Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Thursday, January 28, 2010

JAUHI MAKSIAT SEBELUM BERKAHWIN.....

Setiap kali di dalam kuliah tafsir Al-Quran Dr Danial Zainal Abidin, terdapat satu sessi yang dikhaskan untuk bersoal-jawab. Di dalam sessi tersebut para hadirin akan mengajukan soalan-soalan tertentu. Ada yang berkaitan dengan kuliah tafsir, ada yang di luar skop pengajaran pada hari itu. Ada soalan diajukan secara lisan, ada soalan dimasukkan ke dalam ‘kotak soalan’ untuk merahsiakan identiti si penanya.

Suatu hari beliau menerima soalan seperti berikut,

“Saya telah mengenali pasangan saya hampir 2 tahun. Kami selalu berjumpa dan bersama ke mana sahaja. Dia seorang gadis yang baik, ilmu agamanya juga ada. Saya memang ada rancangan mahu mengahwininya, namun orang tua saya tidak merestui dengan alasan jauh. Teman saya selalu menyuruh saya agar kami memperapatkan perkahwinan dan tidak terus dengan maksiat yang tidak ada kesudahan. Saya amat kasihankan teman saya.. Adakah berdosa saya berkahwin tanpa restu orang tua, hanya kerana niat mengelakkan maksiat.”

Ketika memberi pandangan kepada persoalan di atas, beliau telah secara umumnya menyuruh menginggalkan maksiat seberapa segera sebelum berkahwin. Menurutnya, maksiat sebelum berkahwin menghilangkan keberkatan, mendatangkan pengaruh selepas berkahwin, menghilangkan rasa hormat atau integeriti kepada pasangan selepas berkahwin.

Beliau memberi contoh apabila si suami ingin bertegas atau menegur si isteri dalam hal-hal terntentu lalu mendapat respon negatif daripada isteri dengan ejekkan tentang hal-hal sebelum berkahwin. Akhirnya rumatangga tersebut tidak akan mengalami perubahan ke arah kebaikkan.

Saya bersependapat, setiap perlakuan maksiat sepatutnya dihentikan sebelum berkahwin, diiringi dengan taubat. Perkahwinan pula dilakukan sekiranya takut perlakuan maksiat itu berulang dan bukannya berfikir, “tak mengapa kita lakukan ini, nanti kita akan kahwin jugak..” Ditakuti perkahwinan tidak menjadi, namun telah jauh terbabas sehingga tiada jalan kembali..

Menyentuh tentang “ilmu agamanya” yang ada di dalam diri pasangan si penyoal, Dr Danial berpendapat bahawa seseorang yang mempunyai asas agama tidak semestinya memahami apa yang mereka tahu. Sekiranya seseorang itu memahami dan menghayati apa yang mereka tahu, sudah tentu mereka akan menjauhi maksiat.

Ketika mendengar Dr Danial menjelaskan tentang hal ini, teringat saya kepada sebuah hadith Rasulullah s.a.w, “tidaklah seorang itu bernama alim (berilmu) sebelum berbuat menurut ilmunya”.Hadith ini telah direkodkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi daripada Abi Darda’.

Berhubung dengan restu ibu bapa, Dr Danial berkata Islam amat mementingkan restu ibu bapa di dalam sesuatu perkahwinan. Namun menurut beliau terdapat mazhab yang membenarkan perkahwinan tanpa restu ibu bapa dengan tujuan mengelakkan maksiat, asalkan mereka telah mencukupi umur tertentu. Bagaimanapun, beliau menyuruh agar kedua-dua berjumpa juga dengan ibu bapa untuk meminta maaf dan mendapatkan restu walaupun sudah tahu akan dimarahi.


"DAN JANGANLAH KAMU HAMPIRI ZINA...." SURAH AL-ISRA' (17) AYAT 32.

JAUHILAH SEMUA JALAN KE ARAH BERZINA...TERMASUKLAH BERDUA2AN

DENGAN PASANGAN, MAKA SIAPAKAH PIHAK YG KETIGA ITU....???

HARAP TAHULAH JAWAPANNYA.....

SYARI'AT JADIKAN AMALAN.....HIDUP BAHAGIA BERKEKALAN.....










Wednesday, January 27, 2010

PENGALAMAN DR HAFIDZI MOHD NOOR
(MASA KIDNEY TRANSPLANT DI CHINA)

Ramai yang bertanya pada zaujah dalam majlis-majlis yang beliau hadiri tentang keadaan kesihatan ana kini. Alhamdulillah ana makin sehat. Cuma dalam tempoh 3 bulan ini adalah tahap kritical di mana ana kena jaga sangat makanan dan pergaulan di tempat awam untuk mengelak jangkitan kuman. Kini sudah masuk 2 bulan setengah. Dalam 2 minggu lagi jika atas persetujuan doktor ana akan kembali ke pejabat tetapi masih belum mengajar. Mungkin sem depan insyaAllah ana akan kembali mengajar.

Ana menulis untuk kongsi satu perkara yang ana fikir cukup penting semasa selepas menjalani pembedahan. Ia adalah berdasarkan pengalaman yang dilalui ketika berada di ICU selama 7 hari. Bagi orang yang sakit tidak ada persoalan yang lebih penting yang perlu diberikan perhatian selain dari solat. Seringkali kita perhatikan solat terabai apabila seseorang itu sakit atau terlantar. Maka ana tulis perkara ini sebagai bekal dan ingatan kepada kita semua yang mungkin akan melaluinya dalam hidup kita.

Ada orang berfikir berdasarkan kefahaman yang salah seseorangt itu diberikan kelonggaran untuk meninggalkan solat apabila sakit - dari mana datangnya kefahaman ini, wallahu'alam. Tetapi mungkin ia berdasarkan pegangan bahawa solat boleh di qada'. sebenarnya tidak ada alasan yang membolehkan seseorang itu mengqada'kan solat dalam keadaan sakit. istilah qada' itupun boleh dipersoal. Seseorang itu hanya dimaafkan jika tertinggal solat dalam keadaan tertidur atau lupa. Namun apabila dia sudah terjaga atau ingatan nya pulih maka dia wajib mendirikan solat yang luput itu dengan segera. Ini pernah berlaku pada Rasulullah SAW apabila tertidur dan hanya terjaga setelah matahari terbit. Maka Rasulullah SAW terus mendirikan solat subuh tanpa mengqadha'kannya.

Dalam keadaan sakit kaedah feqah telah menetapkan cara-cara solat bagi orang sakit. Jika tidak boleh berdiri maka dengan duduk, jika tidak dalam keadaan berbaring, jika tidak dalam keadaan mengiring, jika tidakpun hanya dengan menggerakkan anggota tertentu atau hatta dengan isyarat mata sekalipun bagi yang tidak boleh menggerakkan anggota badan.

Baiklah ana akan kongsikan apa yang ana lalui selepas pembedahan.

Sebaik sedar dari operation maka ana mengalami satu keadaan yang sukar untruk digambarkan. Mungkin ianya satu halusinasi akibat dari kesan ubat antirejection yang kuat. Tetapi ini yang ana lalui. Pengalaman ini begitu nyata dan seolah-olah bukan mimpi. Ana diziarahi oleh dua orang yang datang menziarahi ana. Pertama ialah anak sulung ana, Mohd Qayyim dan kedua cucu saudara (berumur 2 tahun) yang ana sayang. Semua cucu-cucu sdr ana sayang, tetapi yang ini hati memang selalu teringat. Mereka datang 'menzaiarahi' ana. Di samping itu ramai sahabat-sahabat juga datang membawa pelbagai jenis makanan. Ana sendiri menghantar sms kepada zaujah, supaya datang kerana di sini ada banyak makanan. sms itu memang benar-benar dihantar di terima oleh zaujah. bahkan ana telah memotong pizza dan menyuap ke mulut dan kemudian tersedar yang disuap ke mulut itu ialah handphone.

Setelah sedar sepenuhnya ana terfikir apakah ini yang akan dilalui ketika skarat nanti. Bukankah syaitan akan datang kepada kita di saat-saat akhiran kita untuk memujuk kita untuk kali yang terakhir. Syaitan akan datang menyerupai orang-orang yang kita sayangi, orang-orang yang penting dalam hidup kita lalu menawarkan kita air minuman yang sejuk, memujuk dan memujuk kita supaya masuk agama Nasrani dan Yahudi? Lalu yang boleh menyelamatkan kita hanyalah iman kita kepada Allah yang kita pelihara dan pertahankan sewaktu kita hidup di muka bumi ini. Kita tidak tahu apakah kesudahan kita dan bagaimana kita menangkis godaan syaitan yang datang menyerupai ibu atau ayah kita. Bagaimana mungkin kita tidak mempercayai kalau yang cuba meyakinkan kita ialah ibu yang melahirkan? Maka kesimpulannya hanya satu, iman sahaja yang mampu menelanjangi tipu daya syaitan ini. jadi ana menasihatkan diri dan sesiapa sahaja yang membaca bingkisan ini, marilah kita jadikan usaha untuk memupuk dan meningkatkan keimanan sebagai agenda paling utama dalam hidup ini. Sejauh mana kita pelihara iman kita semasa hayat maka sejauh itu jugalah ampuhnya pertahanan kita dalam pertempuran terakhir kita dengan syaitan. Ingatlah firman Allah SWT 'Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan kamu mati melainkan sebagai seorang muslim'. Persoalannya bagaimana seseorang itu boleh menolak kematian? Kita diingatkan jangan kita mati melainkan sebagai seorang muslim. Satu-satunya jalan untuk mati sebagai muslim ialah hidup sebagai muslim. Kehidupan sebagai muslim ini tidak boleh bermusim tetapi pada setiap saat dan ketika. Muslim ertinya tunduk kepada Allah dalam segenap hal, bukan dalam urusan-urusan tertentu sahaja.

Untuk menjadi seorang muslim, apakah yang paling asas yang perlu dilakukan. ianya tak lain dan tak bukan ialah persoalan solat dan kekal mengerjakan solat dalam semua keadaan termasuklah dalam keadaan sakit dan terlantar.

Bhg 2.

Setelah sedar maka perkara pertama yang difikirkan ialah solat. Bagaimana untuk solat dalam keadaan begini.

Baiklah mungkin ana kena bagitau sedikit tentang zaujah ana. walaupun beliau ada bersama tetapi situasi di sana tidak membenarkan zaujah ana ke hospital untuk menziarahi dan menjaga ana. Kenapa? Jika dia ada di sisi, mungkin masalah nak ambil wudhu' atau tayammum tidak timbul. Tetapi peraturan tidak mengizinkan. Kenapa?

Sebabnya zauj, kak zu bertudung. Rupa-rupanya di Cina mereka sangat skeptikal dengan orang luar apatah lagi muslim. Bersama dengan ana yang juga menjalani transplant ialah beberapa patient dari Indonesia. Mereka ditemani oleh isteri atau kaum keluarga perempuan dan mereka bebas keluar masuk hospital. Mereka bilang kepada kak zu kalau nak datang menemani suami atau keluarga, mesti bukak kerudung. 'Saya berkerudung' kata salah seorang. Di suruh buka, saya buka... Alhamdulillah, kita sudah dilatih untuk menjunjung perintah Allah dalam apa jua keadaan. Dan kita yakin jika kita jaga batas-batas Allah, Allah akan jaga kita. Kami memilih untuk tidak mengorbankan prinsip dan tidak membelakangkan perentah Allah. Jadi Kak zu hanya dapat menziarahi ana pada pukul 10 malam ke atas ditemani oleh agent. Dalam makna lain, solat, buang air, makan semuanya ana kena buat sendiri, dan meminta bantuan nurse bila perlu. Masalah juga kerana bahasa. Mereka tidak faham bahasa Inggeris dan mereka bercakap dengan kita dalam bahasa Cina. Agent tidak dapat bersama kita sepanjang masa. Apatah lagi yang kita nak minta tolong ni bab ambil wudhu, nak bersihkan diri, dan benda-benda yang terlalu peribadi yang hanya isteri kita sahaja yang boleh tolong. Apapun ana bersyukur kerana bekal yang kita ada menjadi benteng kepada kita untuk berpegang teguh dengan Islam meskipun terpaksa membuat sedikit pengorbanan.

Bab solat. Nombor satu ialah berhadas kecil. Macam mana nak ambil wudhu atau tayammum dalam keadaan masih lemah, belum boleh bergerak dan badan masih berselirat dengan tiub dan wayar. Di sini orang mungkin bertanya, dimana nak cari debu tanah untuk tayammum? Di sinilah kita kena amalkan ilmu yang ada sebagai bekalan. masalah orang melayu ialah semuanya mesti sempurna. Kalau nak ambil wudhu airnya mesti sekurang-kurangnya 2 kolah. Kalau nak tayammum mesti dgn debu tanah yang 'suci'. Di mana nak dapat ini semua dalam keadaan seperti ini. Apa yang ana lakukan ialah tepuk sedikit pada selimut dan angkat tangan perlahan-lahan ke muka dan sapu mana bahagian muka yang boleh. Memang tak sempurna. Kemudian tepuk sekali lagi, dan sapu pula bahagian tangan mana yang boleh. Bukan semua tempat dapat di sapu, kerana ada tempat yang di cucuk jarum drip, berplaster dan sebagainya. Pendek kata kalau orang yang berpegang dengan kefahaman semuanya mesti sempurna sudah tentu mereka tidak akan bertayammum apatah lagi solat. Macam mana untuk solat, tak boleh bangun nak ambil wudhu. Macam mana nak tayammum, debu tanah yang 'suci' tak ada. Tayammum dengan debu yang ada pada selimut atau kain, boleh kah?

Setelah berserah kepada Allah supaya apa yang dilakukan di terima oleh Allah, maka anapun mengangkat takbir. Oleh kerana masih ada lagi kesan ubat, maka ana tak ingat berapa kali ana terpaksa mengulangi solat ana - mungkin tidak kurang dari 11 kali. Sebabnya bila masuk raka'at kedua tertidur, bila tahyat baca fatihah. Dalam keadaan mamai begitu. Tetapi akhirnya dapat juga menyempurnakan empat rakaat dalam keadaan ketidak sempurnaan.

Lalu ana terfikir, kalaulah semasa kita sehat kita tidak menitik beratkan soal solat, mana mungkin kita sanggup bersusah payah untuk mendirikan solat ketika sakit. Ini pengajaran kedua dari pengalaman ini yang ana nak kongsi dengan semua.


Bhg 3


Pada peringkat awal ana cuba untuk solat mengikut waktu, tetapi oleh kerana seringkali tertidur (waktu tidur tak menentu sebenarnya) atau masih mamai, maka ana lakukan solat jama'. Ini untuk memastikan tidak tertinggal solat.

Solat jama' juga memerlukan ilmu dan kebiasaan. Seringkali kita dapati umat Islam yang tidak meninggalkan solat enggan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam Islam dalam bab solat ini. Apabila bermusafir mereka lebih selesa untuk berhenti pada setiap waktu solat dan mengerjakan solat penuh tanpa mengqasar dan/atau menjama'kan solat tersebut. Hujah mereka ialah sekarang amat mudah mengerjakan solat kerana masjid dan surau ada di mana-mana termasuk di R&R. Persoalannya di sini ialah bukan kerana sekarang banyak masjid/surau. Solat jama' adalah sunnah Rasul SAW dan merupakan sedeqah daripada Allah SWT. Jadi apabila seseorang itu mendirikan solat qasar/jama' bererti dia memperoleh 2 pahala. Satu pahala mengerjakan solat dan dua kerana menghidupkan sunnah Nabi. Ini ditambah pula dengan mengambil sedeqah yang diberikan oleh Allah. Apakah kita tidak teruja untuk menerima sedeqah dari Allah? Bukankah kita ini miskin, semuanya milik Dia termasuk batang tubuh kita ini dan apa jua yang menjadi milik kita hanya dipinjamkan sementara oleh Dia. Jika kita memahami hakikat diri dan hidup ini maka kita tidak akan teragak-agak untuk merebut sedeqah dari Allah SWT.

Solat qasar (2 rakaat) kemudian himpun 2 waktu dalam satu solat, pahalanya lebih dari solat penuh dalam waktu-waktunya? Mungkin inilah reaksi sebahagian umat Islam yang kurang memahami kelebihan solat jama' qasar. Soalnya bukan banyak atau sedikit, tetapi sejauh mana kita berusaha untuk mengikuti jejak Rasul SAW dengan menghidupkan sunnahnya. Lagi pula seseorang itu terpaksa bersusah payah untuk berehnti pada setiap waktu dalam perjalanannya. Logiknya lagi banyak dan dikerjakan dengan penuh susah payah lagi, pahalanya kurang dari mereka yang solat jama qasar? Sekali penilaian Allah bukan mengikut logik akal manusia. Seperti kata Sy Ali, jika agama itu mengikut akal manusia, maka sudah tentulah sapu khauf (sapu alas kaki) dilakukan pada tapaknya. (tetapi tidak, sapu khauf adalah pada sebelah atasnya). Logiknya bahagian yang terdedah pada kekotoran dan wajar dicuci ialah pada tapak alas kaki, namun syariat menetapkan menyapu sebalah atas kaki).

Ada juga yang berhujah, dahulu tidak ada banyak kemudahan. Sekarang seseorang itu boleh menggunakan kapalterbang dan menuju destinasi yang jauh dalam waktu yang sengkat. Hujah ini seolah-olahnya menunjukkan bahawa tidak ada dalam pengetahuan Allah, di masa akan datang (sekarang) teknologi akan mencapai tahap yang begitu maju seperti ini. Kerana itu syariat Islam tidak berubah mengikut masa dan circumstances. Allah maha tahu dan setiap sesuatu yang disyariatkan adalah sesuai untuk semua tempat dan masa. (Contohnya sekarang meskipun ada highway dan ada kemudahan R&R, namun kita berhadapan pula dengan kemungkinan berlaku kesesakan jalanraya - seseorang itu boleh terperangkap dalam kesesakan sehingga luput waktu sembahyang. Bulan ramadhan adalah contoh yang jelas. berapa ramai warga kota yang berbuka dalam kereta dan sampai rumah apabila telah masuk waktu isya')

Oleh itu ana menyarankan agar amalan solat jama qasar ini dijadikan budaya oleh umat Islam. Apakah yang membolehkan seseorang itu mengerjakan solat jama' . Bukan shj ketika musafir, tetapi apa bila ada hajat yang mendesak spt berada dalam keadaan bahaya, sakit yang (sukar utk menyimpan wudhu contohnya, atau sering pengsan/mamai, terikat dgn perkara tertentu spt exam (ini amat perlu terutama mereka yang berada di negara memisfera utara dan selatan di mana waktu siangnya pendek pada musim winter, doktor yang sedang menjalankan operation yang kadang-kadang memakan masa yang lama). Pengajarannya mesti ada ilmu dan jangan terlalu terikat dengan mazhab. Dalam keadaan biasa kita beramal dengan fiqh as-syafiiyah. Tetapi dalam keadaan tertentu kita kena ada fleksibiliti. Ini juga memerlukan seseorang itu mempunyai pengetahuan yang mencukupi. Dan ini sangat perlu dijadikan priority dalam hidup kita - kerana kita memerlukannya dalam keadaan-keadaan yang tidak biasa spt apabila terlantar sakit.

Pokoknya jangan tinggal solat kerana Allah yang tahu semua kesusahan kita telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjalankan kewajipan kita kepadaNya. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan agama itu sulit bagi kita.

Solat dalam keadaan tidak bersih? Bagaimana?


bhg 4


Satu masalah yang saya hadapi ialah menjaga kebersihan. Saya yakin persoalan dan kesulitan ini turut dikongsi oleh sesiapa yang pernah berada dalam situasi yang sama.

Buang air kecil adalah melalui catheter, iaitu tiub yang dimasukkan ke dalam saluran air kencing kita. Jadi air kencing terus mengalir ke dalam bag yang disediakan. Tetapi oleh kerana buah pinggang yang ditransplant menunjukkan reaksi yang sangat baik, maka air kencing terkumpul dengan cepat di dalam pundi kencing sehingga menimbulkan keinginan yang sangat untuk buang air kecil. (Sudah lama saya tidak merasa hendak buang air kecil - orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, setelah beberapa lama memang tidak mengeluarkan air kencing lagi, dan toksin dari darah dinyahkan melalui proses haemodyalisis) . Oleh kerana merasa senak maka tekanan yang kuat itu menyebabkan sebahagian air kencing tadi keluar melalui celah tiub. Bila ini akan berlaku, saya minta 'tabin' (istilah untuk besen dalam bahasa mereka). Saya letakkan di bawah punggung, supaya air kencing tadi tidak mengotori cadar alas katil. walaubagaimanapun untuk menjaga kebersihan 100% memang mustahil. Apa yang saya lakukan ialah saya minta swipe (yang lembab) untuk membersihkan mana-mana bahagian tubuh yang terkena najis. Proses ini menjadi rumit kerana tiada siapa yang membantu saya, oleh kerana isteri tidak dibenarkan masuk.

Bab buang air besar lagi mencabar. Dua hari pertama memang tidak ada nak rasa buang air besar. Tetapi apabila merasa hendak buang air besar kalau tak silap hari yang ketiga, maka spt biasa saya minta 'tabin' dari nurse dan buang air di tempat perbaringan. Di sinilah timbul keinsafan siapa kita sebagai manusia. Siapa dan apapun kedudukan kita, tiba masanya kita terpaksa memohon ehsan dari orang lain untuk menguruskan diri kita, hatta dalam urusan seperti ini. Maka saya amat insaf supaya jangan sekali-kali memandang rendah kepada manusia - walaupun di mata masyarakat mereka rendah dan hina, tetapi adakalanya kita yang di'pandang hebat' ini terpaksa memohon ehsan dari orang lain untuk menguruskan diri sendiri. Selesai buang air, maka untuk membersihkan diri lagi mencabar. Pada peringkat awal memang saya terpaksa meminta bantuan nurse, dan mereka lakukan dengan penuh tekun tanpa menunjukkan rasa jijik. Inilah kehebatan jururawat. Mereka dilatih untuk merawat pesakit dan akan buat yang terbaik untuk menjaga kebersihan pesakit. Semuga ia menjadi amal soleh yang tinggi nilainya di sisi Allah kepada para jururawat muslimah kita. Setelah saya kuat sedikit maka saya cuba bersihkan diri dengan seberapa bersih yang mungkin. Kadang-kadang saya minta supaya alas cadar, selimut dan pakaian ditukar terutama ketika hendak solat. Ini untuk memastikan saya bersolat dalam keadaan bersih. Namun ada ketikanya saya buang air kecil dan air besar beberapa kali (perut merasa tidak selesa) sehingga saya hanya berusaha untuk memastikan tempat tidur tidak terkena najis - tetapi saya tidak dapat menjamin ia benar-benar bersih.

Saya ceritakan pengalaman yang peribadi sifatnya, dengan niat supaya kita tidak mengalami kejutan budaya jika ditakdirkan sesiapa yang membaca coretan ini melalui pengalaman yang serupa. Semuga kita lebih bersedia dan tidak resah atau merungut jika diuji seperti itu.

Kesah ini adalah latarbelakang kepada kerumitan yang saya lalui untuk mendirikan solat. Jika tidak kerana sebab untuk menjaga kebersihan supaya solat boleh dilakukan dengan sempurna, maka kesah di atas tadi tidak relevan untuk saya kongsikan. Tetapi oleh kerana fokus perkongsian ini adalah persoalan solat, maka kesah tadi perlu disebut.

Persoalan yang timbul bagaimana untuk mendirikan solat dalam keadaan kurang bersih. Di sini hendaklah kita faham - kurang bersih dari najis. Ramai orang keliru di antara kotor dan najis. Kotor bukan istilah syarak. Seseorang itu mungkin tidak bersih kerana bajunya terkena tanah atau kotoran-kotoran bukan najis yang lain. Maka dalam keadaan seperti ini dia boleh mengambil wudhu dan mendirikan solat meski pakaian dan tempat sujudnya ada kotoran (bukan najis). Masalah dengan masyarakat kita ialah 'terlalu bersih' sehingga solat ditinggalkan kerana dikhuatiri tidak bersih dari kotoran atau najis yang tidak kelihatan. Dalam feqah, samada najis wujud atau tidak ia ditentukan oleh 3 perkara iaitu ada ain'nya (wujud dan dilihat secara fizikal), rasa (boleh disentuh) dan bau. Jika ketiga-tiga unsur ini tidak wujud maka seseorang itu adalah bersih, pakaiannya bersih dan tempat sujudnya bersih dan dia boleh mendirikan solat. Saya pernah mendengar kita harus mengelak dari sujud di tempat-tempat terbuka kerana dikhuatiri tempat itu pernah dilalui oleh anjing... dan ada yang lebih dahsyat lagi ketika mengikuti kem latihan - ada seorang peserta yang kata kita tak boleh ambil wudhu dengan air sungai sebab dikhuatiri harimau kencing dalam sungai itu..;. (ini bukan bergurau tetapi dia benar-benar serius bila mengatakan itu...). Padanlah orang melayu kadang-kadang meninggalkan solat sebab alasan-alasan seperti ini.

Umar r.a. pada suatu hari lalu di satu tempat, kebetulan ia ditimpa sesuatu yang jatuh dari sebuah bumbung. Seorang teman yang ikut bersama bertanya "hai empunya bumbung, apakah airmu suci atau najis? Umarpun berkata: "Hai empunya bumbung, tak usah dijawab pertanyaan itu" dan iapun terus berlalu. Berdasarkan kesah ini Syed Sabiq yang menulis kitab Fiqh Sunnah yang terkenal itu berkata "Jika seseorang ditimpa sesuatu yang jatuh, dan ia tidak tahu apakah itu air atau kencing, tidaklah perlu ia bertanya, dan umpama ia menanyakan juga, maka yang ditanya tidak wajib menjawab, walau ia tahu bahawa itu sebetulnya najis; juga tidak wajib baginya mencuci itu'

Lihatlah mudahnya Islam! Tetapi oleh kerana kita tidak ada ilmu maka kita bersikap ekstrim dalam hal menjaga kebersihan ini, sehingga kita meletakkan pelbagai halangan pada diri kita untuk melaksanakan perintah agama sedang syarak tidak pernah meletakkan halangan-halangan itu. Satu contoh perbandingan betapa jauhnya masyarakat kita dari petunjuk Islam ialah dalam isu kalimah Allah yang heboh diperkatakan sekarang. Isu ini telah mencetuskan sebahagian orang yang jahil bertindak membakar gereja. Isu penggunaan kalimah Allah itu satu hal, membakar gereja adalah satu hal yang lain. Apakah mereka tidak menyedari bahawa Nabi pernah memberi amaran 'Barangsiapa menyakiti kafir dzimmi (mereka yang hidup di bawah pemerintahan Islam, Syeikh Yusuf Qardhawi mengesyorkan istilah dzimmi tidak digunakan lagi kerana zaman ini pemerintahan Islam belum ditegakkan lagi, maka istilah yang lebih tepat dengan zaman ini ialah 'citizen' atau warga non-muslim yang hidup dalam negara umat Islam) maka dia menyakiti aku (Rasulullah SAW). Tidak kah mereka sedar perbuatan mereka itu mengkhianati Islam dan menyakiti Rasulullah SAW? Inilah pentingnya setiap orang memberikan keutamaan kepada menuntut ilmu supaya Islam ini difahami dengan ilmu bukan dengan sangkaan-sangkaan atau kefahaman yang diwarisi turun-temurun tanpa diketahui sahih atau tidaknya.

Berbalik kepada situasi yang saya hadapi. Kalau nak tunggu isteri menolong membersihkan diri saya, saya terpaksa tunggu sehingga 10 malam. Ini akan menyebabkan saya terpaksa mengabaikan 3 atau 4 waktu dan hanya boleh mendirikan solat dalam keadaan yang diyakini bersih pada waktu isya. Lalu saya cuba melihat kembali kepada amalan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. Mereka adalah panduan bagi muslim dalam apa jua keadaan. Lalu saya teringat Sy Ali r.a. pernah terkena panah pada tumitnya. Untuk mencabut panah tadi amat menyakitkan. Lalu Sy. Ali meinta tolong kepada sahabatnya untuk mencabut panah tersebut ketika dia solat. (oleh kerana para sahabat amat khusyu dalam solatnya, maka dia tidak merasa sakit kerana tenggelam dalam kenikmatan solat). Ini bererti Sy Ali bersolat dalam keadaan berdarah. Bukankah darah itu najis? Ini adalah bukti yang jelas bahawa tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan solat atas alasan tidak bersih dari najis - sedang dia tidak ada kemampuan untuk membersihkan dirinya dengan sempurna. Dan saya juga teringat dalam salah sebuah buku feqah yang saya akan semak semula untuk perinciannya iaitu para sahabat bersolat dengan pedang tersisip dipinggang sedang pedang itu berlumuran darah. Hassan r.a. mengatakan "Kaum muslimin tetap melakukan solat dengan luka-luka mereka (riwayat Bukhari). Di riwayatkan juga Umar al-Khattab r.a. bahawa ia solat sedang lukanya masih berdarah (disebutkan oleh Hafidz alam al-Fath)

Jadi apa yang saya lakukan ialah membersihkan diri seboleh mungkin. Kemudian saya serahkan kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin Allah tidak menjadikan agama ini sesuatu yang menyulitkan kepada hamba-hambaNya. Dengan keyakinan ini saya dirikan solat dengan penuh harapan agar Allah menerimanya sebagaimana doa yang kita panjatkan 'Ya Allah terimalah dariku, sesungguhnya Engkau maha mendengar dan mahu mengetahui'. Dia tahu kemampuan kita, Dia tahu kelemahan kita, Dia tahu situasi kita.

Bolehkah isteri mengambilkan wudhu suami?


bhg 5


Mengambil wudhu semasa terlantar sakit.

Sekarang saya akan sentuh pula cara-cara mengambil wudhu. Apabila isteri saya menziarahi saya pada sebelah malam (lebih kurang jam 10 malam) bolehlah saya mendapatkan bantuan beliau untuk tolong bersihkan diri dan juga mengambil wudhu. Biasanya saya akan tangguhkan maghrib dan isya selepas isteri saya datang menjenguk, supaya saya boleh mendirikan solat jama' maghrib dan isya dengan berwudhu secara sempurna.

Oleh kerana badan masih belum begitu kuat dan tangan pula tidak boleh digerakkan sangat, saya memerlukan bantuan isteri untuk mengambilkan wudhu untuk saya. Di sini mungkin timbul pula persoalan. bagaimana isteri mengambilkan wudhu suami? Bukankah sentuhan di antara lelaki dan wanita akan membatalkan wudhu? Inikan pula ambilkan wudhu suami denga menyapu anggota wudhu suami. Sahkah wudhu begini? Inilah soalan yang kerap timbul terutama di kalangan masyarakat melayu Malaysia yang berpegang dengan mazhab Syafi'i.

Di sinilah kita kena fleksible (anjal) dalam berpegang dengan mazhab. Imam-imam mujtahidin yang empat (As-Syafii, Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad Ibn Hambal) tidak pernah menyuruh umat Islam untuk berpegang dengan ijtihad feqh mereka secara rigid sehingga tidak ada ruang untuk bersikap anjal. Imam As-Syafii sendiri mengatakan 'Jika engkau dapati hadis yang bertentangan dengan pendapatku, maka terimalah hadis tersebut dan tolaklah pendapatku". Keterbukaan imam-imam mazhab dalam persoalan keanjalan feqh ini terserlah dari amalan mereka sendiri. Imam as-Syafii pernah bersembahyang di belakang imam yang tidak membaca qunut sewaktu solat subuh. Ia tidak pernah menjadi isu dan pertikaian di antara kedua mereka. samada seseorang itu membaca qunut atau tidak semasa solat subuh adalah isu khilafiah (perbezaan pendapat) yang tidak menjejaskan solat itu sendiri. ia bukan rukun sehingga ia tidak boleh ditinggalkan samasekali.

Berbalik kepada isu batal tidaknya apabila lelaki dan perempuan bersentuhan. Menurut Imam As-Syafii, wudhu terbatal apabila bersentuhan lelaki dan wanita yang bukan muhrim (boleh kahwin, samada mereka suami-isteri atau bukan suami isteri, tanpa kecuali). Bila kita bandingkan pula dengan pendapat imam yang lain, sentuh yang dimaksudkan ialah sentuhan yang mengundang syahwat atau keinginan. Maka sentuhan yang membatalkan wudhu ialah 'sentuh-menyentuh' iaitu sentuhan yang menimbulkan ghairah atau keinginan untuk bersama (berjima'). Jadi berpegang pada pendapat ini maka sentuhan atau tersentuh dalam keadaan lazim, yang tidak menimbulkan keinginan tidak membatalkan wudhu. Asasnya boleh dilihat pada diri Rasulullah SAW sendiri. nabi pernah mendirikan solat sedang Aishah yang baring di sisi tersentuh kaki baginda. rasulullah SAW meneruskan solatnya. Jika sentuhan ini membatalkan wudhu, sudah tentu Nabi akan menghentikan solatnya, memperbaharui wudhu dan mengulangi solat baginda. Sedang riwayat membuktikan ini tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Keluasan fiqh ini menyelesaikan banyak perkara. Jika umat Islam tidak memanfaatkan keluasan fiqh ini pastilah kita akan berhadapan dengan pelbagai kesulitan. Contoh yang paling ketara dan mungkin ramai telah mengalaminya ialah semasa mengerjakan haji. tabung haji memberi kelonggaran kepada jemaah haji untuk 'berpindah mazhab' agar mereka tidak dibebankan dengan terpaksa sentiasa memperbaharui wudhu akibat tersentuh di antara lelaki dan wanita terutama ketika bersesak-sesak melakukan tawaf. Jika ini boleh dilakukan, kenapa pula isteri tidak boleh mengambilkan wudhu untuk suami atau sebaliknya?

Satu lagi contoh yang amat ketara ialah dalam soal zakat fitrah. Jika kita berpegang dengan mazhab syafii secara rigid, maka kita wajib membayar fitrah dalam bentuk beras. bayangkan setiap kali menjelang Hari raya, mesjid dan surau akan dibanjiri dengan beras berguni-guni untuk diagih-agihkan kepada faqir miskin. keadaan ini sudah tentu tidak praktikal. Maka pihak Jab Agama membuat ketetapan supaya berpegang dengan mazhab yang lain supaya zakat fitrah diganti dengan nilai matawang. Ini bermakna dalam praktik di Malaysia sendiripun, keanjalan mazhab ini telahpun dihayati meskipun dalam aspek-aspek yang tertentu.

Jangan jadikan mazhab sebagai agama. Maksudnya mazhab syafii dan mazhab-mazhab yang lain bukanlah versi Islam yang berbeza. Ke empat-empat mazhab adalah tergolog dalam apa yang disebut sebagai ahlu-sunnah wal jamaah (mereka yang mengikuti Sunnah Nabi dan para sahabat, tabi'in dan tabi'it tabiin). Kerana itu kita amat berhajat kepada ilmu keluasan fiqh Islam ini agar kita tidak terbelenggu dengan mazhab tertentu dan menyukarkan kita untuk melaksanakan tuntutan ibadat dalam situasi-situasi yang berhajat kepada amalan fiqh yang berbeza.

Berbalik kepada mengambil wudhu untuk mereka yang tidak mampu untuk mengambil wudhu sendiri. Caranya tidak berbeza dengan mengambil wudhu sendiri. Berniat, kemudian orang lain membasuhkan muka, tangan, menyapu kepala dan kaki sebagaimana tertib mengambil wudhu. Jika ada bahagian-bahagian tubuh yang berbalut atau berplaster hanya sapu bahagian yang berbalut itu. Ini sudah memadai. Janganlah kerana air tidak sampai pada anggota wudhu, maka wudhu dikatakan tidak sah, natijahnya tidak perlu solat. Ingatlah apa yang dipelajari dalam fardhu ain tentang cara-cara mengambil wudhu yang betul, itu adalah dalam keadaan biasa. Kita sebenarnya memerlukan ilmu bagi melakukan tuntutan ibadat dalam situasi tidak biasa yang kita mungkin akan lalui dalam hidup kita.

Satu lagi wudhu yang wajib hanya sekali. Membasuh muka dan anggota lain sebanyak 3x itu hukumnya sunat. bagi orang sakit, cukuplah dengan sekali sapu sahaja. Ilmu ini juga perlu diketahui. Berapa kali kita menghadapi krisis kekurangan air dan kita melihat orang ramai di mesjid mengambil wudhu dengan membasuh setiap anggota sebanyak 3 kali. Sedangkan air terhad dan jemaah masih ramai menunggu untuk mengambil wudhu. Lihatlah oleh kerana kita tidak mengambil berat tentang ilmu Islam (banyak yang kita buat adalah berdasarkan andaian kita) maka kita akhirnya tindakan kita memudaratkan orang lain.

Malanglah jika suami menjaga isteri dan isteri menjaga suami yang sakit tidak mengambil wudhu pasangan mereka hanya kerana terhalang oleh isu sentuhan lelaki dan perempuan yang membatalkan wudhu. Sedangkan ketika sakitlah seseorang itu sangat pelu menjaga dan mendirikan solat. Bukankah sakit itu tunangannya mati? Sanggupkah kita membiarkan pasangan kita mengadap Allah SWT sedang pada saat-saat akhir hayatnya dia terhalang untuk mendirikan solat hanya semata kerana amalan feqh yang membelenggu pemikiran?

Solat tidak mengadap kiblat?


Bhg 6.


Kini saya hendak sentuh tentang kiblat pula. Kiblat juga boleh jadi isu sehingga menyukarkan seseorang untuk mengerjakan solat.

Apabila seseorang itu berada di satu tempat dan dia tidak mempunyai sebarang pedoman yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat, maka secara umumnya dia boleh melihat kepada tempat terbitnya matahari. Oleh kerana matahari terbit di sebelah timur maka berdasarkan kedudukan kita di Malaysia, Makkah berkedudukan di sebelah barat (arah matahari tenggelam), maka kiblat adalah sebelah barat condong ke utara sedikit iaitu arah barat barat laut (condong sekadar ~ 20 darjah). Tetapi jika kita berada di sebelah barat Makkah, contohnya di Benua Eropah atau di Afrika maka Mekah berkedudukan sebelah timur. Pedoman kita pada kedudukan ini ialah pada arah matahari terbit iaitu ke arah timur dengan sudut-sudut condong tertentu berdasarkan di negara mana kita berada.

Kalau kita berada di luar yang ada pokok-pokok di negara kita dan tidak pasti di manakah kedudukan matahari, maka kita boleh berpandu kepada kewujudan 'lichen'. Lichen adalah sejenis simbiont (dua hidupan yang saling bergantung satu sama lain) iaitu kulat dan sejenis tumbuhan 'photobiont' seperti alga hijau. Lichen tidak boleh hidup di bawah sinaran matahari yang kuat. Oleh kerana itu ia biasa hidup pada permukaan batang pokok atau batu ke arah utara atau selatan. Dengan ini kita boleh menentukan secara kasar kedudukan timur dan barat untuk membantu kita menetapkan arah kiblat.

Panduan ini wajar dimasukkan dalam 'buku survival kit' kita jika kita tersesat di dalam hutan atau ketiadaan kompas.

Apa yang saya gariskan di atas ialah apabila kita bebas bergerak dan tidak terhalang untuk mengadap mana-mana arah kiblat sekalipun. Persoalan yang saya hendak kemukakan di sini ialah bagaimana seorang yang sakit dan tak boleh bergerak hendak solat mengadap kiblat sedangkan dia tahu di mana kedudukan kiblat tetapi tidak mampu memusingkan badannya untuk mengadap ke arah kiblat tersebut. Ini juga boleh menjadi alasan untuk seseorang meninggalkan solat kerana salah satu dari syarat sahnya solat tidak dapat dipenuhi iaitu mengadap kiblat.

Yang pertama, kita hendaklah mengetahui, syarat-syarat sah solat itu ialah dalam keadaan biasa. Dalam keadaan tidak biasa maka di sana ada pengecualian- pengecualian. Saya kongsikan pengalaman ketika menjalani rawatan haemodyalisis. Rawatan haemodyalisis adalah selama 4 jam setiap sesi. Meskipun jadual haemodyalisis bermula jam 3 petang untuk sesi ke tga (ada tiga sesi iaitu pukul 7, pukul 11 dan pukul 3). Bagi yang menjalani sesi ke 3 bererti dia harus mengerjakan solat asar ketika rawatan haemodyalisis. Kedududkan kerusi dan mesin haemodyalisis sudah ditentukan dan tidak boleh di alih. Jika kedudukan tadi bertentangan dengan kiblat bagaimanakah seseorang itu hendak mendirikan solat dalam keadaan tidak mengadap kiblat bahkan membelakangkan kiblat. Ada orang mengambil sikap tangguh atau qada' solat ke waktu lain sesudah rawatan. (soal wajar tidaknya qada' telah kita bicarakan sebelum ini). Sebenarnya ketiadaan pengetahuan menyebabkan umat Islam meninggalkan solat ketika rawatan dialysis sedangkan di sana ada kemudahan-kemudahan yang membolehkan kita menyempurnakan solat dalam situasi tersebut. Malah ada beberapa kekeliruan yang saya berpandangan wajar diperbetulkan terutama oleh pihak Jabatan agama. Ada yang menganggap oleh kerana darah belum kering (meskipun tempat di mana jarum dicucuk untuk cuci darah ditampal dengan plaster) maka tidak sah solat. Ada yang sampai mengumpulkan 4 waktu solat dan mengerjakannya sekali gus pada sebelah malam atau keesokkan harinya semata-mata kerana menunggu darah tadi kering.

Dalam keadaan di luar kemampuan kita untuk mengadap kiblat, maka solatnya di manapun arah kita mengadap. Kita tidak perlu pula menyuruh misi tukar kedudukan mesin dan kerusi yang mana ini sudah tentu menimbulkan masalah. Niatlah seperti biasa dan solatlah dalam keadaan duduk. Sebaiknya bersedialah dengan wudhu sebelum memulakan rawatan dialysis. Namun jika wudhu terbatal sementara menunggu masuknya waktu solat, sebaiknya disediakan air sekadar secawan untuk membasahkan anggota wudhu. belajarlah mengambil wudhu dengan air yang sedikit (janganlah kita terlalu terikat dengan hukum feqah yang kita belajar iaitu mesti dengan air sekurang-kurangnya dua kolah). Islam tidak pernah menyulitkan umatnya. Yang penting air yang digunakan itu dipastikan bersih dari unsur-unsur yang mengandung najis.

Apabila saya berada di ICU ketika fasa pemulihan, maka saya solat dalam keadaan berbaring. Di mana kaki saya mengadap maka di situlah arah kiblat saya. Saya sendiri tidak pasti di mana arah kiblat sebenarnya (kerana terlupa membawa kompas). Namun jika saya tahupun arah kiblat dan kedudukan katil hospital tidak mengadap ke arah kiblat, apakah saya perlu menyuruh misi supaya tukar kedudukan katil? Ini namanya mencari masalah dan mencari nahas... Sudahlah kita berada di negara bukan Islam kemudian mendesak mereka pula menukar kedudukan katil untuk mendirikan solat. Makin menebal lah prejudis mereka kepada umat Islam yang tidak tahu membawa diri dan memaksakan kehendak kita untuk mempraktikkan tuntutan agama kita. (Bahkan kalau kita berada di hospital di Malaysiapun, kebetulan katil hospital tidak mengikut arah kiblat, kita tidak perlu menyusah diri kita dan pihak hospital meminta mereka mengubah kedudakan semata-mata untuk mengadap kiblat? Solatlah pada arah manapun, insyaAllah akan terima dan solat kita sah insyaAllah.

Ini adalah berdasarkan kepada ayat Quran yang semua orang sedia maklum "Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; maka kemanapun kamu menghadapkan wajahmu, di sanalah Wajah Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Meliputi dan Maha Tahu". (QS. al-Baqarah/2: 115).

Di sini saya nak sentuh juga solat di dalam kapalterbang. Hari ini hampir semua kapalterbang (negara-negara Islam) ada screen yang menunjukkan arah kiblat ketika pesawat berada di udara. Jika kita berada dalam kapalterbang negara umat Islam seperti Saudia, Qatar airways, Jordanian Air dan seumpamanya, maka jika ada ruang bolehlah kita bentangkan sejadah dan solat mengadap arah kibliat yang ditunjukkan. Saya pernah berada di dalam penerbangan di mana ramai umat Islam solat secara bergilir-gilir pada tempat lapang di dalam plane - terutama di ruang sebelah pintu. Tetapi jika kita berada di dalam kapalterbang British Airways, atau Qantas, Cathay Pacific, JAL, PanAm maka jika kita merasa tidak selesa dan tidak selamat sebaiknya kita solatlah di tempat duduk kita - ini untuk mengelak dari menarik perhatian dan menimbulkan keresahan terutama di dalam suasana islamofobia begitu mencengkal minda masyarakat barat. Bagi sebahagian masyarakat barat mereka yang solat, menyimpan janggut, memakai tudung sering dikaitkan dengan keganasan dan ekstrimis. Solatlah seperti biasa sebagaimana solat yang kita lakukan dalam keadaan duduk. Soal kiblat sekali lagi tidak timbul dalam situasi sedemikian.

Pendekkata, Hendak seribu daya, tak hendak tak payah...

Dr Hafidzi Mohd Noor

Tuesday, January 26, 2010

IF I HAD MY CHILD TO RAISE OVER AGAIN


If I had my child to raise all over again
I’d finger paint more and point the finger less
I’d do less correcting and do more connecting
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes
I would care to know less and know to care more
I’d take more hikes and fly more kites
I’d stop playing serious and seriously play
I’d run through more fields and gaze at more stars
I’d do more hugging and less tugging
I would be firm less often and affirm much more
I’d build self-esteem first and house later
I’d teach less about the love of power
And more about the power of love
CHILDREN - POINTS TO PONDER


Children aren't adults,
don't expect them to behave as though they are
Children learn by doing,

don't expect to approve of everything they do
Children are more likely to do as you do than to do as you say
It is often less important for adults to control children's behaviour
than to control their own
Children react to anger; they respond to love and affection
The pain you inflict on them will probably be inflicted on others

Monday, January 18, 2010

SERANGAN BUAYA DI LAUT???

Ramai orang tak percaya kewujudan buaya air masin (Salt water crocodile) atau nama saintifiknya Crocodilus porosus . Mungkin kita tidak menyedari 'Bujang Senang' yang panjangnya melebihi 7 m (21 kaki) dan pernah mengganas di Sg Butang Lupar juga adalah dari spesies yang sama. Kalau di Australia serangan yang dicerap oleh Saltwater crocodile mencecah purata 100 kes setahun - dan serangan ini samada berlaku di kuala sungai (estuaries) atau di laut.

Habitat buaya ini biasanya ialah di kuala sungai (hutan bakau) yang mewah dengan sumber makanan. Kerana itu amat penting habitat hutan bakau dipulihara kerana ia boleh menjamin kelestarian sumber makanan laut kita di samping menampung keperluan pelbagai jenis haiwan yang bermandiri dalam ekosistem hutan bakau. Soalnya kenapa buaya air masin ini mencari makan di laut. Kesimpulan awal yang boleh kita buat ialah natijah dari kemusnahan habitat hutan bakau dan juga pencemaran kepada sungai. Salah satu dari spesies bioindikator yang baik untuk menentukan tahap pencemaran ekosistem sungai ialah udang galah. Oleh itu biasa kita mendengar dari penangkap udang galah - 'ada udang galah, adalah buaya'. Sekarang tidak banyak sungai yang terdapat udang galah. Ini adalah gambaran atau kesan dari pencemaran yang berlaku pada sungai kita. Apabila makanan berkurangan maka buaya perlu mencari makanan di tempat lain. Oleh kerana buaya air masin boleh hidup dalam laut, maka laut adalah medan yang perlu diteroka untuk memenuhi keperluan makanannya.

Jika kehadiran buaya di laut adalah sesuatu yang lazim, maka sudah tentu ia menjadi pengetahuan umum. Namun tidak ramai yang mengetahui fakta ini. Ini menunjukkan masyarakat melayu sejak zaman dahulu tidak pernah berdepan dengan kehadiran buaya di laut. Tempat tinggal buaya adalah di sungai. Ketika itu alam sekitar tidak tercemar dan buaya tidak perlu meneroka ke laut untuk mencari makanan. Kebanyakkan pengetahuan tentang alam adalah diwarisi turun temurun. Contohnya masyarakat di Pulau Semeulue semasa kejadian tsunami di Aceh pada 26 Disember 2004. Mereka tahu dari pesan orang tua-tua apabila air laut surut mendadak, segera lari ke tanah tinggi. Hasilnya hanya puluhan sahaja yang meninggal di Pulau Semeuleu, berbanding dengan tempat-tempat lain di Aceh.

Untuk pengtahuan, serangan buaya air masin yang paling mengerikan berlaku pada bulan Jan-Fen 1945 kepada askar-askar Jepun yang mempertahankan Pulau Ramree dari tentera British ketika mereka kembali untuk menawan Burma (sekarang Myanmar). Lebih kurang 1,000 askar Jepun terperangkap di dalam kawasan paya yang berlumpur tebal. Ketika mereka bertempur dalam paya yang gelap pada waktu malam, bunyi tembakan berselang seli dengan jeritan askar-askar Jepun yang dibaham oleh buaya air masin (purata panjang 5 m = 15 kaki). askar-askar British mendengar bunyi rahang buaya yang membaham mangsa dan buaya berpusing spt lazimnya ketika mereka menyiat daging dari mangsa. Keesokannya hanya sekitar 20 askar yang terselamat dan ditawan. Burung-burung hering (vultures) kemudiannya menghabiskan sisa-sisa yang ditinggalkan oleh buaya pada malam sebelumnya.

Adalah menjadi tabiat haiwan buas tidak menyerang menusia. Tetapi jika sekali mereka sudah merasai daging dan darah manusia, maka 'they will develop a liking towards human flesh'. Sebab ada istilah 'man eating tiger' . Harimau biasanya tidak memakan manusia tetapi apabila sudah merasai daging manusia maka kecenderungannya untuk menyerang manusia lagi meningkat bahkan akan menjadi tabiat.

Kenapa haiwan buas menyerang manusia? Ini berlaku apabila wujud konflik di antara manusia dan haiwan. Kenapa gajah menceroboh ladang dan kebun. Kerana pembukaan tanah-tanah pertanian tidak mengambil kira keperluan habitat hidupan liar. Kini kita lihat berapa banyak hutan simpan kekal diteroka akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kita melihat bagaimana ladang-ladang kelapa sawit dibuka bersebelahan dengan Taman Negara sedangkan kawasan penampan (buffer) telah diwartakan? Konflik dengan hidupan liar mungkin tidak boleh dielakkan samasekali apabila memenuhi keperluan pembangunan untuk manusia, namun dengan perancangan dan sifat "rahmatan lil 'alamin" , konflik ini boleh dikurangkan pada tahap yang minima dan munasabah.

Jadi apabila berlaku serangan buaya di pantai, manusia perlu menyemak kembali, apakah yang telah mereka lakukan terhadap alam sekitar? Pencemaran yang dilakukan oleh manusia terhadap sungai-sungai kita bukan sahaja mencemarkan sumber air dan menjejaskan hidupan air, tetapi boleh mencetuskan peristiwa tragis seperti ini - walaupun ianya terpencil tetapi bagi mangsa, Mohamad Helmi Leman (yang mendakwa di serang buaya di PD) ia adalah tragedi mengerikan dalam hidupnya yang tidak mungkin dilupakan.

Hafidzi MN

Saturday, January 16, 2010

Rukhsah Jamak Solat Yang Dipinggirkan

Maszlee Malik

Bila disebutkan tentang “jamak” solat pasti terbayang di kepala kita “qasar” yang merupakan duetnya dalam solat seorang yang bermusafir. Inilah yang telah kita pelajari sedari kecil, iaitu jika kita bermusafir (yang bukan untuk tujuan maksiat) Allah S.W.T memberikan kelonggaran kepada kita untuk “qasar”, iaitu memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja (solat Zohor, Asar dan Isyak) dan juga kelonggaran untuk “jamak”, iaitu menghimpunkan dua solat dalam satu masa untuk dikerjakan, contohnya, mengerjakan solat Zohor dan Asar diwaktu Zohor (jamak taqdim) ataupun di waktu Asar (jamak taakhir) dan juga waktu Maghrib dengan Isyak samada dikerjakan pada waktu Maghrib atauipun Isyak.

Tahukah kita perbuatan “jamak” (menghimpunkan dua solat di suatu waktu) bukan hanya khusus bagi mereka yang bermusafir sahaja ?, terdapat keadaan – keadaan lain juga kaum muslimin dibenarkan untuk men”jamak”kan solat mereka. Keadaan – keadaan tersebut ada disebutkan di dalam hadis – hadis sahih dan juga ijtihad para mujtahidin dalam memahami hadis – hadis yang berkaitan persoalan “jamak” solat. Yang menariknya, doktrin ini juga sebenarnya ada di dalam mazhab Syafie tetapi tidak ditekankan di dalam masyarakat kita sehingga ianya kelihatan ganjil dan mungkin ramai yang akan terkejut dengan pendedahan yang akan dilakukan. Untuk mengelakkan kekeliruan yang akan timbul, seperti biasa penulis akan membawakan rujukan – rujukan untuk dijadikan panduan untuk para pembaca.

Apakah keadaan – keadaan lain yang kita dibenarkan untuk melakukan “jamak” selain daripada keadaan bermusafir ?, ianya adalah seperti berikut :

1) Jamak kerana hujan.
2) Jamak kerana sakit.
3) Jamak kerana hajat dan kepayahan yang timbul.

Alangkah indahnya Islam yang kita anuti ini !, alangkah malangnya mereka yang jahil atau taksub dengan kejahilan mereka sehinggakan mereka tidak tahu kelonggaran yang Allah berikan dan menyangkakan solat adalah bebanan kepada umat Islam. Pada perenggan – perenggan berikutnya kita akan membicarakan secara terperinci keadaan – keadaan yang mengharuskan “jamak” dengan disertakan dalil – dalil yang menyokongnya.


Peringatan

Sebelum kita memulakan perbicaraan yang lebih lanjut mengenai keadaan – keadaan yang diharuskan umat Islam untuk melakukan jamak bagi solat mereka, ada beberapa perkara yang perlu dijadikan panduan.

1) Bagi penganut mazhab Hanafi mereka tidak menerima perbuatan “jamak” solat kecuali bagi para hujjaj (orang yang menunaikan haji) di Arafah dan Muzdalifah sahaja. Alasan mereka ialah, perbuatan “jamak” adalah bertentangan dengan firman Allah S.W.T di dalam surah al-Nisaa ( 4 : ayat 103), yang bermaksud : “Sesungguhnya solat adalah fardhu yang telah ditetapkan waktunya”. Bagi mereka sesiapa yang mengerjakan “jamak” selain sewaktu mereka berada dalam musim haji di Arafah dan Muzdalifah (hatta kepada orang yang bermusafir sekalipun) telah melakukan perkara yang bertentangan dengan ayat ini. Mana tidaknya jika seseorang itu men”jamak”kan di antara Maghrib dan Isyak di waktu Maghrib, bermakna dia telah menunaikan solat Isyak bukan pada waktunya.... Walaubagaimanapun dalam persoalan “Qasar”, mereka mewajibkannya ke atas orang – orang yang bermusafir. Makanya artikel ini tidak ditujukan kepada golongan yang taksub dengan mazhab Hanafi.

2) Bagi penganut mazhab Syiah pula, mereka boleh menlakukan jamak pada bila – bila masa tanpa ada keuzuran. Malah menurut mereka, sebenarnya waktu solat itu hanya ada tiga waktu sahaja. Subuh, Zohor dan Asar adalah pada sepanjang waktu siang selagi belum masuk waktu Maghrib dan juga solat Maghrib dan Isyak pada sepanjang waktu malam sebelum masuknya waktu Subuh. Hujah mereka adalah firman Allah S.W.T dalam surah al-Israa ( 17 : ayat 78) yang bermaksud : “Dan dirikanlah solat pada waktu pertengahan siang hari, pada penghujung malam dan juga pada waktu Quran Fajar (subuh)...”. Makanya jamak adalah satu kemestian bagi mereka dan boleh dilakukan tanpa ada sebab dan keadaan yang tertentu. Artikel ini juga tidak ditujukan kepada mereka dan amat besar sekali jurang perbezaan di antara apa yang akan diperbincangkan dalam artikel ini dan apa yang diimani oleh golongan Syiah.

3) Bagi mereka yang taksub dengan ajaran – ajaran pondok yang lebih merupakan ijtihad – ijtihad peribadi tok guru – tok guru pondok mereka dan enggan menerima khilaf dan pandangan orang lain juga bukanlah sasaran artikel ini. Ini kerana golongan yang ekstrim dengan sesuatu pendapat yang hanya merupakan ijtihad tetapi mereka jadikan sebagai rukun keimanan dan keislaman mereka segala perbincangan ilmiah dan perbahasan fiqh tiada ertinya selagimana ianya tidak dimuntahkan dari mulut tok – tok guru pondok ataupun ustaz – ustaz mereka. Jika ada di antara golongan ini yang terbaca artikel ini, diharapkan dapat mengambil salah satu daripada dua langkah, yang pertama, membukakan pemikiran mereka, perbincangkan apa yang telah dibaca dengan ustaz – ustaz yang berfikiran terbuka, dan letakkan di dalam pemikiran, kebenaran adalah terletak pada dalil yang kuat dan bukannya pada individu – individu tertentu. Langkah yang kedua pula, jika mereka tidak boleh membukakan pemikiran mereka, jangan meneruskan pembacaan terhadap artikel ini, tutuplah muka surat ini dan beralih ke muka surat selanjutnya, ditakuti jika mereka membaca, mereka tidak faham dan akan menimbulkan fitnah terhadap umat Islam di Malaysia dan juga majalah ini kerana kejahilan, ketaksuban dan kesempitan pemikiran mereka.

Oleh yang demikian, akrtikel ini ditujukan bagi pencari kebenaran, mereka yang berpemikiran terbuka, pecinta – pecinta sunnah, golongan yang mahu bertanya, golongan yang mahu berfikir dan juga bagi mereka – mereka yang ingin beramal dengan Islam di dalam segenap sudut kehidupan mereka.


Jamak kerana “Hujan”

Mazhab Syafii merupakan mazhab yang paling kuat berpegang dengan pendapat ini. Bagaimanakah caranya melakukan solat “jamak” kerana hujan ?, ia mempunyai syarat – syaratnya dan caranya yang unik seperti berikut :

1) Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan.
2) Waktu yang dibenarkan untuk di”jamak”kan solat ialah pada waktu Zohor yang di”jamak”kan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yang di”jamak”kan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada “jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.
3) Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.
4) Hujan yang menyebabkan solat boleh di”jamak”kan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.
5) Ada juga di kalangan ulama Syafiiyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal jauh dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafii sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat)

(Lihat : al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil : 1, hal : 275; al- Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil : 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut : Dar al-Khayr, hal. 140)

Sandaran bagi pendapat mereka ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud : “Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di (Hadis riwayat al-Jamaah (semua ulama hadis yang terkemuka) kecuali al-Bukhari dan Ibnu Majah).
Dalam riwayat Muslim dan al-Tarmizi disebutkan tambahan : “Rasulullah S.A.W telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya) ? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya”.
Hadis inilah yang menjadi punca perselisihan ulamak mengenai jamak sembahyang ketika tidak bermusafir. Para ulama telah memberikan komentar yang pelbagai terhadap hadis ini. Ia dapat kita lihat di dalam kitab – kitab seperti Subulus Salam, al-Majmu’, al-Mughni, Nailul Authar dan yang seumpamanya.
Bagi Imam Syafii dan juga ulama – ulama yang mengikuti ijtihadnya, hadis ini secara mafhum (fahaman tersirat) menunjukkan harus jamak kerana hujan kerana Ibn Abbas menyebutkan Rasulullah S.A.W menjamakkan solat bukan kerana hujan dan takut, maknanya jika ada hujan, solat boleh dijamakkan.
Antara ulama lain yang bersependapat dengan al-Syafii dan pengikutnya adalah Imam Ahmad yang berpendapat lebih luas dengan mengharuskan jamak pada waktu salji, angin ribut, jalan berbecak dan juga kesejukan yang luar dari kebiasaan. Imam Malik juga bersependapat dengan Imam Syafii yang mengharuskan jamak kerana hujan sahaja dan tidak dikiaskan kepada yang lain. Imam Abu Hanifah pula seperti yang telah diperkatakan sebelum ini tidak melihat keharusan melakukan jamak solat kecuali di Arafat dan Muzdalifah di musim haji sahaja. Sebahagian daripada ulama mutakhir Syafiiyah seperti al-Nawawi dan lain – lain dan juga ulama mutakhirin dari mazhab Malikiyyah bersetuju dengan pendapat Ahmad dengan meluaskan sebab yang mengharuskan jamak solat. (Lihat : Ibn Rushd (1994M), Bidayat al-Mujtahid, tahqiq : Abdullah Labadi, Damsyiq : Dar al-Qalam, jil. 1, hal. 398)
Dalam kes meluaskan skop sebab – sebab yang mengharuskan jamak ini seperti salji, angin yang kuat, sejuk dan keadaan jalan yang berlumpur dan berbecak, Imam al-Nawawi telah memberikan komentarnya dengan mengatakan : “Ini adalah yang pendapat yang terpilih”, al-Khattabi, salah seorang dari ulama dari mazhab Syafii pula dalam menyatakan sokongannya terhadap pendapat tersebut telah berkata : “Inilah yang lebih layak dengan keindahan syariat Islam”. (al-Nawawi, ibid)
Sunnah ini jika dilihat amat praktikal sekali bagi mereka yang tinggal di luar negara (negara bukan Islam) yang mana sesebuah masjid adalah sgak berjuhan dari tempat kediaman seseorang individu muslim. Mereka pastinya akan berhadapan dengan kesulitan untuk berulang alik ke masjid di waktu salji, angin yang kuat dan juga hujan.
Ianya juga tiada halangan untuk diamalkan di Malaysia, memandangkan illat (sebab) yang membawa kepada harusnya perbuatan “jamak” kerana hujan adalah hujan dan bukannya kepayahan ataupun kesulitan seperti yang disangkakan oleh sesetengah pihak. Persoalannya ke manakah perginya sunnah “jamak” kerana hujan ini di Malaysia yang umat Islamnya secara ijmak mengaku bermazhab Syafii ?. Jika umat Islam di Jordan dan beberapa negara Arab lain boleh terus menghidupkan sunnah ini mengapa di Malaysia ianya tidak berlaku ?, mungkin persoalan ini boleh dijawab oleh mufti – mufti kita yang menjadi tempat rujukan umat Islam di Malaysia. Selayaknyalah sekarang ini kita menghidupkan kembali sunnah yang telah pupus di Malaysia ini.

Jamak kerana sakit
Imam Ahmad telah berpendapat harusnya menjamakkan solat kerana sakit di atas alasan bahawa sakit yang berat itu adalah lebih payah bagi seorang muslim untuk menunaikan solat berbanding dengan hujan. Maka di dalam kes ini, Imam Ahmad mengharuskan bagi seseorang yang sakit tenat dan berat untuk menjamakkan solat mereka supaya mereka tidak dibebani dengan menanti – nantikan waktu solat dan supaya mereka dapat berehat menunggu kesembuhan sakitnya. Di dalam kitab mazhab Hanbali yang bertajuk al-Raudhul Murbi', penulisnya ada mengatakan :

“Dan diharuskan jamak antara yang tersebut itu kerana sakit yang akan ditimpa kesusahan jika ia meninggalkan jamak. Kerana Nabi s.a.w. pernah melakukan jamak ketika tidakdalam keadaan ketakutan dan tidak ketika hujan Dan di dalam satu riwayat lain "tidak dalam keadaan ketakutan dan tidak dalam permusafiran" . Ia diriwayatkan oelh Muslim dari Hadis Ibnu Abbas, tidak berkeuzuran selepas yang demikian itu kecuali sakit.” (Ibn Muflih, Al-Raudhul Murbi' : hal. 111)
Pendapatnya ini telah disokong oleh sesetengah ulama mazhab Syafii seperti al-Muzani, Imam al-Nawawi, Qadhi Hussin, al-Mutawalli, al-Rawayani, al-Khattabi dan lain – lain. al-Nawawi pula telah mengatakan : “Pendapat ini amat kuat!” (Lihat : al-Nawawi, ibid; al-Hisni, ibid; al-Sya’rani, opcit, jil. 1, hal. 236)
Subhanallah! Alangkah indahnya Islam, dan alangkahnya mudahnya Islam jika ianya benar – benar difahami oleh kaum muslimin. Sunnah ini jika diamalkan akan dapat menggalakkan umat Islam terus menjaga solat mereka walaupun mereka dalam keadaan uzur, di atas katil hospital ataupun dalam keadaan yang kritikal dan memerlukan banyak rehat. Sunnah ini juga pastinya akan menjawab alasan mereka – mereka yang malas menunaikan solat ataupun mereka yang melihat ibadat di dalam Islam hanyalah merupakan bebanan semata – mata.

Jamak Kerana Hajat
Dalam kehidupan muslim kadang – kadang mereka berhadapan dengan keadaan yang memaksa mereka untuk tidak dapat menunaikan solat pada waktunya. Seorang doktor yang terpaksa melakukan pembedahan selama berjam – jam, yang mana jika beliau meninggalkan walaupun sebentar akan memudaratkan pesakit. Seseorang yang terperangkap di dalam kesesakan jalanraya yang menyebabkan dia terpaksa berada di dalam keretanya berjam – jam lamanya dan tidak berupaya untuk melarikan diri dari kesesakan tersebut. Seseorang pelajar di luar negara yang menghadapi peperiksaan, menghadiri kelas yang terpaksa mengambil waktu solat isyak yang singkat, waktu zohor dan seumpamanya. Seorang saintis yang melakukan obsevasi dan kajian di dalam makmalnya yang memaksa mereka untuk berada di dalam makmalnya seharian suntuk. Seseorang yang berada di dalam penjara, lokap ataupun tahanan yang membuatkannya tidak dapat mengagak waktu – waktu solat secara terperinci. Pegawai – pegawai keselamatan yang terpaksa berkawal, menjaga dan mengawasi sesutau tempat, keadaan, jalan dan apa – apa sahaja yang tidak membenarkan mereka meninggalkan kawasan tersebut kerana kritikalnya suasana pada ketika itu. Bagaimanakah mereka dapat menunaikan solat – solat mereka pada waktunya ?
Dalam pengamalan muslim di Malaysia ada dua alternatif : yang pertama, tidak perlu menunaikan solat dan keadaan – keadaan yang berlaku merupakan hujah dan lesen terbesar mereka untuk meninggalkan solat. Persoalannya adakah mereka sanggup untuk berhadapan dengan Allah di padang Mahsyar nanti dengan alasan tersebut ?
Yang kedua, ramai muslim di Malaysia akan memilih untuk meng”qada”kan solat mereka yang ditinggalkan. Alasan mereka , oleh kerana ianya tidak dapat dilakukan pada waktunya, maka ianya perlu digantikan pada waktu yang lain. Doktrin “qada” ini kadang – kadang menjadi alat untuk ramai muslim meninggalkan solat mereka tanpa sebab yang kukuh. Insya Allah dalam keluaran – keluaran akan datang penulis akan cuba mengupas persoalan “penyalah gunaan” doktrin “qada” di kalangan masyarakat muslim di Malaysia.
Sebenarnya ada alternatif yang lebih syar’i dan lebih diperakui oleh ramai ulama dan sunnah sendiri tanpa meninggalkan solat dan tanpa melakukan “qada”. Bagaimana ?, iaitu dengan men”jamak”kan antara dua solat dalam satu waktu kerana hajat yang bersangatan dan tidak dapat dielakkan. Adakah boleh jamak untuk perkara yang sedemikian ? di sini kita akan menjawab pertanyaan ini.
Segelintir daripada ulama di dalam mazhab al-Syafii seperti Abu Ishaq al-Marozi, al-Qaffal dan al-Khattabi (lihat : al-Hisni, opcit, hal. 141), ulama mutakhirin dari mazhab Ahmad, Asyhab dari mazhab Maliki, Ibn. Munzir pengarang buku al-Ijma, golongan ahli Zahir , mazhab ahli Hadis dan juga Ibn Sirin berpendapat harus melakukan “jamak” kerana hajat yang benar – benar mendesak (Lihat : Ibn Rusyd, opcit., jil. 1, hal. 398; al-Sya’rani, opcit, jil. 1, hal. 236).
Mereka berhujah dengan hadis Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh Muslim yang mengatakan Rasulullah S.A.W telah melakukan “jamak” di antara Maghrib dan Isyak dan juga antara Zohor dan Asar bukan kerana hujan ataupun kerana bermusafiran seperti berikut :
Ibnu Abbas r.a. berkata: Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menjamakkan antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana musafir dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya) ? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis tersebut diperkuatkan pula dengan hadis riwayat Ibn Syaqiq :
Abdullah bin Syaqiq berkata:
Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! . Kemudian berkata : Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak.
Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. (Hadis Riwayat Muslim)
Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah men”jamak”kan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya itu. Dia mengetahui jika pidatonya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya. Menurut perkiraannya meneruskan pidatonya dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. (Lihat : Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Koleksi Hadis Hukum, Bandung : Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, hal. 350)
Walaubagaimanapun keharusan untuk melakukan “jamak” kerana hajat ini tidaklah dibenarkan secara mutlak. Para ulama yang membenarkan perlakuan tersebut telah memberikan syarat – syarat tertentu seperti berikut :
1- Ianya tidak dijadikan kebiasaan atau adat sehingga ianya dilakukan dalam banyak keadaan tanpa ada sebab yang benar – benar mendesak.
2- Hajat tersebut hendaklah benar – benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat yang lebih besar.
3- Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermain – mainkan agama dan alat untuk mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusan agama.

Pendapat ini walaubagaimanapun telah dikritik di dalam buku Subulus Salam karangan al-San’ani di mana beliau telah menyebutkan hujah sebahagian ulama yang menolak perbuatan “jamak” kerana hajat, dengan mengatakan bahawa jamak yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadis Ibn. Abbas adalah jamak shuri, iaitu yang pada zahir kelihatan seperti jamak, tetapi pada hakikatnya bukan. (Juga lihat : Ibnu Hajar al-Asqalani , Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Beirut : Darul Fikr, jil. 2, hal. 580)
Contoh: Mengerjakan sembahyang zohor pada akhir waktu, dan apabila selesai masuklah waktu Asar, kemudian bangkit mengerjakan sembahyang Asar pada awal waktu. Ianya kelihatan seolah – olah perbuatan jamak di antara Zohor dan Asar.
Hujah ini dijawab oleh golongan yang mengharuskan “jamak” kerana hajat sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Mahmud Syaltut & Mohd Ali al-Syayis di dalam buku mereka Muqaranatul Mazahib Fil Feqhi dengan mengatakan bahawa andaian tersebut terlalu jauh dan ianya merupakan sesuatu yang sukar dilakukan dan juga suatu kepayahan (untuk menentukan akhir waktu Zohor dan awal waktu Asar).Logiknya, menjamakkan solat adalah suatu kelonggaran, tetapi jika kita berusaha untuk mencari waktu terakhir Zohor dan awal Asar, itu tidak akan menjadi kelonggaran lagi, bahkan ia menjadi sesuatu bebanan.
Rukhsoh perbuatan menjamakkan solat kerana hajat ini semakin dapat diterima oleh kebanyakan ulama dari pelbagai mazhab yang bersifat terbuka dan kritikal semenjak zaman dahulu dan dewasa ini.Berikut adalah komentar daripada sebahagian para ulama muktabar yang mempunyai sikap terbuka terhadap perbuatan “jamak” kerana hajat :
1. Imam al-Nawawi telah berkata :
“Segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i”. (Lihat : al-Nawawi , al-Majmu’, jil. 4, hal. 264.)

2. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah:


"Dan Mazhab yang paling memberi keluasan dalam masalah jamak ialah mazhab imam Ahmad . Maka sesungguhnya beliau menashkan bahawa dibolehkan melakukan jamak kerana kesempitan/susah dan kesibukan." (Lihat : Abu Ubaidah Masyhur Bin Hasan Bin Mahmud , al-Qaul al-Mubin Fi Akhta'il Mushollin, Beirut : al-Maktabah al-Islamiyyah, hal.423)

3. Syeikh Abdul Wahab al-Sya'rani menyebutkan:


"Dan Dari Ibnu Sirin, bahawasanya harus menjamakkan sembahyang bukan kerana takut dan bukan kerana sakit, selama ia tidak dijadikan sebagai adat. Dan telah memilih oleh Ibnu al-Munzir dan satu jamaah (sekumpulan ulamak) akan harus menjamak ketika hadar (tidak bermusafir), tidak dalam keadaan takut dan tidak hujan." (al-Sya'rani, opcit, jil. 1, hal. 199)

4. Syeikh Athiyah Saqr :

"..Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat. Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah menghikayatkanya oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka(mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya. " ( Syeikh Athiyah Saqr, Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam , Kaherah : Dar al-Ghad al-Gharbi, jil. 13, hal. 424-425)
Kesimpulannya, Islam merupakan agama yang indah dan mudah. Ini selaras dengan misi Islam sebagai rahmat kepada sekelian alam. Segala urusan di dalam agama Islam adalah mudah, fleksibel dan juga tidak membebankan umatnya kecuali bagi mereka yang malas dan enggan menurut perintah Allah sahaja. Sayangnya kemudahan dan juga keringanan yang Allah berikan ini tidak akan dapat dilihat jika kita bersifat jahil dan tidak mahu mengambil tahu. Ianya juga akan menjadi lebih kabur jika ditutupi dengan mentaliti taksub kepada sesutau pandangan sahaja dan tidak berlapang dada di dalam menerima perbezaan. Contoh yang nyata sekali di sini ialah dalam persoalan “jamak” solat seperti yang telah kita perbincangkan secara panjang lebar di sini. Diharapkan agar pihak pembaca dapat menghayati artikel ini dan juga dapat bersama – sama mengamalkan rukhsah jamak solat yang dipinggirkan dari kehidupan seharian kita di Malaysia ini. Wallahua’lam.

Wednesday, January 13, 2010

INFO KESIHATAN


Atas sebab kebaikan pada kesihatan spt yang dilapurkan dalam akhbar, maka saya perturunkan beberapa khasiat madu khasnya madu tualang.

1. Antioxidant (ciri anti kanser) dan improve immuniti (ketahanan tubuh dari serangan penyakit dan jangkitan)

2. Melindungi kulit dan rambut dari keguguran

3. Antibacterial dan rawatan bagi batuk yang berkesan.

4. Membantu penghadaman

5. membakar lemak semasa tidur.

6. Sumber tenaga dan memulihkan otot selepas exercise

Ada beberapa orang pengguna yang mendakwa terdapat sedimen (atau mendapan) pada botol madu - lalu mendakwa sedimen tersebut menunjukkan madu tersebut tidak asli atau bercampur dengan gula. Ini tidak benar, kerana madu yang diambil biasanya mengandungi pollen dan apabila diletakkan pada tempat yang sejuk pollen tadi boleh menghasilkan penghabluran (crystalization) . Jadi jangan simpan madu anda dalam tempat sejuk apatah lagi peti ais, madu tadi akan crystallize keseluruhannya. Jika ini berlaku letakkan madu tadi pada suhu bilik dan ia akan kembali cair (tetapi memakan masa yang lama). Untuk percepatkan proses pencairan, rendam dalam air yang suam untuk beberapa ketika. Apapun mendapan tadi selamat untuk di makan dan khasiatnya tidak berkurangan. Jadi kalau penghabluran berlakupun, madu tadi masih boleh dimakan tanpa sebarang mudarat.

Satu perkara lagi sebaiknya madu disimpan di dalam botol kaca. Jika di simpan dalam botol plastik, dikhuatiri boleh berlaku reaksi kimia di antara madu dan plastik (menghasilkan proses plasticizer - bahan dari plastik yang bercampur dengan madu).

Semuga bermanfaat
Dr Hafidzi Mohd Noor
Jab. Perlindungan Tumbuhan
Section Entomology
(salah satu unit di Jab ini ialah apiculture - lebah madu)

Saturday, January 9, 2010

PESAN IBU.....
(Madrasah Pertamaku)

TUJUAN HIDUP INI......

Ingatlah firman Allah dalam surah az-zaariyat(51), ayat 56 yg

bermaksud : "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia

melainkan supaya mereka mengabdikan diri hanya

kepadaKu."

Begitulah sebenarnya mengapa kita di ciptakan oleh Allah

berada di dunia yg sementara ini.

Bagaimana cara mengabdikan diri kepada Allah?

Maka sudah tentulah ada contoh dan teladannya,

yakni Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda

adalah ikutan kita......

Nabi Muhammad SAW pun telah bersabda yg bermaksud :

"Aku tinggalkan 2 perkara padamu dan kamu tidak

akan sesat selamanya selagi kamu berpegang padanya

yaitu Al-Qur'an dan Sunnahku......."

Nabi Muhammad SAW, Rasul Allah, adalah Al-Qur'an

yg berjalan......

Oleh itu anak2ku, perlengkapkanlah dirimu dengan seerah

(perjalanan hidup) Rasulullah SAW dari segenap aspek

kehidupan, juga perjalanan hidup para sahabat baginda

dan mereka2 yg telah mensusuri baginda dalam kehidupan

ini......

Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, juga mereka2 yg

telah mencontohi baginda pada abad2 selepas baginda, telah

menunjukkan kepada kita ikutan dan contoh teladan dalam

berkehidupan di dunia yg fana ini. Telah mewarnai

kehidupan mereka dengan warna2 yg sebenarnya

di kehendaki oleh Pencipta kita.....Allah Rabbul Jalil......

Kerana di akhirat kelak kita akan di pertanggungjawabkan

di atas tiap perlakuan dan usaha kita di dunia yg fana ini.....

Oleh itu anak2ku, kitalah yg mesti menyesuaikan diri kita

dengan ajaran Islam dan bukan sebaliknya.........

Maka terjawablah 3 persoalan yg sentiasa bermain2 di minda

kita sebagai manusia ini.....

~ Dari mana kita?

~ Mengapa kita di sini?

~ Ke mana kita selepas ini?

YA RAHMAN, YA RAHIM, ENGKAU BERILAH PETUNJUK

DAN HIDAYAHMU KEPADA ANAK2KU......

LEMBUTKANLAH HATI2 MEREKA UNTUK MENERIMA

KEBENARAN, HANYA DARIPADAMU......

LEMBUTKANLAH HATI2 MEREKA UNTUK MENERIMA

DAN MENGHAYATI ISLAM SEBAGAI SATU2NYA CARA

HIDUP DALAM KEHIDUPAN MEREKA......

DAN JADIKANLAH ANAK2KU SEBAGAI PARA DU'AT YG

SENTIASA BERJUANG MENEGAKKAN SYARI'ATMU

DALAM BARISAN YG TERSUSUN DI MUKA BUMIMU

YG FANA INI SEBELUM KEMBALI MENEMUIMU.......

AMIEN....YA RABBAL 'ALAMIEN.....
RELAX JAP K……..


Hanya orang gila boleh menasihati orang gila

Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjat satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah hospital, "Mat!! Turun Mat, nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu. Namun Mat tidak bergerak pun untuk turun.


Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun Mat!" teriak seorang sarjan polis, "kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!! Turun Mat!." Mat tidak turun-turun juga.

Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Man! Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang lampu. Tolonglah Man ya!"

Jawab Man "Ohhh!!! Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu itu.

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man!, Man nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu."

"Ahh! Man nak gergaji!"
"Baiklah! Ambillah gergaji itu."


Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Man pun berteriak, "Hoi Mat!!! Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!! Hang turun lekas!!"

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital .

Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?"

Jawab Mat; "Polis ka bomba ka, depa tak akan buat! Tapi Man ni apabila dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!"
P O E M S

ALLAH knows best

ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.

ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.

For growing trees are strenghtened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.

ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way
to make our spirit strong.

MUTIARA DARI HADITH

Hadith riwayat Tirmidzi: “Tidak bergerak telapak kaki seseorang hamba pada Hari Kiamat sehingga diminta bertanggungjawab tentang 4 perkara:

Tentang masa muda untuk apa dihabiskan

Tentang harta dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan

Masa hidup di mana dimanfaatkan

Dan masa sihat ke mana dihabiskan.”

Friday, January 8, 2010

TELADAN

A LITTLE ANGEL

Every Friday afternoon, after the Jumma services at the Central Mosque (and shortly after Al-Usrah program), the Imam and his eleven year old son would go out into their town and hand out "PATH TO PARADISE" and other Islamic literature.

This particular and fortunate Friday afternoon, as the time came for the Imam and his son to go to the streets with their booklets, it was very cold outside, as well as pouring rain.

The boy bundled up in his warmest and driest clothes and said, 'OK, dad, I'm ready!'

His 'Mu’allim' dad asked, 'Ready for what?'
'Dad, it's time we gather our tracts together and go out.'

Dad responds, 'Son, it's very cold outside and it's pouring rain.'

The boy gives his dad a surprised look, asking, 'But Dad, aren't people still going to Hell, even though it's raining?'

Dad answers, 'Son, I am not going out in this weather.'

Despondently, the boy asks, 'Dad, can I go? Please?'

His father hesitated for a moment then said, 'Son, you can go. Here are the booklets. Be careful son.'

'Thanks, Dad!'

And with that, he was off and out into the rain. This eleven year old boy walked the streets of the town going door to door and handing everybody he met in the street a pamphlet or a booklet.

After two hours of walking in the rain, he was soaking, bone-chilled wet and down to his VERY LAST BOOKLET. He stopped on a corner and looked for someone to hand a booklet to, but the streets were totally deserted.

Then he turned toward the first home he saw and started up the sidewalk to the front door and rang the door bell. He rang the bell, but nobody answered..

He rang it again and again, but still no one answered. He waited but still no answer.

Finally, this eleven year old da'wah-expert turned to leave, but something stopped him.
Again, he turned to the door and rang the bell and knocked loudly on the door with his fist. He waited, something holding him there on the front porch!

He rang again and this time the door slowly opened.

Standing in the doorway was a very sad-looking elderly lady. She softly asked, 'What can I do for you, son?' With radiant eyes and a smile that lit up her world, this little boy said, 'Ma'am, I'm sorry if I disturbed you, but I just want to tell you that “ALLAH REALLY LOVE AND CARE FOR YOU” and I came to give you my very last booklet which will tell you all about God, the real purpose of creation, and how to achieve His pleasure.'

With that, he handed her his last booklet and turned to leave..

She called to him as he departed. 'Thank you, son! And God Bless You!'

Well, the following Friday afternoon after Jumat service (during which period they hold a weekly program, Al-Usrah) the Imam was giving some lectures. As he concludes the lectures, he asked, 'Does anybody have questions or want to say anything?'

Slowly, in the back row among the ladies, an elderly voice was heard over the speaker. As the voice went on, a hint of glorious gaiety and contentment was plainly evident in it even though it wasn't to be seen, 'No one in this gathering knows me. I've never been here before. You see, before last Friday I was not a Muslim, and thought I could be. My husband passed away some time ago, leaving me totally alone in this world. Last Friday, being a particularly cold and rainy day, it was even more so in my heart that I came to the end of the line where I no longer had any hope or will to live.

So I took a rope and a chair and ascended the stairway into the attic of my home. I fastened the rope securely to a rafter in the roof then stood on the chair and fastened the other end of the rope around my neck. Standing on that chair, so lonely and broken-hearted I was about to leap off, when suddenly the loud ringing of my doorbell downstairs startled me. I thought, I'll wait a minute, and whoever it is will go away……

I waited and waited, but the ringing doorbell seemed to get louder and more insistent, and then the person ringing also started knocking loudly...... ......

I thought to myself again, 'Who on earth could this be? Nobody ever rings my bell or comes to see me.' I loosened the rope from my neck and started for the front door, all the while the bell rang louder and louder.

When I opened the door and looked I could hardly believe my eyes, for there on my front porch was the most radiant and angelic little boy I had ever seen in my life. His SMILE, oh, I could never describe it to you! The words that came from his mouth caused my heart that had long been dead TO LEAP TO LIFE as he exclaimed with a cherub-like voice, 'Ma'am, I just came to tell you that ALLAH REALLY LOVE AND CARE FOR YOU!'

Then he gave me this booklet, “Path To Paradise” that I now hold in my hand.

As the little angel disappeared back out into the cold and rain, I closed my door and read slowly every word of this book. Then I went up to my attic to get my rope and chair. I wouldn't be needing them anymore.

You see? I am now a Happy Vicegerent of the One True God. Since the address of your congregation was stamped on the back of this booklet, I have come here to personally say THANK YOU to God's little angel who came just in the nick of time and by so doing, spared my soul from an eternity in Hell.'

There was not a dry eye in the mosque. And as shouts of TAKBIR!!! ALLAH AKBAR!!! rented the air, even among the ladies.

Imam-Dad descended from the pulpit to the front row where the little angel was seated....

He took his son in his arms and sobbed uncontrollably.

Probably no jama'at has had a more glorious moment, and probably this universe has never seen a Papa that was more filled with love and honor for his son....... Except for One. This very one...

Thursday, January 7, 2010

7 Januari 2010

Blog Wanita JIM Batu sedang diusahakan kemunculannya. Moga dimudahkan Allah...