Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Friday, March 11, 2011

KEWAJIPAN KITA BERAMAL….NATIJAH DARI ALLAH…


Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas
Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat
baginda, serta siapa yang mengikuti jejak
langkah baginda sehingga hari Akhirat.

Tidak syak lagi bahawa da’wah kepada Allah
dalam setiap aspeknya berdiri atas beberapa
perkara asasi yang diceduk dari kitab Allah
dan sunnah RasulNya (s.a.w). Allah mentaklifkan
kita dengan da’wah kepadaNya. Allah mentaklif
kan tanggungjawab penting ini lalu Dia menegas
kan bahawa Dia tidak akan membebankan sese
orang itu melainkan apa yang mampu ditanggung
nya. Jika begitu, da’wah kepada Allah adalah
wajib dalam setiap jenis dan wasailnya yang
pelbagai. Firman Allah bermaksud:

“Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh
hikmah, nasihat yang baik dan berdailoglah
kamu dengan cara yang terbaik”. (An-Nahl: 125).

Kewajiban da’wah ini wajib dilaksanakan mengikut
keupayaan setiap individu samada lelaki ataupun
perempuan, di mana setiap individu wajib melaku
kan dan tidak dikecualikan walaupun sesorang itu
mempunyai keuzuran. Firman Allah yang maksud
nya:

“Tiada menjadi kesalahan kepada orang-orang
yang lemah, orang yang sakit dan orang yang
tiada apa yang boleh mereka sedekahkan (untuk
tidak pergi berjihad di jalan Allah) sekiranya mereka
melakukan nasihat kepada Allah dan RasulNya, dan
orang Islam tiada mempunyai alasan dari jalan
Allah ini, dan Allah Maha Mengampuni dan Penyayang."

Ini kerana taklif ini merupakan kesinambungan dari
tanggungjawab kita memikul amanah Islam itu
sendiri, sejak kita menyerah diri kepada Allah tuhan
sekalian alam. Firman Allah yang bermaksud:

Katakan (Wahai muhamad) inilah jalanku yang aku
dan siapa yang mengikutku seru kepada Allah di
atas cahaya yang terang , Maha suci Allah dan
tidaklah aku tergolong dari kalangan orang yang
syirik(Yusuf:108).

Malah golongan jin telah memahami hakikat taklif
ini apabila mereka dibacakan al-Quran oleh
Rasulullah s.a.w.. Mereka terus melaksanakan
taklif ini serta merta selepas itu. Firman Allah
yang bermaksud:

Apabila mereka hadir (ke tempat Rasulullah
membaca al-Quran ini) mereka berkata (sesama
mereka) : Diamlah. Apabila baginda selesai,
mereka pulang memberi amaran kepada kaum
mereka (berdakwah). (Al-Ahqaaf:29)

Kekasih Agung ini telah melaksanakan taklif
Ilahi dalam setiap keadaan dan suasana,
mengambil peluang dari setiap peluang yang
ada, hatta ketika baginda dan kaum muslimin
berada di Mekah dalam keadaan dizalimi dan
tertekan. Baginda bersabda yang bermaksud:

Siapakah diantara kamu yang sanggup
melindungi aku sehinggakan aku dapat
menyampaikan dakwah tuhanku?
Selepas itu baginda masuk ke Mekah di bawah
perlindungan Mut’eim bin Adi, seorang musyrik.

Baginda mengambil peluang dari salah satu
adat masyarakat jahiliah yang positif, yang
menyatakan bahawa perlindungan seperti ini
perlu dihormati. Malah baginda juga pernah
bersekutu dengan pembesar-pembesar masyarakat
walaupun ada perbezaan, demi matlamat yang
baginda, iaitu untuk menghindar kezaliman dari
setiap orang yang dizalimi. Dengan itu baginda
masuk dalam satu Hilf (mamorandum) di mana
setiap pihak akan komitmen dengan nilai-nilai
mulia ini dalam Hilful Fudhul di rumah Uthman bin Jad’aan.

Baginda juga mengambil faedah dari perhimpunan
seluruh qabilah arab di sekitar Baitullah yang mulia.
Begitu juga perhimpunan di pasar-pasar samada
pasar barangan ataupun pasar sastera dan syair.
Perkara ini telah dilakukan oleh nabi-nabi ter
dahulu seperti Nabi Nuh yang disebut contohnya
dalam al-Quran. Baginda menggunakan setiap
wasilah dakwah dalam setiap suasana walaupun
berhadapan dengan segala tekanan yang ada.
Firman Allah:

Wahai tuhan, aku telah menyeru kaumku siang
dan malam (5) kemudian aku menyeru meraka
secara terang-terangan (8), kemudian aku men
jelaskan dakwahku lalu selepas itu aku ber
da'wah secara rahsia pula (9: Nuh)

Generasi muslimin terdahulu telah melaksana
kan amanah risalah ini dan menyampaikannya
kepada generasi demi generasi, sebagaimana
yang diberitahu oleh Rasulullah:

Ilmu ini akan dipikul oleh setiap generasi khalaf
kepada kelompok yang selepasnya, dengannya
dapat menafikan penyelewengan orang yang
melampau, kesesatan orang kafir dan pen
takwilan orang yang jahil.

Baginda juga memberikan berita gembira bahawa
contoh ikutan ini akan sentiasa memikul amanah
dan risalah ini sehingga hari qiamat, walau apa
pun kesusahan , tekanan dan juga halangan dari
syaitan, jin dan manusia. Sabda baginda yang bermaksud:

Sentiasalah ada kelompok dari umatku ini orang
yang menzahirkan kebenaran , tidak merasa
mudarat dengan orang yang menentang mereka
dan mengecewakan mereka sehinggalah datang
keputusan Allah dalam keadaan mereka sedemikian.

Terdapat dua kalimah yang disebut oleh hadis
Rasulullah yang mulia ini. Kedua-duanya bukan
nya sinonim bahkan setiap satu daripadanya
memberikan maksud berbeza yang kita perlu
kan dalam jalan dakwah ini, dapat menyimpul
kan masalah yang amat penting dihadapi oleh
amal jamaie ini.

Kalimah pertama (khalafahum = bermaksud :
orang yang menentang mereka) iaitu orang
yang sedari awal tidak bersama mereka, melaku
kan penentangan terhadap jalan untuk menyampai
kan dakwah tuhan mereka. Manakala perkataan
kedua, (man khazalahum bermaksud orang yang
mengecewakan mereka). Kalimah memberi
maksud bahawa ada orang yang bersama mereka
beberapa ketika di jalan da’wah kepada Allah,
kemudian menyeleweng dari meneruskan
perjalanan ini samada kerana suasana tertindas
yang amat kronik ataupun kerana fitnah kemewahan.

Namun perkara yang mesti kita fahami ialah:
Allah ‘Azzawajalla tidak mentaklifkan kita untuk
mendapatkan natijah kerana dalam banyak
ketika, amal kita tidak mendapat natijah yang
diingini walaupun selepas memberikan seluruh
daya dan usaha. Justeru jiwa manusia akan merasa
putus asa. Namun contoh sepatutnya telah di
tunjukkan oleh Rasul Qudwah, ketika berhadapan
dengan tekanan bahkan penindasan yang paling
perit ketika di Taif. Walaupun baginda pergi ke
Taif hanya untuk menyeru mereka kepada Allah
dan redhaNya tanpa upah/ganjaran.

Baginda hanya menginginkan hidayah kepada
mereka seperti dalam doanya:

Ya Allah , berikan hidayah kepada kaumku kerana
sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

Juga sepertimana firman Allah yang bermaksud:

Wahai kaumku, kenapa kertika aku menyeru kamu
kepada kejayaan, kamu pula menyeru aku kepada
neraka? (Ghafir 41)

Juga firmanNya:

Aku tidak meminta ganjaran (dengan da’wahku ini)
kerana ganjaranku hanyalah dari Allah (Yunus 72).

Allah berfirman kepada baginda:

Kami telah ketahui bahawa kata-kata mereka telah
menyakiti kamu, tetapi mereka sebenarnya tidak
mendustaimu sahaja bahkan mereka yang zalim
ini ingkar dengan ayat-ayat Allah. ( Al-Anaam 33).

Firmannya Juga:

Sesungguhnya kewajiban kamu hanyalah menyampai
kan (As-Syuraa:48)

Kita bersaksi bahawa baginda s.a.w telah menyampai
kan risalah dan menunaikan amanah sebaik mungkin
sepertimana yang ditaklifkan oleh Allah, moga-moga
Allah memberikan ganjaran dengan sebab kita dengan
ganjaran terbaik yang diberikan kepada seorang nabi
kerana umatnya (yang mendapat hidayah). Rasulullah
telah menceritakan kepada kita bahawa ada nabi a.s.
yang dibangkitkan pada hari qiamat dalam keadaan
tiada seorang pun yang menyahut seruannya. Lihatlah
nabi Nuh, nabi Allah yang paling panjang umurnya
dan seorang nabi Ulul Azmi. Baginda berda'wah
dalam kaumnya selama 950 tahun dengan hanya
segelintir sahaja yang menyahut seruannya.

Allah juga telah membezakan antara mengambil
inisiatif dan sebab dengan mendapat natijah dalam
firmanNya yang bermaksud:

Maka berjalanlah dipenjuru-penjuru (bumi untuk
berusaha) dan makanlah dari rezeki-rezekinya (al-Mulk:15).

Rasulullah dan para sahabatnya telah menggali
parit ketika baginda tidak menguasai situasi
pertembungan yang berlaku sekitarnya. Namun
datang kemenangan Allah dengan bantuan angin
dan itu bukan dalam jangkaan mereka. Rasulullah
juga telah membuat strategi yang terperinci dan
mengambil segala sebab musabab yang terdaya
dalam peristiwa hijrah namun akhirnya pihak
kafir sampai juga ke muka gua persembunyian
baginda. Selepas itu datang kemenangan kepada
nya dan sahabatnya itu diluar lakaran strategi
baginda dengan pengaburan pandangan mata
orang-orang kafir ketika itu.

Saudara mujahidin kita di Palestin dan seumpama
nya di setiap tempat, menanggung kesusahan yang
amat perit, namun pertolongan dan kemenangan
dari Allah datang dalam apa yang mereka tidak
jangkakan. Kemenangan ini datang selepas mereka
mengambil seluruh sebab musabab yang patut.
Banyak contoh-contoh dalam perkara ini, namun
kesimpulannya kita mohon dari Allah agar
memanfaatkan kita dengannya di dalam agama
dan dunia kita dalam perkara berikut:

1. Ikhlas niat kepada Allah kerana dengannya
kita diberikan ganjaran, kita mendapat kejayaan
dan kemenangan.

2. Jika kita mencapai apa yang kita inginkan, kita
akan memuji Allah kerana kurniaan dan taufiqNya

3. Jika tidak, sesungguhnya pahala kita telah ada di
sisi Allah, kita memohon kepadaNya agar mentaqdir
kan kebaikan kepada dan meredhai kita.

4. Penerusan dalam menunaikan kewajiban dalam
setiap keadaan selepas yakin dengan kelancaran
sebab yang kita ambil, dan usaha sedaya mungkin .
Ini menegaskan bahawa amal adalah kerana Allah,
kerana apa yang dilakukan kerana Allah akan ber
panjangan dan berterusan.

5. Kita sentiasa mengingati pendirian ibu kita Hajar
yang mengambil inisiatif dan asbab, dengan berlari-
lari sebanyak tujuh pusingan untuk mencari air.
Dalam setiap pusingan, apa yang dihajatinya masih
tidak berlaku. Namun beliau terus berlari sehingga
kehendak Allah iaitu kebajikan yang melimpah ber
laku kepadanya.

6. Kita juga sentiasa mengingati wasiat Rasulullah
s.a.w. kepada kita dalam sabdanya:

Jika berlaku qiamat dan ditangan seorang dari
kamu ada semaian, maka tanamkanlah ia...

Lihatlah, ketika dunia berada di penghujung,
sementara semaian yang disemai hanya akan
mendatangkan hasil selepas beberapa tahun
yang panjang. Sememangnya tiada hasil yang
dapat dijangkakan dari perintah baginda itu,
kecuali meneruskan sikap positif, melaksanakan
kewajiban dan mendapatkan pahala.

Wahai muslimin di segenap tempat, wahai anak-
anak da’wah dari ikhwah dan akhawat! Allah telah
memberi rezeki kepada kami dan kamu dengan
keikhlasan dan amal yang berterusan serta
ketekunan, pengharapan serta penerimaan yang
berpanjangan. Berjalanlah dengan keberkatan dari
Allah. Allah akan memberikan taufiq kepada kamu
dan tidak akan mensia-siakan amal-amal kamu.
Allah akan beri ganjaran kepada kamu dengan izin
Nya dengan perkara yang lebih baik dari apa yang kamu ketahui.

Allahuakbar wa lillahil Hamd.

No comments:

Post a Comment