2 minggu lepas, saya menghadiri kenduri kahwin
seorang saudara di kampung. Peluang tersebut
kami gunakan sebaiknya sambil menunjukkan
anak-anak tempat saya bersekolah rendah. Semua
tempat mempunyai cerita tersendiri…sememang
nya tempat jatuh lagi di kenang…
Tanpa disangka, ketika sedang sedap makan nasi
Tanpa disangka, ketika sedang sedap makan nasi
minyak saya ternampak rakan sekelas ketika di
darjah enam. Raut mukanya tidak berubah
lansung, sudah tentu saya dapat mengenalinya.
Saya berbisik kepada suami, “I know that lady in
tudung pink over there…nanti nak tegur dia…”
Dari jauh, saya memerhatikan gelagat Rosmah
Dari jauh, saya memerhatikan gelagat Rosmah
makan, di sebelahnya, sudah tentu suaminya.
Tapi gaya mereka makan, membuatkan saya
leka memandang mereka. Berbual-bual penuh
kemesraan, berbalas senyum, mata melerek,
usik mengusik, sesekali menyuap lauk sesama
sendiri, mengelap pipi suami yang ada nasi.
Gelagat mereka sangat spontan, dan tidak
dibuat-buat. Melihat mereka cukup menyeronok
kan. Dalam mencuri-curi pandang Rosma, tiba-
tiba mata kami bertembung pandangan. Ingatkan
saya yang akan menyapanya dahulu, tetapi Rosmah
pula yang sudah berada di depan mata.
“Masya-Allah…tak sangka kita jumpa kat sini!” Dia
“Masya-Allah…tak sangka kita jumpa kat sini!” Dia
menjerit kegembiraan, dan memeluk saya.
“Kenalkan…ini husband aku, Din, panggil Che Din je….”
“Kenalkan…ini husband aku, Din, panggil Che Din je….”
Rosmah memperkenalkan lelaki di sebelahnya
(emm…suaminya…). Che Din juga seramah Rosma.
Mudah mesra, pandai bersembang, sehingga tak sedar
jam sudah hampir pukul 3 ketika itu. Kami bertukar
nombor telefon dan berjanji untuk saling menghubungi.
Saya menelefon Rosma keesokan harinya. Banyak yang
kami bualkan dari mengimbau kisah dulu-dulu
sehinggalah cerita perkembangan diri masing-masing.
“Aku kahwin dah 22 tahun, lagi lama dari kau. Lepas
“Aku kahwin dah 22 tahun, lagi lama dari kau. Lepas
SPM kerja kilang sekejap, lepas tu kahwin, mana ada
pergi oversea macam kau. Anak aku enam orang.”
Mendengar kenyataan itu, kepala saya semakin ligat
berfikir…22 tahun? Enam orang anak? Masih tersangat
mesra dan romantik…bisik hati saya.
“Kemudian Che Din suruh aku sambung belajar, sebab
“Kemudian Che Din suruh aku sambung belajar, sebab
masa tu diapun sambung buat PJJ kat ITM. ” Setiap
cerita Rosma membuatkan saya semakin ingin tahu.
Saya mencari saat sesuai untuk bertanya satu soalan
yang saya ingin sangat tanyakan padanya.
Akhirnya saya mencelah… “Rosmah, kau ni kahwin dah
Akhirnya saya mencelah… “Rosmah, kau ni kahwin dah
22 tahun, anak 6 orang, tapi aku tengok macam baru
kahwin je romantiknya! Jelous-lah… Nak tahu jugak
rahsianya….” Rosmah gelak besar di hujung talian.
“Aku rebranding-kan marriage aku dengan jenama baru…”
“Aku rebranding-kan marriage aku dengan jenama baru…”
Jawab Rosmah sambil tergelak.
“Rebranding? Apa kau buat?” Saya menyoalnya semula.
“Apasal kau tanya aku pulak? Bukan kau yang expert
“Rebranding? Apa kau buat?” Saya menyoalnya semula.
“Apasal kau tanya aku pulak? Bukan kau yang expert
soal branding ni ke? Sama je lah konsepnya…” Jawab
Rosmah mengusik saya.
Dalam gelak tawanya, Rosma bercerita proses
Dalam gelak tawanya, Rosma bercerita proses
rebranding dalam berkasih sayang. Dalam
konteks penjenamaan semula organisasi, saya
memang boleh menjadi penasihat, tapi mendefinisi
kan proses penjenamaan semula kasih sayang?
Saya belajar banyak perkara baru dari Rosmah.
Konsepnya memang benar sama, matlamatnya
dan tujuannya memang sama.
Persoalannya, jika proses ini penting bagi
organisasi, penting jugakah menjenamakan
semula kasih sayang ini? Rosmah mengekek
ketawa mendengar soalan saya.
“Perkahwinan tu organisasi jugalah…”, jawab
Rosmah.
Saya belajar dari Rosmah tentang kasih sayang dalam
Saya belajar dari Rosmah tentang kasih sayang dalam
perhubungan juga perlu diberikan jenama baru, nafas
baru, tema yang baru, identiti yang baru. Kasih sayang
perlu ditingkatkan ke tahap yang baru agar kasih
sayang menjadi lebih baik, dan mendapat penerimaan
yang lebih baik, dapat pergi ke tingkat yang lebih tinggi
daripada keadaan yang lama. Secara peribadi saya
bersetuju dengan Rosma bahawa proses ini AMAT
PENTING sekiranya perhubungan tersebut AMAT
PENTING! Jika “si dia” penting bagi kita, maka aktiviti
yang melibatkan “si dia” sepatutnya jadi penting sama….
Tetapi, kita sering terlepas pandang – kita selalu take
things for granted! Semakin penting perhubungan
tersebut, semakin mudah kita abaikan. Sebagai contoh,
perhubungan dengan pasangan – suami dengan isteri;
isteri dengan suami. Dalam kesibukan mengharungi
masalah dan tugasan harian, perhubungan ini menjadi
perkara terakhir yang diberi perhatian.
Adakalanya sehingga terlupa. Bila terlupa dalam
Adakalanya sehingga terlupa. Bila terlupa dalam
tempoh yang terlalu lama, maka perhubungan menjadi
biasa-biasa, komunikasi menjadi sekadar bertanya
dan menjawab perkara-perkara rutin, sekadar dua
tiga patah perkataan. Lebih buruk bila komunikasi
yang ada tinggal sekadar sindir menyindir.
Pergaduhan dan pertikaman lidah menggantikan
perbualan dan usikan mesra. Akhirnya, masa 24 jam
itulah yang dipersalahkan – tak sempat, sibuk, tak
cukup masa; dan 1001 alasan yang selalunya
berkaitan masa.
Apakah tips yang Rosma kongsikan? Belajarlah untuk
Apakah tips yang Rosma kongsikan? Belajarlah untuk
CURI-CURI MASA! Jenamakan semula perhubungan
dan kasih sayang. Berikan identiti yang baru, tema
yang baru. Jadilah seorang yang kreatif. Tukarkan
suasana yang biasa menjadi luar biasa. Curi masa
untuk keluar berdua. Curi masa untuk menghantar
SMS. Curi masa untuk bersarapan bersama. Curi
masa untuk berbual-bual. Curi-curi memeluknya.
Curi-curi menciumnya. Curi-curi menyuapnya
makan. Curi-curi mengurutnya. Curi-curi mandi
bersama. Buat sesuatu yang tidak pernah dilakukan.
Berikan nama panggilan atau gelaran yang baru,
yang menjadi kod rahsia anda berdua. Sentiasa
fikirkan kejutan yang menyenangkan. Jadikan
pasangan, YOUR NO. 1 CLIENT! Bagaimana kita
melayan pelanggan nombor satu di syarikat?
Pastinya dengan 1001 satu cara yang berlainan
dan istimewa untuk memenangi hati mereka.
Mengapa? Kerana pelanggan ini AMAT PENTING
bagi syarikat. YOU CAN’T AFFORD TO LOSE THEM,
SO DO NOT SCREW UP!
Pasangan kita sepatutnya menjadi yang TERAMAT
Pasangan kita sepatutnya menjadi yang TERAMAT
PENTING... YOU CAN’T AFFORD TO LOSE HIM OR
HER, SO DO NOT SCREW UP!
Matlamat akhirnya? Perhubungan dieratkan,
Matlamat akhirnya? Perhubungan dieratkan,
persefahaman dikukuhkan, kasih sayang di
perkayakan, tahap kepercayaan ditingkatkan!
Tahun ini, berazamlah untuk curi-curi
Tahun ini, berazamlah untuk curi-curi
menyayanginya, curi-curi menghubunginya.
Jikapun ianya satu skandal, rahsiakan dari
anak-anak…apa salahnya? Ianya skandal yang
halal…
Apa yang saya belajar dari Rosmah?
Bermula dengan menjenamakan semula perhubungan
Apa yang saya belajar dari Rosmah?
Bermula dengan menjenamakan semula perhubungan
dengan suami, ia boleh dikembangkan dengan lebih
meluas lagi. Contohnya:
1. Menjenamakan semula hubungan dengan
1. Menjenamakan semula hubungan dengan
anak-anak.
2. Menjenamakan semula hubungan dengan
2. Menjenamakan semula hubungan dengan
ibubapa.
3. Menjenamakan semula hubungan dengan Allah
3. Menjenamakan semula hubungan dengan Allah
(i.e. solat di awal waktu, tambahkan khusyuk,
tahu makna bacaan, hafal lebih banyak surah etc.)
4. Menjenamakan semula cara bekerja. (Kerja itu
4. Menjenamakan semula cara bekerja. (Kerja itu
satu ibadah…supaya berkat).
5. Menjenamakan semula hubungan dengan diri
5. Menjenamakan semula hubungan dengan diri
sendiri. (Mengasah minda, menguatkan rohani,
menyehatkat fizikal, mengurus emosi etc.).
Apakah pula yang anda mahu jenamakan semula?
Apakah pula yang anda mahu jenamakan semula?
Let’s share…
(Tips lain: Sehari sekuntum bunga ketika hayatnya,
(Tips lain: Sehari sekuntum bunga ketika hayatnya,
lebih baik dari ribuan taburan bunga hanya ketika
di pusaranya…)