Suami Boleh Lupa Tapi Tak Boleh Sebut Maaf
Ramai dikalangan isteri merungut akan sikap
suami mereka yang susah untuk menyatakan
atau mengungkapkan perkataan “maaf” walau
pun dengan jelas kesalahan dan kesilapan
berpunca daripada suami. Akhirnya ramai
dikalangan wanita melebelkan orang lelaki ini
sebagai EGO.
Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita
Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita
imbas kembali peranan lelaki zaman dahulu.
Lelaki adalah penjaga keluarganya daripada
serangan binatang buas, musuh dan menangkap
binatang buruan untuk makanan keluarganya.
Dia keluar meninggalkan keluarga untuk ke
hutan menangkap binatang. Dia berfikir sendirian.
Dia keluar dengan penuh yakin untuk kembali
membawa binatang buruan. Dia tidak akan
menunjukkan muka yang takut atau lemah agar
isteri dan keluarganya tidak risau akan
pemergiannya. Malah dia ingin dirasai diperlukan
oleh keluarganya untuk mendapatkan makanan.
Sikap “rasa-tidak-dilihat-sebagai-GAGAL” telah
Sikap “rasa-tidak-dilihat-sebagai-GAGAL” telah
menebal di kepala orang lelaki. Sememangnya inilah
binaan sel-sel rangkaian otak orang lelaki yang suka
kompetitif, kuasa dan agresif. Tidak boleh menerima
kegagalan.
Kalau lelaki ini bersendiran memandu kereta dan
Kalau lelaki ini bersendiran memandu kereta dan
dia sesat jalan, dia akan turun bertanya pada orang
untuk mendapatkan panduan. Tetapi kalau isteri
atau ada orang lain yang bersamanya ketika itu, dia
tidak akan turun bertanya pada orang lain. Kerana
perbuatan ini menyebabkan dirinya dipandang
sebagai GAGAL. Kalau isterinya bersuara menyuruh
dia minta pertolongan orang lain, ini menyebabkan
dirinya rasa GAGAL. Pantang dirinya menerima
keadaan begini. Seolah-olah dia “tidak berguna”.
Kalau dia sedang membaiki paip yang bocor,
isterinya suruh dia panggil saja tukang paip,
tindakan isterinya ini merendahkan martabatnya
sebagai dia GAGAL. Pantang dirinya menerima
keadaan begini.
Penyebab lain yang menyukarkan suami menyebut
Penyebab lain yang menyukarkan suami menyebut
“saya minta maaf” ialah binaan otak “monotrek”
nya ini iaitu:
1. Kurang perhubungan diantara sel emosinya di
1. Kurang perhubungan diantara sel emosinya di
sebelah otak kanan dengan sel lisan di sebelah otak
kirinya. Oleh itu amat sukar untuk dia menyuarakan
kesilapannya.
2. Minda lelaki seperti di dalam kotak-kotak. Semua
2. Minda lelaki seperti di dalam kotak-kotak. Semua
kesilapan diri sendiri disimpan di dalam kotak-
kotaknya itu dan disimpan hingga dia sendiri lupa
di mana dia letak kotak-kotak itu. Dia hanya ingat
akan kotak-kotak yang berisi kejayaan dan kemenangan
nya sahaja. Itu sebabnya orang lelaki lebih mudah
menceritakan kejayaannya daripada kegagalannya
kepada orang lain.
Sebaliknya isteri amat mudah menyuarakan semua
Sebaliknya isteri amat mudah menyuarakan semua
perasaan, emosi, pandangan, kemaafan dan nasihat
kerana binaan sel otak mereka yang “multitasking”
ini mampu melakukan pelbagai perkara serentak.
Disebabkan hubungan jaringan sel sebeginilah, maka
amat mudah bagi seorang isteri mengingat semua
peristewa dan dengan cekap pula mengaitkan peristiwa
itu dengan isu dan emosinya.
Itu sebabnya seorang isteri sangat memerlukan
Itu sebabnya seorang isteri sangat memerlukan
unggapan “Abang minta maaf” daripada suaminya
kerana dengan pernyataan ini menyebabkan dirinya
dihormati dan terhubung jiwa dan raganya dengan
suami itu.
Dua orang lelaki peninju kelihatan berpelukan di
Dua orang lelaki peninju kelihatan berpelukan di
akhir pertandingan. Tanggapan orang perempuan
ialah mereka sedang bermaaf-maafan. Hakikat
sebenar ialah pemenang berkata, “Aku menang”
dan disambut oleh yang kalah, “Ok, aku tunggu
kamu tahun depan pulak.”
Oleh itu, bagi isteri, cukuplah dengan perbuatan
Oleh itu, bagi isteri, cukuplah dengan perbuatan
suami seperti membasuh keretanya atau mengambil
kain di penyidai sebagai ungkapan yang dia sedang
meminta maaf kepada anda.
Bagi suami pula, belajarlah menyebut, “Abang minta
Bagi suami pula, belajarlah menyebut, “Abang minta
maaf” setiap kali isteri berkata, “Abang yang silap”
kerana dengan ucapan azimat ini akan bertambah
sayang dia kepada anda, walaupun anda tidak tahu
apa kesalahan anda.
Pak utih
Pak utih
No comments:
Post a Comment