Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Thursday, March 24, 2011

WAKTU adalah ladang amal. Allah swt menyedia
kannya agar kita menggunakannya sebagai
modal penting untuk mencapai ridhaNya.

Keutamaan seseorang di sisi Allah, selain ditentu
kan oleh keimanan dan amal solehnya, adalah
juga ditentukan oleh faktor keterdahuluannya
dalam keimanan dan amal solehnya.

Tidaklah sama antara :

1. Orang-orang yang terdahulu masuk Islam (As-
Sabiqun Al Awwalun) dan orang-orang yang
masuk kemudiannya.

2. Jamaah yang berada di shaf depan dalam solat
dengan yang berada di barisan paling belakang.

3. Darjat orang yang hadir di solat Jumaat paling
awal dengan yang paling akhir.

Menyegerakan amal, itulah ajaran Islam kepada
umatnya.

Dalam sebuah kesempatan, Rasulullah saw
menasihati para sahabatnya untuk sentiasa
menyegerakan amal soleh, walaupun mereka
itu manusia-manusia yang teruji keimanannya.

Sabda Nabi saw di kala itu :

"Bersegeralah melakukan amal-amal soleh
(kebajikan). (Sebab) sebuah fitnah akan
datang bagai sepotong malam yang gelap.
Seseorang yang paginya mukmin, petangnya
menjadi kafir. Dan seseorang yang petangnya
mukmin, paginya menjadi kafir. Ia menjual
agamanya dengan harga dunia." (HR Muslim)

Demikianlah pesanan Nabi saw yang mulia itu
juga disampaikan kepada kita.

Adakah di antara kita yang selama sehari se
malam penuh menjadi seorang mukmin sejati?

Bolehkah dan mampukah kita selama 24 jam
tidak melakukan dosa dan bersikap kufur walau
sekecil apapun kepada Allah Taala?

Padahal ketika Allah swt memberikan waktu 24
jam sehari, transaksinya adalah untuk dipersembah
kan kepada Allah swt semuanya.

Pada setiap solat, kita sentiasa mengumandang
kannya kepada Allah :

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan
matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS Al-An'am : 162)

1. Bukankah ketika kita tidak bersimpati terhadap
nasib kaum yang lemah dan tertindas adalah
bentuk kekufuran terhadap nikmat?

2. Bukankah di saat kita tidur dan bangun tidur
tanpa mengingati Allah, tanda kita lupa kepadaNya?

3. Bukankah lupa adalah sebahagian dari kekufuran
kita kepada Al Khaliq (Pencipta)?

Sesungguhnya fitnah itu lebih cepat bergerak. Sekali
kita membiarkannya, maka seterusnya ia akan
bersemayam dan berkembang dalam tubuh kita.
Begitu cepat dan samarnya sehingga menjadikan
seseorang boleh :

a. Berpindah agama.
b. Menggadaikannya dengan sedikit kesenangan dunia.

Oleh kerana kewajarannya, sehingga Rasulullah saw
mengingatkan para sahabatnya itu, walaupun Nabi
tahu keimanan para sahabat itu tidak akan mampu
ditandingi oleh orang-orang yang datang sesudahnya.

Dengan apa kita menutup pintu fitnah?

Ya, dengan amal soleh.

Apa sahaja dalam kehidupan orang yang beriman
boleh menjadi amal kebaikan :

1. Kita membuang sampah pada tempatnya itu
amal baik.
2. Berniat tidak bohong itu amal mulia.
3. Mengucapkan salam kepada kawan itu
amal yang terpuji.
4. Mendoakan saudara seiman walaupun mereka
tidak tahu juga amal soleh.

Masih banyak lagi amal soleh, amal kebajikan
yang boleh kita lakukan sekalipun kita tidak
memiliki sesuatu sebagaimana yang tertera
dalam hadis Nabi berikut :

"Orang-orang kaya pergi mendapatkan pahala.
Mereka solat sebagaimana kita solat, mereka
puasa sebagaimana kita puasa. Namun mereka
bersedekah dengan kelebihan harta mereka."

Rasulullah bersabda, "Bukankah Allah telah
menjadikan bagi kamu apa yang boleh kamu
sedekahkan?

Sesungguhnya satu tasbih adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid
adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
amar ma'ruf adalah sedekah, nahi munkar
adalah sedekah, dan pada hubungan (dengan
isteri) kamu adalah sedekah."

Mereka bertanya, "Ya Rasulullah, apakah sese
orang mendatangi isterinya kerana syahwatnya,
apakah ia mendapatkan pahala?"

Beliau bersabda, "Apa menurut kamu kalau dia
meletakkannya pada yang haram. Bukankah
baginya dosa? Demikian pula jika diletakkan
pada yang halal, padanya ada pahala."
(HR Bukhari dan Muslim)

Allah swt dengan keadilanNya memberikan
peluang amal kepada setiap hambaNya samada
orang miskin ataupun kaya, masing-masing
memiliki kesempatan yang sama untuk melaku
kan kebajikan dan mendapatkan ridha Allah.

Lebih dari itu, suatu amal tidak dilihat dari
kuantitinya, tapi dilihat dari segi :

a. Motivasinya.
b. Niatnya.

Kualiti amal seseorang tergantung kepada
motivasi dan niatnya.

Boleh jadi infak seorang buruh kasar sebesar
RM5.00 itu sama nilainya dengan infak seorang
pengarah sejumlah RM5 juta.

Seorang murid barangkali lebih mulia dari
seorang gurunya kerana si murid lebih ber
sungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
sementara si guru merasa cukup dengan ilmunya.

Menyegerakan amal kebajikan tentu akan memberi
nilai tambah bagi pelakunya sendiri. Menyegerakan
berbuat baik bererti mempercepatkan dirinya
mendapatkan ampunan (maghfirah) dari Allah.

Kenapa?

Ini adalah kerana kita telah berusaha untuk
menutup pintu kemungkaran dan kebatilan
dan demikian pula Allah akan membukakan
pintu kebahagiaan iaitu syurga. Itu semua
hanya mampu dilakukan oleh orang-orang
yang bertaqwa.

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari
Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya
seluas langit dan bumi yang disediakan untuk
orang-orang yang bertakwa." (QS Ali Imran : 133)

Mengapa kita mesti menyegerakan amal?

PERTAMA :

Aset waktu yang kita miliki hanyalah ketika ini.
Apa yang terjadi nanti dan esok hari kita tidak
tahu. Kelmarin bukan lagi milik kita, ia telah
berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Kebaikan dan keburukan yang kita kerjakan
kelmarin tidak boleh kita ulang lagi. Ia menjadi
kenangan ketika ini.

Jika ianya adalah kebaikan, bersyukurlah kita
dan jika keburukan menyesallah bersama orang-
orang yang menyesal.

Namun kita masih beruntung jika kita bersyukur
hari ini, bukan ketika di mana penyesalan tidak
ada ertinya lagi.

Esok hari juga belum menjadi milik kita, ia ada
di alam ghaib di mana hanya Allah swt yang tahu.
Kita tidak tahu apakah esok hari masih boleh
menghirup udara pagi?

KEDUA :

Amal kita tidak mungkin dikerjakan oleh
orang lain. Masing-masing manusia akan
datang kepada Allah dengan amal perbuatan
yang dikerjakannya sendiri di dunia.

Kesolehan ibubapa tidak boleh diwarisi oleh
anaknya. Seorang suami tidak akan selamat
dari murka Allah kerana amal perbuatan isterinya.

Kita boleh berbangga terhadap pemimpin, ibubapa,
anak, guru, suami atau isteri kita kerana
kesolehan mereka. Kebanggaan kita tidak boleh
berbicara banyak di hadapan pengadilan Allah swt.

KETIGA :

Kemuliaan darjat seseorang di sisi Allah swt
disebabkan oleh kesungguhannya dalam
menyahut seruan kebajikan dan mengamalkannya.

Ibubapa akan senang jika menyuruh anaknya
mengerjakan sesuatu lalu dikerjakan segera
dan sebaliknya ia akan marah jika si anak
menunda-nunda mengerjakannya.

Demikian pula Allah swt. Seruan kebajikan di
kumandangkan untuk segera diamalkan dan
bukan ditangguh-tangguh.

KEEMPAT :

Setiap waktu ada urusannya sendiri. Setiap
waktu ada tuntutan amalnya. Banyak sekali
amal perbuatan yang sangat terkait dengan
waktu di mana ketika waktunya telah berakhir,
maka berakhir pula kesempatan untuk mengerja
kannya seperti solat, puasa, haji, berkurban dan sebagainya.

KELIMA :

Kesempatan beramal juga diberikan kepada
seseorang pada waktu-waktu tertentu.

a. Orang kaya diberi kesempatan beramal dengan
kekayaannya.
b. Orang berilmu diberi kesempatan beramal
dengan ilmunya.
c. Seorang pemimpin diberi kesempatan beramal
dengan kekuasaannya.

Jangan sampai sehingga Allah swt mencabut
kesempatan itu dan tidak boleh lagi berbuat sesuatu.

Kesihatan, waktu luang, hidup, masa muda dan
kekayaan adalah kesempatan untuk beramal.

Sesungguhnya tidak ada waktu lagi untuk berfikir.
Ketika inilah waktu kita. Semailah kebaikan setiap waktu.

Segeralah beramal sesuai dengan tuntutan waktunya
dan kejarlah kebajikan sampai ke liang lahad.

Ya Allah, jadilah kami orang-orang yang menghargai
waktu dan mengisi setiap detiknya dengan amal-
amal yang soleh walaupun hanya bertemu dengan
saudara kami dengan sebuah senyuman dan wajah
ceria kerana sesungguhnya ruang bersedekah itu
cukup luas dan tidak memerlukan kewangan yang
besar. Terimalah amal-amal kami yang berkualiti
iaitu dengan motivasi dan niat semata-mata kerana
Mu walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Ameen Ya Rabbal Alameen

No comments:

Post a Comment