Surah Muhammad ayat 7 :
"Wahai orang- orang yg beriman,
jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan
menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."

Monday, February 22, 2010

TUTUPLAH AURATMU MENGIKUT SYARI’AT

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”
Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

Saturday, February 20, 2010

An old man was sitting with his 25-year-old son in the train which is about to leave the station. All the passengers were settling down into their seats. As the train started the young man was filled with alot of joy and curiosity. He was sitting on the window side. He put out one hand and feel the passing air. He shouted, "Papa see all the trees are going behind". The old man smiled and admired his son's feelings. In front of the young man, a couple was sitting and listening to all the conversations between father and son. They were a little awkward with the attitude of the 25-year-old man behaving like a small child.

Suddenly the young man shouted, "Papa see the pond and animals. Clouds are moving with the train". The couple was watching the young man, embarrassingly. Then it started raining and some of the water-drops touched the young man's hand. He is filled with joy and he closed his eyes. He shouted again," Papa it's raining, water is touching me, see papa". The couple couldn't help themselves and asked the old man. Why don't you visit the doctor and get your son treated. The old man said," *Yes, we were from the hospital. Today my son get his eyes for the first time in his life".*

Moral of the story
**We must not come to any conclusion until we know all the " facts".....learn from the past, live in the present and work for the future.



oophs,,,,by the way, don't worry about grammar mistakes, the moral of the story that matters!!

Sunday, February 7, 2010

SAMBUNGAN PERSOALAN SOLAT SEMASA SAKIT

Bhg 7.

Sakit adalah musibah. Tetapi musibah bagi seorang muslim membawa maknanya yang tersendiri. Bagi orang yang tidak beriman, sakit adalah satu penderitaan dan satu penyeksaan. Bagi seorang yang beriman, sakit juga adalah satu penderitaan dan penyeksaan. Namun di sebalik kesakitan itu, bagi seorang muslim, terkandung kebaikan dan anugerah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ‘Ajaib seorang muslim itu, jika dia mandapat ni'mat dia bersyukur, jika dia ditimpa musibah dia bersabar. Kedua-duanya adalah baik bagi dirinya.

Katakunci dari pesan Rasulullah SAW ini ialah ‘syukur’ dan ‘sabar’. Kedua kata kunci inilah penentu kepada kebaikan dalam kedua-dua keadaan sihat dan sakit. Sebagaimana sukarnya untuk bersyukur sebegitu jugalah sukarnya untuk bersabar. Ia tidak semudah yang diucapkan sebagaimana yang disangka oleh ramai orang. Syukur dan sabar bukan sekadar dimulut, tetapi dibuktikan dengan amal. Di sinilah kadang-kadang perkataan syukur dan sabar terlalu mudah diungkapkan namun hakikatnya ia amat berat, seberat solat yang nampak mudah tetapi amat berat pada hakikatnya. Sebab itulah Allah berfirman ‘Carilah pertolongan Allah dengan solat dan sabar, dan itu amat berat melainkan bagi orang-orang yang kyushu’. Kyushu di sini membawa maksud merendah diri dan meletakkan Allah SWT sebagai matlamat (tujuan) dalam hidup. Ia bukan sekadar memusatkan perhatian kepada Allah dalam solat, bahkan lebih penting lagi pemusatan itu melimpah di luar solat, .pendek kata pada setiap saat dalam kehidupan kita….

Jika Allah SWT menyatukan solat dan sabar, bagaimana mungkin sabar dapat dijana tanpa solat? Inilah persoalan yang saya hendak bawa dalam penulisan kali ini. Sedangkan senjata paling utama yang perlu ada pada seseorang yang ditimpa sakit ialah solat. Bagaimana mungkin seseorang itu dapat bersabar jika solat tidak menjadi pakaian hidupnya. Dia berusaha untuk memujuk dirinya untuk bersabar, namun dia tidak mungkin dapat melakukannya kerana prasyarat untuk bersabar ialah solat. Alangkan dengan mendirikan solat pun kadang-kadang seseorang itu hilang kesabaran dalam menanggung rasa sakit, apatah lagi bagi seseorang yang tidak menitik beratkan solat.

Mungkin dari segi faktanya ramai orang menyedari bahawa sakit adalah kifarah atau penebus dosa-dosa yang kita lakukan. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, ‘tidak ada kesakitan yang menimpa seorang muslim, hatta terkena duri, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya’ . Nah! Bagaimana agaknya sakit tadi boleh menjadi penebus dosa dan kesalahan jika solat yang menjadi prasyarat kepada terhapusnya dosa itu tidak diendahkan. Alangkah besarnya kerugian yang ditanggung oleh orang yang diberi kesempatan untuk mendapat keampunan Allah, namun dia terlepas dari peluang tersebut kerana dia tidak mendirikan solat ketika sihatnya, apatah lagi ketika sakitnya.

Hari ini kita melihat manusia akan menggunakan alasan-alasan remeh temeh untuk tidak mendirikan solat. Cuba kita perhatikan gelagat manusia di dalam mencari nafkah dalam kehidupan. Perkara ini amat jelas di pasar malam contohnya. sebelum maghrib lagi pengusaha pasar malam telah memulakan perniagaan dan mereka terus disibukkan dengan perniagaan sehingga jauh malam. Sedangkan tidak ada yang menghalang mereka untuk mendirikan solat di tapak pasar malam itu sendiri. Mereka boleh sahaja membentangkan sejadah di belakang gerai dan mendirikan kewajipan solat yang tidak mengambil masa lebih dari tiga minit pun. Apa yang menghalang mereka untuk mendirikan solat? Tempat dan pakaian tidak bersih, bau ikan? Bau daging? Walaupun kita tidak merasa selesa dengan pakaian dan tempat, namun ia bukan najis dan ia tidak membatalkan wudhu dan solat tetap sah didirikan dalam keadaan sedemikian. Tidakkah kita pernah melihat di tanah suci, Makkah di mana kita melihat para peniaga akan mendirikan solat di kedai-kedai mereka setiap kali azan berkumandang. Apa yang menghalang kita untuk melakukan yang sama. Kita begitu berpegang dengan hadis Nabi ‘sembilan persepuluh rezeki datangnya dari perniagaan’. Ya mungkin kita akan mendapat rezeki yang melimpah-ruah dari urusan perniagaan kita’. Persoalan yang lebih penting bagi seorang mulsim, bukannya banyak atau sedikit, tetapi berkat atau tidak..

Saya merasa amat sedih melihat ada orang membuka gerai menjual nasi lemak di tepi jalan berhampiran dengan surau. Ketika azan subuh berkumandang, dia masih disitu dan berniaga ketika para jemaah mendirikan solat subuh. Inilah satu contoh kita tidak yakin dengan Allah SWT, pemberi rezeki. Kita sanggup meninggalkan solat, persoalan yang lebih besar dari hidup dan mati, hanya kerana keuntungan dunia yang amat sedikit.
Jika beginilah keutamaan kita dalam hidup bagaimana agaknya kita boleh bersabar dalam menghadapi saat-saat getir dalam hidup kita. Sedangkan kita tahu sabar itu adalah kekuatan yang datang dari Allah, yang dianugerahkan kepada hamba-hambanya yang taat. Jika Allah tidak memenuhkan dada kita dengan kesabaran maka kita tidak mungkin dapat bersabar meski pun orang memujuk kita supaya bersabar dengan sakit atau musibah yang menimpa kita.

Marilah kita bersyukur di saat Allah mengurniakan kita pelbagai ni'mat dan anugerah. Bersyukur yang kita maksudkan ialah mendirikan solat tanpa meninggalkan walau satu waktu pun dalam hidup kita. Inilah hakikat syukur yang sebenarnya. Ianya bukan syukur yang hanya terbit dalam bentuk ucapan ‘Alhamdulillah. . tetapi tidak pernah tergambar (di laksanakan)) dalam kehidupan, ibarat seorang artis wanita yang jelas melanggar perintah syariat dengan mendedahkan aurat dan menari melenggang lenggok dengan gerak tari yang menggiurkan. Kemudian apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah muzik, maka ungkapan pertama yang keluar dari bibirnya ialah ‘Alhamdulillah! Allah telah memakbulkan doa saya..!

Apabila Allah diingati semasa kita senang, maka Dia akan memandang kepada kita disaat kita ditimpa musibah. Walaupun kita menanggung rasa sakit, menyedari bahawa Allah mendengar keluhan hambaNya, adalah ubat yang paling mujarab.. Ia sudah cukup untuk mengurangkan rasa sakit yang ditanggung.

Dr Hafidzi Mohd Noor