Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Wednesday, October 20, 2010

ESTAWOO

In the program called (ONE FAMILY) on MAJD
channel ...The speaker was Dr.Yahya Alyahya
(head of the CALL to Islam Committee)
He said that Muslims are never disorganized;
they just need to be CONVINCED.....

THEN HE TOLD A STORY OF AN AMERICAN
NON MUSLIM MAN WHO WAS DISCUSSING
ABOUT ISLAM WITH HIM WHILE HE WAS
WATCHING LIVE ON BROADCAST OF SALAT
ISHA FROM KAABAH, ON TV....

The American man was so amazed of how
crowded is the masjid, more than 3 million
Muslims were there at the last nights of the
holy month of Ramadan, so crowded,
so disorganized.

The sheikh asked the Non-Muslim man: How
long do you think they'll take to organize
themselves in rows and start the Salaat?

He answered: at least 2-3 hours

The sheikh said: but the masjid (HARAM) of
Kaaba is 4 floors....

The man said: OH, this's will make it about
12 hours then

The sheikh said: put in your mind that they
are from countries all over the world with
different languages.

The American man said: THEN IT's IMPOSSIBLE
TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!

Then the Salaat time came, and sheikh Sudais
of Makkah stood up and said
(ESTAWOO)=Arrange yourselves....

And within seconds, the whole scene changed
and the crowd of 3 million Muslims arranged
themselves in well-organized rows in NO TIME !!

The American man stared at the TV screen for a
moment, and then said:

ASH-ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH
WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN
RASOOLOLLAH.

(I bear witness that there is none worthy of
worship but ALLAH, and I bear witness that
Mohammad is His Servant and Messenger)

--
"O Allaah grant a good end to all our matters
and save us from humiliation in the world and
the punishment of the Hereafter." (Sunan Ahmed)

Saturday, October 16, 2010

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN
KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR
SUAMI !!!

SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah
dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak
dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih
faham, jangan cepat menuding jari. Duduk
berbincang dan cari kata sepakat. Tiada
bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising
bersuara, ayah tak balas dengan kata-
kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi
ke Behrang cari mee goreng mamak.
Bila sampai saja di rumah, ayah hulur
pada arwah Mak, muka yang tadi masam
terus tersenyum riang. Suami kena tahu
kesukaan isteri, supaya mudah memujuk
hati,” ayah menambah berkongsi
pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri
bukan boleh dicapai sehari dua. Ia
merupakan satu perjalanan sepanjang
usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan
pastinya tidak sama, di awal, pertengahan
dan di hujungnya. Justeru, sikap saling
memberi dan menerima sangat perlu di
pupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri
untuk saling melengkapi. Menerima
kekurangan untuk saling menginsafi,
suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan
kebaikan suami kerana benci dengan
sikapnya yang tidak menyenangkan hati.
Silap menjadi dosa andai keistimewaan
suami orang yang sering dibicara.
Keburukan suami dijaja, atas alasan minta
nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya
kalau semua orang bercerita. Rasulullah
SAW pernah mengingatkan melalui
sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih
banyak di neraka” Seorang wanita lalu bangun
bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan
begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang
tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu
ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah
kata. Suami yang tak tahu menahu, terus
buat biasa. Muka isteri semakin kelat,
hilang serinya. Menahan ego diri, ingin
dipujuk dengan kata cinta, namun tidak
berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-
tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah
siapa agaknya, bila masing-masing
memendam rasa. Kasih mula bertukar
marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang
memahami. Tak seperti saya. Hari-hari
menjeruk rasa,” luah seorang teman yang
baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi
kelebihannya lebih banyak untuk saya
perkatakan. Saya pun isteri yang ada
salah dan silap,” jawab saya supaya
dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah
tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah
suasana. Ada suami yang jarang
menghadiahkan bunga, tapi selalu
membelanja anak dan isteri dengan makanan
istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak
reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah
bertoleransi bila diminta bantu sini dan
sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil
kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah
beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.
Moga-moga dia berubah hati.
Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran
seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula
suami isteri, buang yang keruh, ambil
yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita
muhasabah diri. Mohon keampunan dari
Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali.
Banyakkan istighfar dan juga sedekah,
kerana janji Allah setiap kebaikan
menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari
lelaki bernama suami. Jangan bertangguh
dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada
serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat
matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima
kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri
ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..


Thursday, October 7, 2010

Pesanan Imam Ghazali

****************************
Apakah yang paling dekat dengan diri kita
di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa
setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari
kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU......Bagaimanapun kita,
apapun kenderaan kita, tetap kita tidak
akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari esok dan hari2 yg akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar
didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar,
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU
(Surah Al Araf: 179). Maka kita harus
hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai
nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat
didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang
paling berat adalah MEMEGANG AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan,
binatang, gunung, dan malaikat semua
tidak mampu ketika Allah SWT meminta
mereka menjadi khalifah pemimpin) di
dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan
Allah SWT sehingga banyak manusia masuk
ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di
dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu
benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAH.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia,
kita tinggalkan solah.....

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali
di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab :
Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling
tajam sekali didunia ini adalah LIDAH
MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia
dengan mudahnya menyakiti hati dan
melukai perasaan saudaranya sendiri......

Tuesday, October 5, 2010

SENTUHAN DA'WAH......

Aku melihat wajahnya yang ayu itu. Orangnya
tinggi lampai,berkulit sawa matang, bersaiz
sederhana. Dia memakai jubah yang panjang.
Duduk bersimpuh sambil menatap quran
bersaiz besar, tanpa terjemahan.

Aku tahu dia inginkan sebuah quran dengan
terjemahannya. Seusai majlis ilmu kami
dalam mengenal sejarah islam, dia kepingin
untuk memiliki sebuah quran sebegitu. Dia
ada kata pada kami, susah nak konsisten
untuk membaca quran walaupun 10 ayat sehari.

Kini aku mengerti mengapa. Bagaimana mampu
seseorang itu asyik dengan Quran tanpa merasai
maknanya dalam hati?

‘ Ini untuk awak, dear.’

Kuhulurkan quranku kepadanya. Memang ada
kelebihan Quran dalam simpananku. Niatku
dahulu ingin menghadiahkan seorang ukhti
sebuah Quran, kerana Qurannya yang telah
koyak, namun ukhti itu sering tertinggalkan
Quran tersebut, menyebabkan aku memiliknya semula.

‘ Tak perlulah kak, saya dah suruh ayah saya post
ke UK dah,’ namun dia membelek-belek Quran
syamilku , penuh suka. Dan dia membaca ayat demi
ayat dalam Quran tersebut.

‘ Tak apa, banyak Quran saya kat rumah,’

Dia tunduk dan suasana bungkam menghiasi
sekeliling kami. Malam itu kami beriftar
bersama-sama di masjid. Seluruh rakannya
hadir juga ke majlis itu. Aku dan seorang ukhti
terpaksa berulang alik mengambil mereka yang
bukan sedikit itu untuk sama-sama ke masjid.
Kami ingat mungkin inilah kali terakhir kami
dapat iftar bersama, sebelum keluarnya
pengumuman raya selepas maghrib.

‘ saya rasa memang saya nak berubah kak,’
dia memulai.

Entah kenapa, pada diri dia, aku merasai
tautan hati yang amat erat.

Di jalan dakwah ini, pelbagai manusia yang telah
ditemui. Ada yang sangat berbakat besar, ada
yang telah berada dalam tarbiyah bertahun-tahun,
ada yang berlatar-belakangkan sekolah agama,
da yang memang bersih hatinya dan mahukan islam.

Dan orang sebeginilah menjadi pilihan kita dalam
membawa mereka kepada mengenal islam dan
dakwah.

Kerana lebih mudah berbicara dengan mereka dan
lebih mudah mendidik mereka.

Namun dalam kehidupan ini, kita pasti ditemukan
oleh Allah, manusia-manusia yang tidak pernah
disentuh dengan sentuhan tarbiyah mahupun
Islam. Yang hidupnya penuh hedonisme, yang
benar-benar jahil, yang sangat perlu bermula dari
bawah, lantas kita akan sentiasa bertanya pada diri kita.

‘ nak fokuskan adik mana satu?’

Di belah kanan orang yang meminta-minta dan
menantikan taujih dari kita. Di sebelah kiri, adik
yang perlu kita datangi, tawani hatinya dan
khirnya baru terbuka hatinya untuk mendengar
sesuatu tentang Islam.

Namun Allah tidak mendatangkan seseorang pada
kita tanpa sebab. Walaupun kesuntukan masa,
seorang beriman itu pasti perlu mengembangkan
gelombang da'wahnya kepada semua manusia
yang ditemuinya.

Dan setiap manusia yang ditemuinya ada hak yang
sama untuk mendengar risalah islam ini.

‘ apa yang menyebabkan awak nak hold on?’ tanyaku,
menatap wajahnya.

‘ saya takutlah. Saya takut nak berubah, sebab nanti
kat Malaysia saya akan jadi teruk balik.’

Aku terdiam sebentar, mencari idea.

‘Dalam kehidupan kita ini, Allah memberi peluang
kepada kita untuk mendapat hidayahNya. Dan
mungkin kita hanya berpeluang sekali sahaja dalam
hidup kita untuk dapatkan hidayah itu. Awak nak
lepaskan peluang itu ke?’

Aku menyambung semula.

‘ dan kalau awak tak ambil langkah sekarang, adakah
awak akan jamin akan berubah pada masa akan datang?
Di saat peluangnya sudah tiada?sometimes you just
have to decide what is important in your life.’

Dia terdiam dan berfikir lagi.

‘ saya memang nak berubah….tapi…’

Kata-katanya tenggelam dalam fikirannya. Dia
menyambung semula,

‘kenapa akak pilih saya?’ tersenyum aku dengan
pertanyaan dia.

Aku kira malam itu adalah malam berfalsafah
antara aku dan dia.

‘ dalam perjalanan hidup kita ini, Allah dah susun
siapa yang akan kita temui. Dan dalam ramai-ramai
orang yang kita temui, ada manusia yang sudi
mengeluarkan kita dari lumpur jahiliyah yang kotor
ini. Dan orang itu yang akan pimpin kita untuk
mengenal islam dan kebersihannya.’

‘ I was like you before, until somebody took my hand,
and brought me out from kegelapan tersebut. Dan
sekarang tiba masa saya pulak untuk buat benda
yang sama dengan awak.’

Aku meneliti raut wajahnya di saat aku memperkatakan
itu. Takut dia kaget denganku.

‘saya jahat tau kak. Saya selalu kagum dengan orang
yang cukup solat, pakai tudung betul-betul, ngaji
quran. Saya rasa orang camtu baik giler. Sebab saya
tak camtu pun. Kadang-kadang bukak tudung,
semua tu. ‘

Aku masih ingat perjumpaan pertama aku dan dia.
Aku terpaksa memandang ke arah lain kerana tidak
sanggup melihat pakaian ketatnya. Walaupun dia
bertudung, tapi hanya cukup menutupi rambutnya.
Terkadang ketika kami berprogram di rumah flat lain,
dia yang datang dari flat jauh lain akan datang ke
rumah tersebut memakai jumper yang berhood.
Tanpa tudung.

Sebab itu aku kagum, dalam banyak majlis kami
sewaktu ramadhan ini, dia mula memakai jubah,
dan tudungnya sedikit bertutup.

Aku menghela nafas yang panjang, cuba menyelami
hati dia.

Dulu kekasihnya seorang cina yang atheis. Dia terlalu
menyintai kekasihnya itu. Pernah satu ketika
kerinduannya yang amat pada kekasihnya itu, dia
sanggup terbang ke Jepun dengan duitnya sendiri
kerana kekasihnya itu belajar di situ. Di saat itu dia
masih belajar di Malaysia.

‘ adik, di sudut hati awak, saya yakin ada cahaya
kebaikan. Dan dengan cahaya kebaikan itulah saya
yakin awak boleh berubah.’

Entah kenapa, dahulu aku merasai sukarnya aku
nak masuk dengan adik sepertinya. Namun selepas
jaulah kami menikmati alam tempohari, aku amat
merasai tautan hati aku dengan dia, kami tidak
banyak berbicara, namun melihat wajahnya yang
naïf itu, aku merasai akan berlaku sesuatu perubahan
yang amat besar dalam dirinya.

Satu anugerah dari Allah, melihat seorang manusia
itu berubah, dari jahiliyah kepada islam, daripada
Islam kepada da'wah, dari mengenal da'wah, kepada
menjadi manusia yang benar-benar berjihad di jalan
Allah.

Aku kira orang sepertinya, memerlukan masa selama
4 tahun sebelum benar-benar dia dapat keluar dari
madrasah tarbiyah ini , dan dapat menjadi seorang
mukmin yang kendiri.

Tapi, aku ada bersama dengannya, lagi 10 bulan sahaja.
Namun melepaskan peluang dalam memberikan
kefahaman padanya adalah sesuatu yang amat rugi.

Dia bukanlah ketua pelajar, dia bukanlah budak
sekolah agama. Dia cuma orang biasa.

Namun betapa ramai orang yang biasa menjadi
seorang sangat luar biasa selepas dia mendapat
kefaqihan Deen Allah ini? Dan sayangnya kalau
terlepas peluang sebegini, jika betul adikku itu
dapat benar-benar berubah.

Adikku itu masih duduk terdiam berfikir.

‘ kak tahu tak dulu apa kitorg rasa tentang akak?
Time mula-mula kitorg kenal akak?’

Tak sangka juga adik-adikku ini ada sangkaan juga
padaku. Firasatku sering mengatakan mereka ini
agak innocent dalam menyambut kebaikan seseorang.

‘ kitorang sebenarnya macam pelik sangat akak ni baik
sangat. Tetiba belanja makan kitorang tiap-tiap minggu.
Pastu kasi pengisian sedikit. Kitorg ingat akak ni nak
rekrut kitorang masuk kumpulan apa je.’

Terpecah tawaku ketika itu sambil menepuk bahunya.
Ya Allah, ada ke budak-budak ini ingat aku nak
masukkan diorang dalam kumpulan militan ke?
Mungkin benar mereka tak pernah berjumpa orang
yang baik, dan sungguh dakwah ini menemukan kita
dengan manusia yang luar biasa kebaikannya.

‘pastu baru kami sedarlah, dan bersyukurlah akak
ajar kami. Kalau tak kitorang tak tahu pun islam itu
apa dan tujuan hidup kitorang ini apa.’

Astaghfirullah walhamdulillah.

Beberapa ketika kemudian, azan isyak berkumandang.
Saat untuk menghadap rabb pada malam terakhir ramadhan.

Aku akhiri perbicaraan kami tersebut dengan satu
ucapan buatnya.

‘ Awak seorang yang sangat istimewa adik. Dan Allah
dah pilih awak..’

Benar Allah memilih dia. Dalam dimensi dunia lain,
mungkin kami takkan pernah bertemu.

Jika aku berada di Malaysia, dan mula membuka
lahan dakwah di IMU, mungkin aku takkan mulakan
dengan orang-orang sepertinya, mesti akan tertumpu
kepada mereka yang ada beberapa kelebihan. Ataupun
mereka yang sukakan kebaikan.

Namun, allah telah memilihku mengenali mereka,
membawa mereka mengenali satu kehidupan yang tak
pernah mereka kenal dan rasai pun.

Dan dengan kehidupan itulah mereka akan rasai
kebahagiaan yang hakiki, dan dapat bersama memikul
beban dakwah yang berat ini.

Sewaktu program sejarah kami tempohari, banyak
tangan menulis, namun banyak juga fikiran yang
berfikir dan mahukan sesuatu yang lebih.

Pada mereka ada sejumlah harapan.

Ini untuk kamu dan aku. Kerana dalam dakwah ini,
motivasi dan hiburan kita adalah pada cerita-cerita.

Benar, mereka yang berada di medan, merasai rencam
dan rasanya, mengerti apa yang disembahkan.

Berbeza apabila kita membina penggerak dengan kita
memberi sentuhan hidayah pertama buat manusia.

Sungguh pada setiap mutarabbi kita, ada pelajaran
yang teramat mahal nilainya

Dan pada setiap pengalaman itu ada kemanisan
tersendiri, yang menjadikan kita mahu terus
menghirup udara-udara segar dakwah ini.

Dakwah kita sentiasa mentaghyirkan manusia,
tidak banyak, sedikit pun cukuplah..

Wassalam

Ukhtikum

Aisyahz

Glasgow darul da'wah.