kerana orang yang tidak cukup bekalan tidak
akan dapat memberi tarbiah kepada orang lain.

Tarbiyah sepatutnya menjadi syiar kita dalam
dakwah malah ia seharusnya menjadi keutamaan
kita. Syiar inilah yang akan berada di hadapan
kita dan yang semestinya dijadikan sebagai realiti
di medan.

Kita pindahkan segala teori kepada praktikal
serta pelaksanaan yang mendalam.

Di antara ciri-ciri tarbiah adalah :

Menghimpunkan.
Menyusun.
Intima’ kita bukan sekadar intima’ fikrah semata-
mata atau emosi sahaja atau haraki semata-mata
malah intima’ kita dengan dakwah ini terbahagi
kepada tiga rukun :

Intima’ fikri pada akal.
Intima’ hati di jiwa.
Intima’ haraki pada anggota tubuh badan.
Maka tarbiah yang sebenar yang difahami oleh
Al-Ikhwan adalah secara tanzimi (tersusun)
dan tajmi’ (menghimpunkan).

Ya Allah kekalkanlah diri kami di atas jalan
tarbiyah ini yang akan memantapkan
penggabungan kami terhadap harakah yang
berkat ini meliputi pemikiran, hati dan
pergerakan kami.

Ameen Ya Rabbal Alameen

No comments:

Post a Comment