Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Sunday, November 14, 2010

MOGA CINTA BERSINAR SEMULA 1

Ketika pasangan suami isteri itu berpindah
ke bandar, kehidupan mereka berdua penuh
ceria. Penuh dengan gurau mesra. Walaupun
pendapatan masih kecil kerana perniagaan
yang mereka usahakan belum menjadi,
mereka mengharungi kehidupan dengan
seadanya.Begitu juga dengan mereka yang
baru memasuki alam pekerjaan. Walaupun
pendapatan tidak lah sebesar mana namun
mereka masih mampu tersenyum mengharungi
bahtera rumahtangga dengan bahagianya.

Sikap saling memahami dan bertimbang rasa
jelas terpancar. Ada masa mereka makan
bersama, ada masa solat berjemaah. Di
kejauhan malam atau pada awal pagi sudah
kedengaran suara mereka berdua bergurau
dan berbual dengan mesranya.Kalau berbual,
penuh dengan kata pujian dan semangat dan
ada tikanya kata-kata kasih sayang.

Bagi pasangan ‘dakwah’ ketika mula mendirikan
rumahtangga memang bersemangat dalam
membina keluarga ‘duat’.Tiada waktu yang
lapang, melainkan di isi dengan aktiviti usrah,
tazkeerah, qiam, tamrin dan sebagainya

Beberapa tahun berlalu, perniagaan kecil-kecilan
yang diusahakan dahulu semakin maju. Bagi
mereka yang bekerja,kini telah mula menduduki
posisi penting dan tanggungjawab semakin tinggi
seiring dengan tingginya gaji yang di dapati.
Menguruskan perniagaan yang semakin
berkembang, suami ada kalanya pulang lewat
petang. Si isteri pula yang memulakan
perniagaannya sendiri, juga saban hari semakin
sibuk.Bagi yang bekerja,masa bekerja mula
mencemburui mereka. Kekadang terasa masa
bekerja berlalu begitu pantas sehingga terpaksa
mengambil masa tambahan.Alhamdullilah,
keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.
Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit
ke rumah yang lebih selesa dan memiliki beberapa
buah kereta.Suami satu kereta dan isteri kereta
lain. Ada tikanya anak-anakpun terpaksa di
sediakan kereta lain.

Entah kenapa , kemesraan yang dibina dahulu
semakin hilang.Tiada lagi gurau senda,tiada
lagi kata-kata semangat dan tiada lagi ayat-ayat
cinta. Si suami tiada masa untuk tanya khabar si
isteri dan si isteri pula ambil tak kisah kerana tak
mahu menganggu tumpuan nya nanti. Suami
semakin sibuk dengan rakan perniagaan dan para
pelanggannya. Bagi yang dah jadi bos dlm tempat
kerja,mereka lagilah sibuk.Meeting sini sana ,
malam pula penuh dengan temujanji. Si isteri
pula sibuk mempromosikan produk jualannya.
Ada masanya si isteri pun akan lebih sibuk dari
suaminya yang dah sibuk.Kalau dulu bekerja
di waktu pejabat sahaja,kini terpaksa bekerja
di luar waktu pejabat.

Kalau dulu si suami dan isteri bagaikan merpati
sejoli,kini masing-masing membawa diri dengan
hal dunia masing-masing. Kalau adapun
kemesraan,mungkin di waktu cuti atau di
hujung minggu . Anak-anak pula semakin
jarang bertemu dan berbual mesra dengan ibu
bapa mereka. Anak-anak hari ini,malam
bagaikan siang untuk mereka dan siang
mereka di penuhi dengan aktiviti tidur.
Solat berjemaah dan makan bersama yang
dulunya menjadi tradisi semakin jarang
dilakukan. Apatah lagi untuk melihat suami
memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak
dan keluarga.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita
mendapat sesuatu, maka pada masa yang
sama kita akan kehilangan sesuatu. Kita
tidak akan dapat kedua-duanya pada satu
masa. Dalam hal ini, pesan bijak pandai,
pastikan apa yang kita dapat lebih berharga
daripada apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka
cari – kemewahan dan keselesaan hidup,
tetapi pada masa yang sama mereka sudah
hilang kemesraan dan keharmonian dalam
kehidupan berumah tangga.

No comments:

Post a Comment