MOGA CINTA BERSINAR SEMULA 2
paling dalam, mana yang lebih berharga,
kemewahan hidup atau kerukunan rumah
tangga? Tentu kita akan menjawab,
kerukunan rumah tangga.
Jika ditanya, untuk apa kamu bertungkus
Jika ditanya, untuk apa kamu bertungkus
lumus bekerja siang dan malam? Tentu jawab
si suami, “kerana isteri dan anak-anakku”
Begitulah juga jika ditanyakan kepada si
isteri, tentu jawapanya kerana suami dan
anak-anak.
Malangnya, kita sering tertipu. Betapa
Malangnya, kita sering tertipu. Betapa
ramai antara kita yang telah melupakan
isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan
anak-anak, semasa mencari kemewahan dan
keselesaan hidup? Kita sering terlupa bahawa
kemewahan hidup; harta, rumah, kereta dan
sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat
dalam kehidupan ini. Kita memburu alat untuk
mencari matlamat. Ertinya harta dan segalanya
itu adalah untuk membahagiakan rumah tangga kita.
Namun apa yang sering berlaku alat yang menjadi
Namun apa yang sering berlaku alat yang menjadi
matlamat, matlamat menjadi alat. Kebahgiaan
rumah tangga sering dipertaruhkan dan tergadai
dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.
Kita bekerja demi anak-anak, tetapi anehnya
anak-anak kita abaikan mereka semasa bertungkus
lumus bekerja. Kita tidak sedar, Kita terus memburu
dan memburu.
Bangun daripada tidur, bergegas terus keluar
Bangun daripada tidur, bergegas terus keluar
bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup
dengan itu, ada pula kerja yang kita bawa pulang
ke rumah. Atau kita keluar bertemu pelanggan
dalam kerja-kerja “part time”. Begitulah kita hari
demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.
Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah
jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?
Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan
dan belaian suami? Mengapa ketawa dan gurau
senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?
Ketika itu, hati kita masih mampu memberi alasan.
Ketika itu, hati kita masih mampu memberi alasan.
Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam
karierku. Sedikit masa lagi, nantilah, bila segalanya
sudah stabil aku akan kembali serius membina
keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini,
aku akan itu… Begitulah selalunya diri kita
memberi alasan. Dan kita terus selesa dengan
alasan, biarlah isteri, suami atau anak-anak
“berkorban” sementara, nantilah kita akan
bahagia!.
Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di
Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di
hujung jalan tetapi bahagia itu ada di
sepanjang jalan. Carilah bahagia yang ada
di sepanjang jalan itu dengan sentiasa
menggenggam rasa cinta selamanya. Carilah
harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah
kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu
sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu.
Tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam
apa jua keadaan.
Antara hukum cinta yang paling diutamakan
Antara hukum cinta yang paling diutamakan
ialah cinta itu memberi, cinta itu mendengar,
cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab,
cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.
Contohnya jangan kesibukan menyebabkan
kita jarang memberi masa, perhatian,
senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan
kita. Jangan hanya mengucapkan kalimah-
kalimah cinta yang bersifat “kosmetik”, tetapi
luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan
yang dapat dilihat dan dirasa.
No comments:
Post a Comment