Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Thursday, July 22, 2010

WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA

1.Apabila saudara mendengar azan solah fardhu,
segeralah bangun untuk bersolah serta-merta
walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah ( fahamilah ) Al-Quran atau tataplah
ilmu atau dengarlah perkara yang baik atau berzikir,
janganlah sesekali saudara membuang masa dan
melakukan perkara sia-sia.

3.Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam
Bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu
syari’at Islam.

4.Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak
mendatangkan sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang
sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. itu
sentiasa tenang dan tenteram.

6.Saudara, janganlah banyak bergurau kerana
umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh
dan serius dalam setiap perkara.

7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring
( kuat / meninggikan suara ) daripada kadar
yang dikehendaki pendengar kerana ia
menjemukan serta boleh menyakiti pendengar.

8.Jauhkan dari mengumpat , mengecam
pertubuhan dan jangan bercakap melainkan
perkara yang mendatangkan kebaikan. Sabda
Rasulullah S.A.W. ; “Berkatalah kamu perkara
yang baik atau ( jika sebaliknya ) diam”.

9.Berkenalanlah dengan setiap rakan kerana
asas-asas Da’wah ialah berkasih-sayang dan
berkenalan.

10.Kewajipan seseorang lebih banyak dari waktu,
oleh itu , bantulah rakanmu untuk memanfaatkan
waktu mereka dan jika saudara berurusan , maka
singkatkanlah masa perlaksanaannya.

No comments:

Post a Comment