Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Tuesday, May 4, 2010

NOTA HATI SEORANG LELAKI
(buat yg bergelar ibubapa)
Pahrol Mohd Juoi


Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah.

Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap
minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar.

Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada
satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung
selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang.
Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham.
Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak
meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi,

tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada
emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,
Sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak

itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....
Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga

memberinya.


Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya.

Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami
sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang ke kota.
Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.
Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih
'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami

pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi
pemintaan ayah.
Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu
mengingatkan.
Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas
untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang

kampung.
Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang
hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah.
Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap
tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa

jumlahnya.
Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar
menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak)
dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang,

kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang
itulah duit pelengkap membeli tiket pulang.
Ayah akan setiap kali memasukkan duit yang
melebihi jumlah saya berikan kepadanya.
Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami

apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu.
Dia meminta wang pada saya bukan kerana
'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar
ingin dicapainya atau disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya

semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja,
perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke
kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa
tahun saya pulang dengan kereta milik
sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika
saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah

setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga

konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang
diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula

berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak
stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada
cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah
hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi
sengaja atau tidak ingin saya merasa segan,
duit diberi melalui anak.


"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak,

duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma
sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas'
oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa
senang kerana jumlah yang saya berikan kepada
ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu
diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam
dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak
saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga

tahun, kami bertukar kereta!. Di samping
menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan
semakin rancak.
Oleh sebab bilangan anak bertambah dan
keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak
mula menjejak menara gading. Kehidupan
semakin laju dan aktiviti semakin rancak.
Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang
menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap
memberi kepada anak saya walaupun kini saya
telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana
kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia
MEMBERI KERANA ALLAH.

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada

saya?
Ya, mari kongsi bersama :
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah

yang tua bukan beban dalam kehidupan
di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan
di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi
sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah
itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana
ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang
mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi
mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi

kepada diri sendiri.
Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi,

tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang
kepada kita semula.
DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka
kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah
sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan
Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan'

yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh
korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana buku perniagaan.
Masih punya ibubapa?
MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak

anda.
Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa
berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang

lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula
memberi!

Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan

khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah
MEMANDIKAN JENAZAHNYA,
MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA,
MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA
DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA.
Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2.
Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan
ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya

menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan
Guru Dr Harun Din meninggal dunia.
Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din
dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah

ibunya pada waktu petang selepas asar.
beliau memberi salam tetapi tak menyahut
salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi
tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari
ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat
ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran
ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit
kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD,
dilihatnya masih sujud. firasat jirannya,
ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah
utk melihat dr dekat ibu DrHD.
Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke

rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap
Allah.
Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.


Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga

DrHD adalah, menyempurnakan dgn tangan2
anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu,
sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa
diusik orang lain ke atas tubuh ibunya.
Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak
oleh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan
hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG
MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU".
Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat

yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk
dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan
hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik
beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din
dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad
mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa
orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai
Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini
menurunkan jenazah ibu Tuan Guru."
Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah
yg sama "Berilah kami adik beradik peluang
mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir".
Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan
airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu
yang diasuh hingga se"alim" sedemikian.
Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.

HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan

anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita
semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din
memang disegani oelh kawan
dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana
"AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.

Terus terang sahabat, ketika saya mendengar

cerita ini, air mata saya melinang apabila
tergambar ketika saya dan 11 orang adik
beradik menguruskan jenazah ibu bersama
Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu
kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.

Wallahu A'lam.



No comments:

Post a Comment