Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Sunday, April 11, 2010

CINTA FOTOKOPI


Alhamdulillah,

Pada 4 April 2010, bersamaan dengan hari Ahad, satu program remaja yang diberi nama ‘CINTA FOTOKOPI, CINTA ORI PADA ILAHI’ yang dianjurkan oleh Wanita JIM Batu dan KRJ dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk telah berjaya dijalankan di Surau Al-Amin, Taman Setapak Indah. Seramai 27 peserta yang terdiri daripada anak-anak remaja yang datang dari Taman Setapak Indah dan dari JIM Batu sendiri telah hadir untuk mengikuti program ini. Diharap program ini dapat memberi kesedaran dan ilmu tambahan kepada para remaja sebagai benteng pertahanan diri daripada terpengaruh dengan unsur-unsur negatif dari luar.









Peserta Perempuan dan Peserta Lelaki

Program dimulakan dengan sesi pengenalan terhadap KRJ oleh pengendali program iaitu Bai. Pengisian awal lebih kepada penerangan tentang apa itu cinta dan kenapa tajuk program diberi nama cinta fotokopi. Cinta itu fitrah tetapi perlu disalurkan ke tempat dan masa yang betul. Terdapat banyak slide yang menarik dapat dipaparkan sepanjang program dijalankan bagi menarik minat para remaja. Seterusnya, program terpaksa berhenti untuk rehat lebih awal bagi memberi laluan kepada para jemaah masjid menunaikan solat jenazah. Alhamdulillah, anak-anak remaja kita dapat menimba pengalaman baru dengan turut serta menunaikan solat jenazah di surau.

Kemudian, program diteruskan lagi dengan sedikit permainan untuk merehatkan minda. Seterusnya, para peserta diterangkan dengan punca-punca zina dan kesan buruk jika berlakunya zina. Antara slide yang terakhir memaparkan gambar-gambar bayi yang dibuang akibat daripada perbuatan zina dan sedikit sebanyak dapat menyuntik kesedaran di dalam hati anak-anak remaja kita. Program disudahi dengan bacaan ikrar dan doa yang disampaikan oleh Bai.


Sekitar program dan sedikit gambar untuk dikongsi

Bersama Bai

Permainan panjang,pendek,tinggi,rendah

Peringkat akhir permainan panjang,pendek,tinggi,rendah

Muhasabah diri

Ikrar

JKRemaja

No comments:

Post a Comment