Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Thursday, May 20, 2010

CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA

Bapa Ibu Yang Dimuliakan,

Selalunya apabila kita membaca perihal sejarah Syeikh

Al Syahid Hassan al Banna, maka kita menjadikan beliau
sebagai tokoh da’wah yang hebat, pemimpin islah yang
mujahid, genius, cerdas dan murabbi. Maka banyaklah
penulisan beliau yang kita baca dengan harapan kita
dapat mengikuti tarbiyah dan da’wah kotemporari
yang di bawa oleh beliau dan jamaah Ikhwan Muslimin.
Namun dalam keghaihrahan kita mengutip ilmu-ilmu
yang ditinggalkan beliau pada umat Islam,jarang sekali
kita membaca perihal Syeikh Hassan al Banna sebagai
model dan contoh ketua keluarga. (termasuk diri yg menulis ini)

Kebetulan saya terbaca dalam salah satu buku yang

bertajuk "Cinta Di Rumah Hassan al Banna" yang
ingin saya kongsikan dengan bapa ibu betapa
hebatnya seorang tokoh yang mendapat
taufiq dan hidayah daripada Allah SWT dalam
membentuk rumahtangga penda’wah yang berjaya.
Tajuk ini juga pernah saya bicarakan bersama
dengan rakan-rakan perbincangan kami.
Fokus catatan saya melihat bagaimana
Hassan al Banna dalam mendidik anak-anak
beliau seramai 6 orang (Yang sempat
bersama beliau ialah seramai 4 orang)

Kita semua sedia maklum akan kesibukkan

Syeikh Hassan, apatah lagi beliau ketika itu
adalah pemimpin kepada gerakkan Ikhwan
Muslimin. Masanya banyak digunakan
untuk Da’wah dan beliau banyak bergerak
dari satu tempat ke satu tempat dalam
menggerakkan ummah ketika itu.

Percaya atau tidak, bapa ibu yang dimuliakan-

antara kelebihan Syeikh Hassan dalam
mendidik anak-anakbeliau ialah:-

i) Sesibuk mana beliau, Sheikh Hassan akan

memastikan untuk makan bersama dengan
keluarga dan akan menggunakan kesempatan
tersebut dalam memberi hak beliau terhadap
keluarganya.
ii) Tidak pernah meninggikan suara samada

pada anak atau isterinya walaupun ada tikanya
beliau berada dalam keadaan tertekan.
iii) Mengambil berat tentang hal-hal anaknya.

Beliau menyimpan data dan carta setiap
anaknya yang antaranya ialah tarikh
kelahiran, no kelahiran, sejarah penyakit anak,
pelajaran anak-anak, disiplin anak-anak
dan sebagainya.
iv)Menyediakan keperluan rumah- beliau akan

memastikan keperluan rumah mencukupi
dan mencatatkan keperluan tersebut samada
mencukupi atau tidak.
v) Dalam kesibukan, beliau masih sempat

mengikuti perkembangan pelajaran
anak-anak nya dan memastikan
anak-anaknya tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Beliau sendiri akan menghubungi guru-guru jika
anak-anaknya lemah dalam mata pelajaran tersebut.
vi) Beliau mengambil berat mengenai disiplin

anak-anak dan mengambil berat tentang bahan
bacaan yang dibaca oleh anak-anaknya.
Jika anak-anaknya didapati membaca
bahan bacaan yg tidak manafaat maka beliau
akan memberi buku yang bermanafaat dan
menasihatkan anaknya dengan cara terbaik.
v) Memastikan anak-anaknya mendapat belanja

persekolahan dan mendidik anak-anak membuat
tabungan.
vi)Tidak menyusahkan isterinya. Pernah ketika

mana beliau balik membawa sahabatnya di waktu
malam dan isterinya telah tidur. Syeikh Hassan
tidak mengejutkan isterinya malah beliau sendiri
meyediakan minuman dan makanan untuk
tetamunya itu.
vii)Amat teliti ketika balik rumah di waktu malam.

Beliau akan membuka pintu dengan kunci secara
perlahan dan tidak menggangu isteri serta anak-anaknya.
viii)Bermain bersama anak-anaknya ketika lapang.

Sebenarnya banyak lagi contoh yang diceritakan

oleh anaknya dalam buku tersebut. Alangkah
jauhnya perwatakkan beliau dengan diri ini.
Ketika mana saya menceritakan perkara ini
pada rakan-rakan saya, maka, kami akui
betapa lemahnya kita berbanding dengan beliau .
Saya memberitahu antara kesilapan besar saya
sebelum ini adalah dengan menyerahkan hal
pendidikan anak-anak pada isteri saya dan
ternyata kudrat dan keupayaan mereka
mempunyai batasan. Alhamdulillah, Allah
SWT masih menyayangi kami ketika itu
kerana memberi kesedaran betapa si bapa
harus berperanan besar dalam menentukan
arah dan halatuju anak-anak ini.

Memang benar kata salah seorang rakan

kami-jika nak tahu samada kita berjaya atau
tidak dalam pendidikan anak-anak ialah
bilamana dia menjadi kita sebagai idola dalam
kehidupannya, kalau nak cari jodoh maka
si anak akan katakan yang dia ingin kan
pasangannya sepertimana bapa atau ibunya!!!!!.
Jika dalam berdakwah dialah yang
menjadi penyambung pada warisan ibu bapanya.

Semoga sedikit catatan ini dapat menyedarkan

kita khususnya kaum bapa bahawa peranan
mendidik anak-anak harus dipikul sepenuhnya
oleh sibapa dan siibu menjadi pelengkap
kepada terbinanya generasi anak-anak
solih dan solihah. Ibarat matahari dan
bulan yang lengkap menlengkapi
antara satu sama lain.

Sesibuk mana atau sehebat mana si bapa

dalam berda’wah; luangkan lah masa untuk
memberi hak pada anak-anak dan pada isteri
anda kerana kegagalan kita mendidik
anak-anak dan isteri akan menyebabkan
fitnah pada gerakan Islam.


A.R.M.A.

No comments:

Post a Comment