Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Tuesday, April 6, 2010

SELURUH KEHIDUPAN INI ADALAH UJIAN ALLAH

Semua pujian kepada Allah yang memberi petunjuk kepada kita semua.

Dia lah yang yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah
di antara kamu yang lebih baik amalannya. Al-Mulk -2.

Kami uji mereka dengan kebaikan dan keburukan supaya mereka kembali
Al-'araf 168

Seluruh kehidupan ini adalah ujian, sama ada baik atau buruk.
Seringkali orang ingat ujian Allah apabila ia ditimpa sesuatu yang tidak di sukai.
Ia patut ingat juga ujian Allah apabila ia mendapat sesuatu yang disukai.

Kerana Allah menguji apabila senang, apakah amalan kita.
Sama seperti apabila susah, apakah amalan kita.

Dia lah yang yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah
yang lebih baik amalannya. Al-Mulk -2.

Sering kita lupa asalnya kita semua mati, kita bercakap tentang hidup
seolah-olah kita belum pernah mati hingga yang memberi tazkiratul maut pun
ada yang terlupa perkara ini. Tentunya kita akan kembali mati sekali lagi dan
hidup semula sekali lagi.

Tiga golongan dalam menghadapi ujian
1) golongan yang lupa Allah dengan ujian yang baik
dan berputus asa bila diuji dengan yang buruk. mohon Allah lindungi kita

2) golongan yang ingat Allah apabila ujian buruk
tetapi lupa apabila ujian baik -- Mohon Allah bantu perbaiki diri kita

3) Sungguh anih urusan orang mukmin apabila senang dia bersyukur
apabila ditimpa bencana dia bersabar kedua-duanya bermanafaat kepadanya.
Mohon Allah permudahkan kita menjadi sedemikian.

No comments:

Post a Comment